Saturday, February 16, 2013

MyTravelog: 10 AWESOME DAYS IN PERTH & WA (PART 5)

Assalamualaikum...
Setiap kali kiter sign in untuk update blog nie kiter mesti akan tgk statistic pengunjung yang dtg melawat. Tak ramai pun tapi setiap hari pasti ada yang berkunjung. Kadang2 kiter terpikir kenapa la kiter berhabis masa meng update blog padahal yang dtg lawat bukan berduyun-duyun pun.. tapi setiap kali kiter view by search keywords kiter tahu pelawat yang datang lawat memang sedang search for info. Hopefully diaorg bole la dapat jawapan kat blog nie. And hopefully jugak apa yang kiter tuliskan bole la jadik panduan. Sekarang kiter tahu kiter update blog bercerita panjang lebar tentang kembara kiter ke merata tempat bukan untuk siapa-siapa tapi untuk diri kita sendiri supaya kita akan sentiasa ingat pengalaman kat tempat orang sambil-sambil memberi info kepada yang sedang mencari info. :) Jom kiter nak sambung kisah hari ke 4 kiter di bumi Australia Barat. 

DAY 4: PERTH - ALBANY

Pagi nie kiter breakfast nasik ayam dengan balance ayam masak merah semalam. Hampir pukul 9 pagi baru check out dari Rumah Haji Yon. Kononnya nak gerak kul 8 pagi..*angan-angan semata* Destinasi hari nie akan melalui pekan-pekan kecil sebelum sampai dan bermalam di Albany, 427km dari Perth. Kalo ikut Albany Highway perjalanan cuma memakan masa 4 jam tapi since kitaorg bercadang untuk singgah di pekan-pekan kecil sambil snap2 gambar kitaorg choose untuk tidak menggunakan albany highway.
Journey utk hari ke-4
 Kalo ikut peta kat atas nie kami sedang menghala ke selatan Western Australia makanya suhu semakin panas. Huhuhu...*sblm pergi kiter nak sgt rasa summer, hari nie kiter akan rasa summer yang sebenarnya* On the way terjumpa satu nursery and ada signboard Fruit veggies shop. Apalagi, wajib la berhenti. Bole merasa buah fresh dari ladang Australia beb...selalunya dari kebun Malaysia takpun Thailand kan???

Terbaik dari ladang Australia...

Pergghhh....strawberry sedap giler...besar, merah, sangat juicy dan manis...comfirm kalah strawberry Cameron Highlands. *ala-ala lupa diri kan??* nak plak kalo ada fresh cream memang terbaik...kawan kiter beli anggur..pun sangat lazat..~SANGAT-SANGAT~

Pemandu di Perth sangat berhemah..semua mengikut had laju yang ditetapkan..*seriously, they follow all the speed limit...yup..seriously..*~deng...pengsan~ kalo speed limit 80km/hour, kita mmg bole nmpk all the cars drive dengan speed 80km/hour, kalo kiter bawak 100km/hour kita jer la satu-satunya kereta yang laju di jalanraya tue..~sangat hebat, kan? ~ how can they train their driver to be that good and behave??? hhhmmmm....something to learn. ~And please don't you ever-ever over the speed limit, sebab saman akan sampai ke rumah kita di Malaysia ini, and yup...this is seriuosly said. Sebab kiter baru jer terima saman dari pihak berkuasa Perth..!!!! ~ OMG deng...pengsan lagi sekali...~

Perjalanan diteruskan untuk menuju ke Pekan Toodyay. Disajikan dengan pemandangan yang sangat super awesome.. !!! Melihat padang rumput yang kekuningan, luas terbentang, nampak sayup-sayup lembu, biri-biri dan kuda tengah meragut rumput. *speechless* Perjalanan memakan masa hampir 1jam setengah, 85km dari bandar Perth. Kiter rasa semakin menuju selatan cuaca semakin panas sebab padang rumput kat sini semua dah bertukar warna kuning.



Pekan Toodyay atau Shire of Toodyay terletak di pinggir Avon River yang cantik dan yang menariknya bangunan kat sini masih mengekalkan ciri-ciri era dahulu kala yang sangat authentic.

Toodyay Public Library, terasa kemeriahan Christmas


Seterusnya meneruskan perjalanan ke Shire of York, 63km dari pekan Toodyay tadi. York merupakan 1st inland settlement di Western Australia iaitu pada tahun 1831. Terletak di tebing Sungai Avon dan dikelilingi ladang-ladang di sekitar lembah Avon sekali lagi membawa kiter ke era zaman dolu-dolu. Bangunan classic yang unik dan berwarna-warni. Sangat classy, ala-ala berada dalam movie Cowboy. 




Disetiap pekan kecil nie jangan lupa singgah dia tourist information. Kalo jumpa tanda "i" haaa...itula terletaknya tourist information counter..staff kat sini sangat membantu dan untuk kiter yang paling penting bolehla beli fridge magnet kat setiap perhentian. yeeaayyy....Perjalanan di teruskan menuju ke Katanning. Tapi kiter nak share beberapa view yang indah sepanjang jalan...*INDAH SUNGGUH CIPTAAN TUHAN*
Padang rumput seluas mata memandang
Macam dalam iklan coco crunch kan?

Perasan tak pokok nie bentuk LOVE?

Kincir angin
OTW ke katanning terjumpa lagi satu pekan kecil Brookton. seriously kitaorg tak nampak orang kat pekan nie. Agaknya semua berada di ladang-ladang kot. 
Tanda dah sampai Brookton, WA.

Kat sini dipamerkan kenderaan/jentera lama yang digunakan di ladang-ladang.
Lebih kurang 2 jam perjalanan dari Brookton, sampaila kami ke Katanning. oh ya lupa nak cerita, kami stop untuk lunch otw dari Brookton nak ke Katanning. Lucnh dengan bekalan yang di bawa and bukak jer kat tepi jalan. Kat highway ada disediakan kerusi meja setiap beberapa kilometer. Kira mcm R&R la..tapi cuma ada kerusi dan meja je. Okla..sambil melihat2 pemandangan, hirup udara highway sambil makan nasik...best tau...hehehhe
Snap sambil drive sebab geram sangat tengok kambing biri-biri tengah ragut rumput.
Katanning merupakan penempatan orang melayu / Islam yang datang ke Katanning sejak tahun 1974 dari Christmas Island. Sehingga tahun 1980an populasi Islam semakin berkembang sehinggala Masjid Katanning dibina. Maknanya orang Melayu yang ada di Katanning nie bukan la orang yang baru datang dari Malaysia tapi dah lama menetap di sini. Hhhhmmm...mesti ada cerita menarik di sebalik kedatangn orang Melayu di Katanning nie kn??? Kena buat research nie. 

Kami sampai ke Katanning Mosque saat2 oarng dah siap solat asar. Nampak orang terakhir meninggal kan masjid tapi tak sempat nak tegur. Memang ada niat nak beramah mesra dengan orang Melayu kat sini..tapi takde rezeki la nampak gayanya. Saat kami sampai Masjid Katanning dah pun kosong. Ambik kesempatan nie untuk solat jamak asar n zohor dan bergambar2. Kebanyakkan notice kat masjid nie ditulis dalam Bahasa Malaysia!!. Maknanya diaorg nie masih lagi menggunakan Bahasa Malaysia..


Pekan Katanning lebih sibuk berbanding pekan-pekan kecil yang kitaorang dah singgah sepanjang hari nie. Sebenarnya pekan nie kecik jer. Sangat kecik sehingga di pekan nie cuma ada satu roundabout dan tiada satu pun traffic light..!!!..hehhehe...Bahagia hidup kat sini...pagi2 mesti tak perlu nak rushing kejar traffic light untuk ke ofis...

Time kami meninggalkan Katanning, langit dah start bertukar gelap. Suhu di Katanning pun lebih sejuk berbanding pekan2 kecil tadi. Perjalanan di teruskan menuju ke Albany. Kitaorg dah book tempat bermalam di Albany. Katanning-Albany lebih kurang 171km, 2 jam perjalanan. Fuhhh...jauh lagi nie. Harap boleh sampai sebelum gelap. Malam nie kitaorang akan bermalam nie Albany Holiday Park

Time sampai Albany, receptionist dah balik pun. ~kebanyakkan ofis kat WA beroperasi sehingga pukul 5.00 petang~ Ofis untuk check in dah berkunci tapi ada phone kat luar ofis. So try call and kitaorg diminta untuk ambik sampul surat yang ada tulis nama Kak Sara dalam mail box putih di luar ofis. Semua instruction, kunci bilik and map untuk ke bilik ada dalam sampul surat  ~Agaknya sebab kitaorg dah bayar so tak perlu la nak fill up apa2 form..sangat convenient kn?~
Inila peti surat untuk late arrivals mcm kitaorg ambik kunci bilik.
Suhu di Albany time kitaorg sampai sangat sejuk. So ambik kunci terus carik bilik, nak masuk bilik supaya boleh panaskan badan. *Malam nie kitaorg tidur dalam cabin you all..* Istimewanya Albany Holiday park ialah bilik2 kat sini adalah cabin. Ada jugak tempat parking Caravan. Interior cabin sangat awesome. Sangat selesa untuk kami berempat. And lebih privacy sebab terbahagi kepada 2 area, Kiter and Kak sara tido bahagian bawah, Family KaK Nora tido di bahagian atas. All the amenities kat cabin sangat convenient, ada microwave, kettle, electric stove, freezer, pinggan mangkuk, set meja makan n tv. ~bawalah sabun taharah untuk samak pinggan manggkuk sebelum pakai..~  Jom, tengok keadaan dalam cabin. 

Inila cabin kitaorang.
Interior Albany Holiday Park yang super awesome..!!!
Rasanya suhu di Albany malam tue lebih kurang 17 darjah celcius. Sejuk hingga ke tulang. Dinner malam nie nasik dengan sambal belimbing hitam sana..~ini jer menu yang ada..heheh~  Perjalanan yang panjang memerlukan rehat yang cukup. Biasala sejak berada di WA nie semua orang tidur awal sebab pukul 9 tue macam dah malam sangat jer rasanya. Total perjalanan kami hari ini adalah sejauh 565 km..!!! lebih kurang perjalanan Kuantan-Penang tuuu...

Esok kitaorg akan meneroka Albany and yang penting nak ke Natural Bridge and Gap yang selalu di baca di blog2 trip ke Perth. Sampai jumpa lagi semua...bersabarla ye menuggu update kiter seterusnya.

Daaaa....xoxo.
 

3 comments:

  1. eita.... betul ke kena saman? tergelak.... tapi macam "eh, betul ke? betul ke?" hahahaha ooo style drive di malaysia bawa ke australia yea... kan dah kena saman... hehehe

    btw, tak payah la tgk statistik org yg lawat blog eita... statistik tu just statistik kan? :P yang penting akak boleh baca... hahaha mana tau kalau Allah izin, smpi pulak akak kat Australia ni... hehehe

    ReplyDelete
  2. salam. kalau guna albany hway, ada banyak small towns tak?? yg mana lebih selamat dan ramai pengguna, maksud saya jalan yg tak sunyi? you sewa kereta ke? berapa harga and kereta apa?

    ReplyDelete
  3. Assalam. Kalau guna jln kampung ke albany tu senang x? Sis smua nail kereta guna gps ke waze ye?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...