Wednesday, December 19, 2012

My Travelog: IPOH, KUALA KANGSAR AND TAIPING (Part 2)

Assalamualaikum..
Sebenarnya kiter plan nak habiskan travelog nie before trip ke Perth and Western Australia last week. Tapi masa sgt2 menghimpit...biasala nak cuti panjang byk la kerja nk kena siapkan supaya cuti tak terganggu..Ok back to story ke Perak so that kiter bole start story kiter ke Perth plak. Journey nie pendek jer sebenarnya 3 hari 2 malam, plan nak habiskan dalam satu posting jer tak sangka plak jadi sampai part 2. Agaknya sebab kiter suka membebel kot...hehehe...*oppppsss...nie membebel la kan???* ~ouuccchh~ better stop now and straight to my next destination.

DAY 2: MAXWELL HIL, TAIPING AND KUALA SEPETANG
2nd day di Kuala Kangsar. Hari nie kitaorg start our day seawal pukul 8 pagi. Pergi breakfast nasik lemak *nyum..nyum..* and terus ke Taiping. Objektif utama nak naik Bukit Larut ataupun Maxwell Hill.

Bukit Larut ataupun dulu dekenali sebagai Maxwell Hill terletak lebih kurang 10km dari bandar Taiping. Senang jer nak carik sbb bandar Taiping nie bukannya besar pun. Sedikit info pasal Maxwell Hill yang kiter baca kat information kaunter; Tempat nie ditemui pada tahun 1884 dan menjadikan Bukit Larut sebagai hill resort tertua di Malaysia. Ketinggian maksimum dianggarkan 1250m above sea level dan merupakan hutan hujan tropika yang menerima hujan paling banyak di Malaysia. Ini menjadikan Bukit Larut sebagai tempat paling lembab di negara kita. (Teringat pernah belajar pasal Bukit Larut dalam subjek Georgrafi kat sekolah dulu...korang ingat tak lagi???). Kenapa nama dia Maxwell Hill??Sebab tempat nie dibuka oleh William George Maxwell yang merupakan Pembantu Residen British pada masa itu. Nak naik atas nie kena menggunakan land rover yang disediakan. Tak bole guna kenderaan sendiri tanpa permit. Waaahh...new experience nie. *i loike* ...
Nie la rupa land rover yang disediakan.
Rasa macam nak pg safari plak...Perjalanan mmg sgt mencabar. Nasib baik bukan kiter yang drive. Selekoh2 sgt tajam..rasanya mcm 180 darjah kecuraman nya...Tepi jalan gaung dan sebelah tepi yang lg satu bukit..jalan plak kecik..perrgghhh...kecut perut...Kalo bawak mak kiter nie, comfirm dia panik giler...but knowing me...kiter mmg suka perjalanan thrill mcm nie...rasa nak naik dua tiga kali..hahahah..

Nampak pucuk-pucuk pokok jer dari jalan...

Rupanya puncak Bukit Larut nie kecik jer...kiter bayangkan mcm Fraser Hill. Kat atas tue ada lebih kurang 5 resort ataupun lebih tepat resthouse utk disewa. Kebanyakkannya bercirikan rumah Inggeris. Mcm horror..heheh..Yang pasti...landskap kat sini mmg sangat cantik. Mcm kat oversea pun ada...Dari atas  nie pun bole nampak keseluruhan bandar Taiping. Superb...
Pemandangan Bandar Taiping dari puncak Bukit Larut


Akhirnya...berjaya sampai ke Bukit Larut...
Nie favorite gambar..Cantik kan?

Kiter diberi masa lebiih kurang 30 minit kat puncak. Then kena naik land rover balik untuk turun semula. Perjalanan turun lebih seriau sebenarnya...kecut perut lagi sekali...hehehe...

Next destination is Taiping Lake Garden..nie antara attraction wajib kat Taiping. Pemandangan nya sgt superb. Sesuai untuk aktiviti snap2 picture. Kalo nak picnic lagi cun...tapi since time kitaorg pegi nie dah pun tengah hari panas terik..takde maknanya nak berpicnic...

Taiping Lake Garden ataupun Taman Tasik Taiping yang mula dibuka pada tahun 1880 merupakan kawasan rekreaki bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia.Terletak dekat jer dengan Bukit Larut tadi and otw nak ke Zoo Taiping. Oppss...satu information tertinggal, Taman Tasik Taiping nie pernah jadi lokasi shooting filem Sepi. Part Eja duduk atas kerusi merenung tasik tue...haaa...ingat tak?


Eh, baru perasan..gambar tasiknya takder pun kiter snap..gambar pokok jer byk...heheh...sbb excited tgk pokok2 besar tue..cantik kn??

Lunch kat kedai makan berhampiran Penjara Taiping. Lupa la plak nak take note apa nama kedai tue...Tapi kedai tue mmg best la hidangannya...lauk2 kampung dengan tempoyak. Hidangan wajib kat Perak kan?? Destinasi wajib seterusnya adalah Zoo Taiping & Night Safari. Yeaaa...*wink...wink*  kiter mmg suka pg zoo and melihat binatang. Kiter bole jadi lebih excited dari budak2 kalo masuk zoo. hahahah...

Zoo Taiping adalah zoo tertua di Malaysia, mula dibuka pada tahun 1961. Entrance fee adalah sebanyak RM12. since kitaorg dah kekenyangan plus kepenatan so kitaorg just ambik jer train untuk pusing2 satu zoo. Train nie akan berhenti2 kat sangkar2 haiwan so bole la snap2 picture.
Singa yang tertidur kekenyangan. *sama kenyang mcm kitaorg kot*



and the best pictures goes to......
Rasanya nie ular paling besar kiter pernah pegang setakat nie.
 Rasanya Zoo Taiping nie tak la besar sgt tapi sgt terjaga dan bersih. Binatang2 pun semua sihat2 dan aktif. The last destination of the day is Kuala Sepetang. Kuala sepetang nie glamer dgn mee udang. Mula2 tue sesat jugak nak mencari Kuala Sepetang. Sampai ke hujung jalan tak jugak jumpa restoran yg mcm dalam Majalah 3 tue. Dua tiga kalo tanya direction dgn org kampung akhirnya jumpa la jugak.

Memang kalo cari exactly restoran yang macam dalam Majalah 3 tue sampai subuh esok la tak jumpa. Sebab restoran tue dah besar n cantik tak mcm dalam Majalah 3 tue tunjuk restoran kecik jer. Agaknya perniagaan dah maju kot..Kitaorg pilih utk makan kat Restoran Mee Udang Mak Jah. ada banyak pilihan tapi menurut sumber dr kwn BFF yg nie yg paling glamer.
Mee Udang dan Mee Goreng Udang..
Mak aiii....udang dia lagi byk dari mee kot. Udang yang fresh, manis lagi rasanya...mmg yummyyy... ish.. terasa mcm nak lagi la... jauh plak nak carik nie...
Selain dari keenakan mee udang, fakta yang kita perlu tahu pasal Kuala Sepetang nie ialah disini terdapat tapak laluan keretapi pertama di semenanjung Malaysia. Tapi sayangnya sekarang yang tinggal hanyala booth kaunter tiket dan signboard. Rugi kan???sepatutnya benda mcm nie kena la pelihara untuk tatapan kita2 semua nie...hhhhmmm...what a waste...Dengan kenyangnya kiter makan mee udang di Kuala Sepetang, maka berakhirla trip kiter ke Taiping. Esok nak pegi shopping ke Ipoh and malam naik bas balik ke Kuantan. 

Hhhmmm...satu daerah yang kecik mcm Taiping dan Kuala Kangsar menyimpan bermacam2 khazanah dan tempat menarik untuk dilawati. Sebagai warga negara Malaysia yang menghargai khazanah2 seni dan sejarah "cewah*..-yup..seriously, i really meant it- kiter sangat berharap semua khazanah nie dapat dipelihara dengan baik. And kiter nak ajak korang2 semua untuk melawat tempat2 nie..supaya biler adanya industri pelancongan yang pesat, income boleh dijana, biler income ada lebih byk aktiviti pemeliharaan dapat di lakukan...betul tak???So, jomla cuti-cuti Malaysia....
Sekian untuk kali inie, sampai jumpa lagi untuk travelog seterusnya....daaaaa....
xoxo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...