Assalamualaikum semua...
Raya dah habis tapi nk ucap jugak Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf andai ada salah dan silap, terkasar bahasa dan terguris hati...we start a new chapter.. Sambutan raya tetap meriah seperti tahun-tahun sebelumnya..masih diberi rezeki untuk berbaju baru, bergelak ketawa bersama keluarga besar kiter, malawat sanak saudara dan masih berpeluang untuk pulang ke kampung Bandar Diraja yang sangat aman dan damai. *Aidilfitri kan sambutan untuk suatu kemenangan*..tahun nie lebih best sbb kita rasa kiter dah menang dua piala yang besar..Pertama, kiter berjaya menamatkan solat terawikh tanpa tinggal satu malam pun (pada waktu kiter dibenarkan bersolat) dan yang Kedua, kiter berkhatam Al-Quran dengan ofismate. Alhamdullillah...syukur sangat-sangat..
Really wish kiter bole habiskan travelog nie dalam post kali nie. Dah terlalu panjang rasanya... mampukah??? kiter saksikan...
DAY 8: CAVERSHAM WILDLIFE PARK, WOOLWORTHS
Hari nie kena bangun awal sebab nak kejar semua show di Caversham Wildlife Park. Perjalanan dari Highroad ke Caversham mengambil masa lebih kuran 30 minit. Dibuka setiap hari kecuali Xmas Day bermula 9 pagi - 5.30 petang. Show yang kitaorg nak kejar start pukul 10.00 pagi. Sangat excited...*wink..wink..* Caversham Wildlife park nie dimiliki sepenuhnya oleh sebuah keluarga di Western Australia dan tidak menerima sebarang bantuan dari Kerajaan Aussie. Perbelanjaan tempat nie ditanggung sepenuhnya melalui jualan tiket. Wooowww....hebat...sbb tenpat nie sangat terjaga, bersih dan staff dia sangat dedicated.
Rasanya kawasan tanah yang dimiliki Family nie sangat luas sbb perjalanan nak masuk ke Caversham nie agak jauh kedalam. Macam biasa view tetap awesome...
|
OTW to Caversham Wildlife Park |
|
Kalo drive & jumpa signboard mcm nie cuba slow down n perhati keliling...sbb selalunya mesti jumpa la binatang tue kat keliling kiter... |
|
Yeeaaa...dah sampai...jom masuk cepat sbb show dah nak start |
Sampai2 jer terus kejas masuk sebab staff dia dah announce show kat Molly's Farm dah nak start. Basically ada 2 shows yang kita kena alert. show kat
Molly's Farm - Farm show seawal pukul 10.00 and
Meet the Wombat and Friends seawal pukul 11.00. Timing and all the info bole dapat kat website
Caversham. In fact time beli tiket pun ada diberi map and show time. Just follow jer map supaya kiter bole cover everything kat sini.
Apa yang berlaku di Farm Show??? hhmmm.... mula2 kiter excited giler...uncle tue cerita mcm mana life di ladang2 lembu and biri di Australia. Peranan anjing, kuda and setiap staff..sekali dengan lakonan anjing pergi tangkap biri-biri utk di cukur bulunya..time dia tunjukkan proses pencukuran bulu bermula tue pun kiter still excited..mcm..
wow...they are really professional..tapi....biler kiter nmpk biri-biri yang comel tue start menngerang and ada part badan dia yang merah2 luka...kiter dah rasa..
ok...no..no..no...this is sooo not excited anymore..even uncle tue byk kali ckp..
"this is normal process..it will never harm this sheep, no pain to the sheep.." helloooo...kalo dah berdarah tue tak sakit ker???" hhhmmm...tapi tak tau la kan..maybe uncle tue betul just that kiter yang tak sanggup nak tgk. huhuhu
|
The Farm Show @ Molly's Farm |
Instead of ditunjukkan sheep shearing process ada jugak aktiviti utk kanak-kanak bagi kambing minum susu and yg paling best semua visitors diberi peluang utk memerah susu lembu..!!! nama lembu tue Minty, besar, tough dan comel..tapi lembu is always lembu...tengah2 org duk que nak perah susu dia, bole plak dia melepaskan hajat..tak senonoh betul minty nie...
*ish..ish*
|
Gemuk-gemuk biri-biri kat sini...rasa nak bawak balik sekor buat bantal peluk.. |
Seterusnya kita beralih plak ke Show Meet The Wombat and Friends.. pukul 11am. Sebenarnya takdela show sangat mcm kat Molly's Farm tadi, just introduce binatang unik yg ada di Australia and semua visitors diberi peluang utk snap pictures. But still sangat enjoy and excited.
*kiter mmg sgt excited dgn binatang..semua binatang kiter nak sentuh..heheh*
|
Its a showtime - Australian Homestead Arena...Wombat (yang dalam dukung tue) and friends |
|
Blue Tongue Lizard - Brushtail Possum- Carpet Python - Hairy Nosed Wombat |
Puas hati dapat merasa pegang binatang-binatang tue.
.wombat dan tuan wombat itew sangat handsome...nak bawak balik dua-dua bole???heheheh...ouucchh...tapi Wombat tue agak tak senonoh possingnya ya...censored gitu..
Next, singgah ke session Meet the Koalas.Koala bear binatang yang sangat sensitif dan pasif. Koala Bear tidur hampir 20jam sehari dan diet nya banyak bergantung kepada daun Eucalyptus. Disebabkan dia hanya bergantung kepada satu diet sahaja maka dia kena banyak tidur sebab takde tenaga. Kitaorg sangat bernasib baik sbb time kitaorg dtg Koala bear bukak mata dan berjalan-jalan lima enam langkah, makan, kunyah-kunyah sikit sebelum kembali tidur...giler bosan hidup koala bear nie kan??
|
Cute kan??? siapa yg cute???hhhmmm...kedua-duanya...*hahahah* |
Tak sah la kan pergi Australia tapi tak beramah mesra dengan
Kangaroo...walaupun since sampai WA nie dah banyak kali jumpa kangaroo liar, tapi tak pernah sentuh lagi..so hari nie bolela bermesra sepuasnya dengan kangaroo...actually time beli tiket tadi dah nampak kangaroo melompat-lompat bebas..rupanya memang kangaroo dibiarkan bebas di kawasan nie. Boleh feeding at any time sbb makanan disediakan sentiasa, boleh snap pic, boleh peluk-peluk, bolehla nak belek-belek pocket kangaroo, bolehla nak buat apa-apa yang patut dengan kangaroo yang comel nie...jangan bawak balik sudah...
|
walaupun rupa comel..tapi baunya tetap bau haiwan..huhu |
Kalo nak ikutkan puas, memang tak puas duduk dalam Caversham nie..rasa macam nak apply kerja kat sini la..tiap-tiap hari boleh main dengan binatang..best jugak kan??!!! perut pun dah lapar..sangat bernasib baik sebab kat Caversham nie ada cafe and lebih bernasib baik sebab ada jual halal pie. Owner cafe nie pernah stay kat Malaysia so dia concern dengan Muslim yang mencari makanan halal. Mestila bukan murah harganya kan..tapi okla..pejam mata jer la membayarnya..heheh..and yup..sangat lazat. Maka berakhirla lawatan kiter ke Caversham Wildlife Park.
*Definitely a highly recommended place to visit*
Plan asal nak ke Rockingham tapi rasa macam tak berbaloi dengan time yang kitaorg ada, dah hampir petang plus semua dah kepenatan. So decided utk balik hotel sambil singgah shopping Woolworths beli pyrex.
*Pyrex murah kat sini plus ada x'mas sales, menjunam harganya*
|
Its a Christmas here... |
Macam dah terlalu tepu otak nie untuk bercerita..dah pukul 3.30 pagi rupanya. Mata belum mengantuk tapi besok kerja. Makna nya apa??? hhhmmmm...maknanya ada sambungan lagi la..misi tak berjaya nampaknya. Kiter janji next part will be the last part...insyaallah...
So...sampai jumpa lagi..xoxo
Assalamualaikum.
ReplyDeleteBoleh x saya dapatkan no contact atau email untuk homestay hj yon. saya bercadang nak ke perth bulan jun ni dengan ( 4 dewasa) & 2 kanak2. kalau boleh nak stay tempat yang mudah . sbb xpernah pergi lagi ke perth ni. kalau boleh emailakn ke saya...
ateq21@yahoo.com
no tel saya : 0124455677
harap dapat bantu.
T kasih