Wednesday, November 28, 2012

MY TRAVELOG: KUALA KANGSAR, TAIPING AND IPOH WITH BFF

Assalamualaikum...
weeewiittt...selepas berazam ptg tadi semangat kiter stay up malam nie untuk update blog. Hopefully berterusan la..~pray for it~ amiinnn. Trip ke Perak nie dah agak lama dah pun...sangat lama maybe. bff kiter pun dah get married. Means sangat lama ok *wootts ~ pengsan~* . But its ok, tetap nak share jugak sebab ada byk gambar2 yg kiter rasa cun. Kalo simpan sorang2 rugi la kan...

So, here the journey begin....

DAY 1: KUANTAN - KUALA KANGSAR
Kiter naik bas express dari Kuantan terus ke Ipoh. Sebab bff akan ambik kiter di Ipoh n terus bawak ke Kuala Kangsar. Naik bas pukul 10 malam sorang2. Wow...sangat backpackers rasanya...perjalanan dari Kuantan ke Ipoh ambik masa dalam 5 jam setengah campur dengan bas berhenti rehat kat mana ntah...tak ambik pot sgt sbb time2 mcm tue tido lagi best dr makan. And disebabkan tido lebih nikmat dari makan la makanya kiter tak update pun bff biler dah masuk area Ipoh. Buka2 mata time driver bus bukak lampu n dah nmpk signboard Terminal Bas Ipoh....Oh my gossshhhhh....terpaksalan menunggu hampir sejam utk Bff sampai dari Teluk Intan. Malam tue merasala melihat gelagat2 org2 kat terminal bas pukul 3 pagi...and i'm alone...

Sampai Kuala Kangsar masih lagi subuh.. nasib baik singgah drive thru McD sbb perut dah start berkeroncong. Plan untuk hari ini adalah melawat sekitar bandar Kuala Kangsar. Tapi bermula tengah hari sedikit sbb bff mengantuk tak lena tidur tunggu kiter semalaman..aikkk...kiter rasa kiter lena jer dalam bas...hahaha.

Destinasi pertama untuk hari pertama nie mestilah makan...lunch di food court Kuala Kangsar.Sempat la melawat sorang lagi coursemate masa study dulu. Kitaorg panggil dia 'Biskut'..knaper???hhhmmmm...kiter pun tak sure mcm mana nama biskut tue bole melekat kat dia...Biskut dah jd usahawan berjaya skrg...bukak kedai insurance n ubat2 traditional serta sedikit produk2 berasaskan kekabu dan tenunan tekat yang terkenal di Perak. Sempat jugak jalan2 kedai2 souvenir sekitar food court.

Next destination ialah Masjid Ubudiah yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar berhampiran dengan Istana Bukit Chandan. Masjid nie antara masjid tercantik di Malaysia tau. Mengikut apa yang kiter baca, masjid nie dibina kerana nazar Sultan Perak pada masa itu. Sultan Idris bernazar untuk membina masjid berhampiran Istana baginda jika baginda sembuh dari penyakit yang dihadapinya. Masjid ini telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1917.Basically Masjid nie warna putih..putih bersih dengan architecture yg sgt cantik memukau dan kubah berwarna kuning.
Masjid Ubudiah Kuala Kangsar


Gambar nie macam dalam poskad kan??
Destinasi seterusnya ialah Muzium di Raja Perak. Tapi malangnya muzium nie ditutup semesntara untuk renovation...adeh...frust betul sbb nie antara attractions yg kiter nak sgt pg. So baca2 jer info yg ada kat luar pagar sambil posing2 ala2 american next top model..hahahah...

Muzium  nie dulu dikenali dengan nama Istana Kenangan atau Istana Lembah didirikan pada tahun 1926.Muzium nie dibina atas perintah D.Y.M.M sebagai tempat bersemayam sementara, disebabkan ketika itu Istana Iskandariah masih lagi di dalam pembinaan menggantikan Istana Negara.Bentuk bangunan ini melambangkan sebilah pedang yang tersimpan di dalam sarungnya. (Bole imagine tak??) and yang paling menarik muzium nie di bina tanpa menggunakan walau satu paku besi pun...hebat kn???


Muzium di Raja Perak

Me with BFF *wink*
Perjalanan diteruskan ke Istana Rasmi negeri Perak, tempat bersemayam Sultan Perak sejak tahun 1933. Istana nie dikenali sebagai Istana Iskandariah. Terletak di Bukit Chandan. Istana nie dibina di atas bukit yang nama nya Bukit Changkat Negara. Kiter buat satu keliling bukit nie utk snap gambar. hehehehe... Tapi tak dapat pun gambar yang betul2 main entrance sbb Istana tue atas bukit.
Nie jer gambar yg dapat...Istana Iskandariah
Kuala Kangsar kan terkenal dengan labu sayong. Tak sah la pg Kuala Kangsar kalo tak beli labu sayung...kiter paksa juga bff cari kg yang buat labu sayung nie. Sambil jalan2 masuk kg nie, kiter parasan yg setiap kampung ada satu produk tradisional. Dipanggil sebagai Satu Kampung Satu Industri (SDSI)...rasanya kat negeri kiter tak de lagi nie...ish...ish...ish...ker kiter yang tak tau???~hhhmmm...~

Ada produk tekatan, tembikar and anyaman. Yang kiter ingat Kampung Padang Changkat - industri tekatan sbb kiter jumpa arrow utk pg bengkel tekatan tapi masuk half way dah tak jumpa dah arrow tue then patah balik sbb jalan dah start lopak2. Last2 sampai la ke Sayong - tempat yang terkenal dengan industri Labu Sayung. Agaknya sebab tue la nama dia Labu Sayung. 

Tak sangka dapat tengok org buat labu mcm dlm tv tue. Tapi pengusaha kedai labu sayung yg kiter pg nie tak berapa friendly. Kalo tak  teringin jugak nk cuba buat...hehhe. Tapi at least kiter dah dpt la tgk org buat labu depan mata sendiri..~yeeaaayyyy~ Harga labu kat sini mmg murah2...jauh jugakla beza dengan harga kat pameran kraftangan yg kiter pernah pg.


Kenape masam sgt akak nie???
Wah...byk jugak tempat menarik yg kiter pg 1st day nie...hehe..esok plannya nak ke Maxwell Hill and Taiping.
Tapi update nie kena berhenti sampai sini dulu. Tengah dalam dilema nie ptg nie nak pg Zumba or jalan2 10,000 langkah sehari kat taman kejiranan..~selalunya dilema jer lebih..last2 dua2 tempat tak pegi end up balik rumah membiakkan lemak~ cett....

Sampai jumpa lagi...xoxo.

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...