Assalamualaikum dan hai semua,
Setelah agak lama menunggu mood untuk update blog, akkhirnya malam ini dia muncul...yeeaayyy...selagi tak habis travelog nie, rasa mcm berhutang sesuatu pulak. So, jom kiter continue kisah percutian kiter selama 10 hari di bumi Kangaroo nan permai, Western Australia.
DAY 5: ALBANY - MARGARET RIVER
Pagi nie tersedar pukul 5.30 pagi, intai ikut tingkap tengok cuaca kat luar dah terang benderang, guest yang stay kat cabin sebelah dah siap2 panaskan enjin motor besar dia untuk teruskan perjalanan agaknya. Cuaca masih lagi sejuk ~alhamdullilah, tak larat kalo cuaca terik mcm kat Toodyay semalam~ Perrgghh..pagi sangat nie sambung tidur balik la..hehehe
Plan hari nie adalah untuk ke Gap and Natural Bridge, singgah Albany town dan teruskan perjalanan ke Margaret River, OTW akan melalui Denmark, Valley of the Giants dan Pamberton.
Perth-Albany-Margaret River |
Perjalanan dimulakan lebih kurang pukul 8.30 pagi. Make sure makan kenyang2 sebab lepas nie tak tau kat mana nak berenti makan. Pagi nie baru sempat nak posing2 depan cabin, semalam sampai dah malam dengan kesejukannya semua berebut masuk rumah untuk panaskan badan.
Di Albany Holiday Park turut disediakan parking Caravan untuk disewa |
Cantik dan permai kawasan Albany Holiday Park |
Ada sesuatu yang comel di depan ofis receptionist Albany Holiday Park nie..mula-mula ingatkan patung, sebab tak bergerak2, rupanya betul-betul hidup...taraaaa.....lihatla betapa comelnya binatang ini....
Inila llama..!!!!! comelkan?? Binatang nie takde kat Malaysia kan? |
1st destination kiter hari nie adalah Natural Bridge and Gap. Lebih kurang 20 minit dari Albany Holiday Park kalo tak sesat. heheh...sebab kitaorg kesesatan, puas jugak la nak sampai ke sini. Untuk sampai ke Natural Bridge and Gap, kita akan melalui Frenchman Bay Road, laluan tepi pantai menyusuri Southern Ocean dengan tiupan angin yang sangat kuat. Natural Bridge and Gap terletak berhampiran Torndirrup National Park.Dari Torndirrup National Park jalan terus sehinggala sampai ke hujung jalan, rasa macam dah sampai ke hujung dunia..hhehe ~sebab kalo jalan terus lagi, terus masuk laut..eerrkkk..ngeri..~
Sebelum sampai ke Torndirrup National Park, tengah sesat-sesat tue terjumpa signboard Wind Farm, so try la masuk. Agak jauh ke dalam, and sebab macam agak jauh kitaorg just post je kat kawasan yang nampak macam cantik nie...
OTW ke Natural Bridge, nampak macam hujung dunia kan, Depan tue adalah Southern Ocean. Kalo terus drive comfirm masuk laut... |
Sebelah kiri tue laut, hujung jalan sana tue rumah api dikelilingi rumpu-rumput hijau. |
And here we are...Natural Bridge and Gap..Natural bridge tercipta dari kuasa ombak dari Southern Ocean yang mencipta formasi batuan berbentuk jambatan. That's why la digelar natural bridge. Kat sini bunyi ombak menghempas sangat kuat, ~rasanya bukan kuat tapi ganas~ ditambah dengan angin sejuk yang kencang. Disebabkan angin dan ombak yang kuat kadang2 ombak melonjak tinggi, Untuk sampai ke natural bridge kena berjalan kaki lebih kurang dalam 300 meter dari car park.
Ada dua incredible natural features kat sini, The Gap dan Natural Bridge. |
This is Natural Bridge. - Jambatan semulajadi - |
Nampak tak muka cuak?? Takut wooo... |
The Gap pula adalah jurang sedalam 24 meter ke permukaan laut. Kalo ombak kuat macam hari nie, semburan ombak bole terpercik naik sampai ke atas. Ada kisah pernah berlaku tragedi ada orang pernah jatuh kat sini tapi diselamatkan oleh seorang nelayan. Labih kurang mcm tue la kisahnya. Walaupun kiter diver dan sangat sukakan laut tapi bila tgk Lautan Selatan yang luas, ombak mengganas, batu-batu licin dan jurang sedalam 24 meter nie, terasa kecuakan la jugak. Comfirm air laut sejuk, kalo jatuh comfirm beku...huhuhu...errrkkkk...ngeri la bila pikir.
And this is Gap. |
Natural bridge ditinggalkan dengan perasaan yang sangat takjub. ~maha suci Allah~ kiter terpikir tentang kekuasaan Allah, menjadikan ombak yang tak pernah penat menghentam batu-batuan tanpa berhenti sesaat pun.. without fail..hhhhmmmmm....
Bye-bye natural bridge, semoga berjumpa lagi. |
Seterusnya, kiter kembali ke Albany town. Singgah Coles untuk beli groceries dan window shopping. Tak lupa beli Chocolote Milk yang sedap... Albany town agak besar berbanding pekan-pekan kecil yang kita lalu semalam. Ada banyak barisan kedai kat sini dan penduduk pun ramai.
Tengah hari kami meneruskan perjalanan ke pekan Denmark, lebih kurang 40 minit dari Albany. Tak plan pun nak pergi sini tapi sebab semalam nampak sighboard Denmark sebelum sampai Albany so rasa sangat perlu ke sini sebab nak bergambar kat signboard Denmark...hahahahah....~hellloooo...we all pergi Australia sehingga sampai ke Denmark ok...~ so, inila hasilnya...
We are in Denmark...!!!! |
Sebenarnya Denmark adalah satu lagi bandar kecik yang highly recommended untuk dilalui sambil snap2 gambar. Lagipun kalo nak pergi next destination kiter, Valley of the Giant memang lalu pekan nie. Pada kiter pekan Denmark sangat charming..*yup...words yang paling sesuai untuk menggambarkan keadaan tempat nie* cantik, permai, romantik = charming...*wink*.
Tebing sungai Denmark. Nyaman dan permai. |
Romantik. Charming kan? |
Bila singgah kat Denmark Visitor centre baru tau sebenarnya banyak aktiviti menarik kat sini. Especially yang berkaitan dengan pantai dan hutan. Perjalanan diteruskan menuju Valley of the Giants, 50 minit dari visitor centre melalui sounth coast highway. Kali nie dah tak nampak ladang-ladang tapi perjalanan kiter dikelilingi hutan tebal dan kadang-kadang sungai-sungai bersih. ~bukan sungai warna teh tarik~
Agak sedih sebab time sampai di Valley of the Giants hujan turun dengan lebatnya. Aktiviti yang wajib dicuba kat sini adalah melalui Tree Top Walk, jambatan ringan yang merentasi pokok-pokok gergasi kat sini. Hujan lebat, suhu sangat-sangat sejuk dan tak bawak baju tebal menyebabkan kiter terpaksa ketepikan hasrat. ~huhuhuhu, sedih~ So, singgah interactive centre dan Discovery centre jer. Sempat la beli fridge magnet cute handmade bentuk Echidna ~binatang comel ala2 landak tapi kecik~ yang dibuat dari bunga kering yang bole didapati di sekitar Valley of the Giant nie. ~ini menurut kata auntie/ granny kat cashier yang sempat kiter beramah mesra~
Bergambar dalam hujan |
Valley of the Giants adalah antara tarikan dunia disebabkan kegergasian pokok-pokok yang ada kat sini. Memang besar, hutan tebal menghijau dan kiter rasa macam berada di tengah-tengah hutan rimba. Dahla dari Denmark tadi lalu hutan sepanjang jalan, dari simpang south coast highway nak masuk ke kawasan Valley of the Giants nie jauh ke dalam kiri kanan jalan makin bertambah besar saiz pokoknya. Tapi udara sangat nyaman. ~sangat-sangat~.
Besar tak pokok nie? Nie baru kat luar, kalo kat dalam lagi besar la kot. |
Time nie hari dah petang, malam nie kiter akan bermalam di Margaret River which is lebih kurang 4 jam perjalanan. Makkk aiiii..jauh tue...Kluar dari tempat nie kiter ambik alih stereng, selain dari experience drive malam Pinnacles Dessert - Perth yang kiter cerita dulu, ini antara driving experience yang kiter tak bole lupa. Drive melalui hutan tebal dikiri kanan, jalan kecik, naik turun bukit dan kadang-kadang berliku-liku ditambah dengan hujan renyai, ada lagi nak bagi thrill, minyak kereta dan nak habis...*tragis kan??* Kadang-kadang kiter terbayang kalo la ada binatang buas tiba-tiba kluar...final destination la jawabnya...
Bandar paling hampir adalah Pemberton, 2 jam dari Valley of the giants.
Nasib baik sempat sampai, Alhamdullilah.Kiter rasa Pemberton adalah
pekan yang sangat unik sebab out of hutan tebal, tiba-tiba ada pekan
kecik. Kat sini kiter rasa macam dalam citer Twilight, pekan kecik yang dikelilingi hutan tebal. Pemberton dikenali sebagai Town of towering timbers, pekan dengan kayu yang menjulang. Memang pun sebab kat sini ada hutan yang dipanggil Karri Forest. Yang menarik tentang Karri Forest adalah ianya merupakan hutan tinggi terbuka Eucalyptus diversicolor (karri) iaitu salah satu kayu keras yang tertinggi di dunia..!!!.*wow*
Snap-snap sekitar pump station |
Dari segi sejarah, Karri Forest menyokong industri kayu dan kayu api dari tahun 1880-an. Maka wujudlah penempatan kecil seperti Karridale, Deanmill dan termasukla Pemberton yang ditubuhkan di sekitar kilang kayu dan menjadi pekan sehingga hari ini walaupun kilang kayu dah pun ditutup. Menarik kan???
Pekan Pemberton. |
Selesai isi minyak dan alas perut, perjalanan diteruskan ke Margaret River, lagi 2 jam perjalanan. Selesai merentasi Karri Forest, pemandagan bertukar kepada ladang-ladang lembu. Haaa....kat sini la kitaorang jumpa beberapa ekor..eh silap banyak ekor kangaroo liar sedang melintas jalan. Excited giler semua orang dalam kereta, Banyak ekor ok... Sampai kiter jadik takut nak kluar kereta untuk snap picture.
Nampak tak tue ada 3 ekor kangaroo?? |
Akhirnya lebih kurang pukul 9 malam baru sampai Margaret River. Kat sini pukul 9 malam semua orang dah senyap dalam rumah. Rasanya ini antara perjalanan yang paling panjang setakat ini. Kak Sara dah booking kan Station House, self-contained studio untuk 2 malam. Kitaorang sampai time receptionist dah tutup, nasib baik ownernya stay kat belakang tue jer. Peramah dan sgt warm. Dia cakap dia dah lama tunggu kitaorang. Suhu lebih sejuk kat sini berbanding Pamberton.Nasib baik kat dalam rumah ada heater.
Rumah nie cukup selesa untuk 4 orang. Ada semua basic needs, Katil untuk 4 orang which satu katil queen dalam bilik, ada microwave, pinggan magkuk, electric stove, tv, peti ais dan yang paling best ada heater and washing machine...!!!! ~yeay, bole mendobi~ kat luar plak disediakan bbq set. *complete*
Interior Station House. |
Maka berakhirla trip kiter untuk hari ini. Keletihan yang amat. Selesai dinner dan mendobi, kiter terus melenakan diri. Nikmat betul dapat tido kat katil empuk, tilam tebal, cuaca kat luar yang sejuk dan heater sebelah katil. Betul-betul rasa macam kat negara orang putih...*heheheh* So, GOOD NITE YOU ALL
Esok kiter akan meneroka Margaret River...xoxo.
ohh..denmark eh tempat yg akak tanye aritu tu..cantiknyerr
ReplyDeletepokok tu mcm gergasi sungguh kan.. kalau duduk sebelah mesti kecikje ita niii..hehee
hahaha....haah..demnark la kot tempat yang akak cakap tue. Bukan setakat saya nampak kecik akak...silap2 saya bole masuk lubang bawah pokok tue...
DeleteSeronok baca balik dan terkenang-kenang pengalaman yang tak boleh dijual beli.
ReplyDeleteRasa macam dah lama padahal baru 2 bulan lepas.
Teruskan berjuang mengupdate part berikutnya.
K sara
Seronok kan??? Setiap kali mengarang mesti terbayang-bayang suasana time kat sana...sekarang memang tengah berjuang nie..ada byk destinasi sedang que untuk di update...latest is Cameron Highlands...hehehe
DeleteHelo ieta...biler u g sana?....bestnyerrr
ReplyDeleteHelo cikgu lutfi...bukan kiter satu rombongan ker??heheh...cepat-cepat pergi beli tiket..join trip kitaorg ker Jogja plak...
ReplyDeletewah... pokok tu besar betul... bukan 2 pemeluk tu... tu mau 20 pemeluk tu... huhuhu bestnya....
ReplyDeleteWe are Zenith IT clipping path serviceBelieve in world class Photo editing services of course within your budget and schedule! <a href="https://zenithclippingpath.com//clipping-path-service/" Now why you will prefer us that is crucial Question
ReplyDelete
ReplyDeleteImage masking is a powerful background changer while clipping method does not work.Image Masking This process is used to change or remove the background of an image of a target object which has hairy, fuzzy or soft edge like a dog or curly hair of a girl or transparent background like glass.
Shadow Creation is the process to change the color of an image or video..Shadow Creation It means correcting the lighting, white color balance, red or blue color balance, so that the image looks more clear or natural
ReplyDeleteMuhle Casino Resort Tickets - jtmhub.com
ReplyDeleteBuy Muhle Casino Resort tickets from JTM from 청주 출장안마 JTM. Find tickets for upcoming 부천 출장샵 events and events 경상남도 출장마사지 at the Muhle Casino Resort 진주 출장샵 in 의왕 출장마사지 Hanover, MD.