Wednesday, December 19, 2012

My Travelog: IPOH, KUALA KANGSAR AND TAIPING (Part 2)

Assalamualaikum..
Sebenarnya kiter plan nak habiskan travelog nie before trip ke Perth and Western Australia last week. Tapi masa sgt2 menghimpit...biasala nak cuti panjang byk la kerja nk kena siapkan supaya cuti tak terganggu..Ok back to story ke Perak so that kiter bole start story kiter ke Perth plak. Journey nie pendek jer sebenarnya 3 hari 2 malam, plan nak habiskan dalam satu posting jer tak sangka plak jadi sampai part 2. Agaknya sebab kiter suka membebel kot...hehehe...*oppppsss...nie membebel la kan???* ~ouuccchh~ better stop now and straight to my next destination.

DAY 2: MAXWELL HIL, TAIPING AND KUALA SEPETANG
2nd day di Kuala Kangsar. Hari nie kitaorg start our day seawal pukul 8 pagi. Pergi breakfast nasik lemak *nyum..nyum..* and terus ke Taiping. Objektif utama nak naik Bukit Larut ataupun Maxwell Hill.

Bukit Larut ataupun dulu dekenali sebagai Maxwell Hill terletak lebih kurang 10km dari bandar Taiping. Senang jer nak carik sbb bandar Taiping nie bukannya besar pun. Sedikit info pasal Maxwell Hill yang kiter baca kat information kaunter; Tempat nie ditemui pada tahun 1884 dan menjadikan Bukit Larut sebagai hill resort tertua di Malaysia. Ketinggian maksimum dianggarkan 1250m above sea level dan merupakan hutan hujan tropika yang menerima hujan paling banyak di Malaysia. Ini menjadikan Bukit Larut sebagai tempat paling lembab di negara kita. (Teringat pernah belajar pasal Bukit Larut dalam subjek Georgrafi kat sekolah dulu...korang ingat tak lagi???). Kenapa nama dia Maxwell Hill??Sebab tempat nie dibuka oleh William George Maxwell yang merupakan Pembantu Residen British pada masa itu. Nak naik atas nie kena menggunakan land rover yang disediakan. Tak bole guna kenderaan sendiri tanpa permit. Waaahh...new experience nie. *i loike* ...
Nie la rupa land rover yang disediakan.
Rasa macam nak pg safari plak...Perjalanan mmg sgt mencabar. Nasib baik bukan kiter yang drive. Selekoh2 sgt tajam..rasanya mcm 180 darjah kecuraman nya...Tepi jalan gaung dan sebelah tepi yang lg satu bukit..jalan plak kecik..perrgghhh...kecut perut...Kalo bawak mak kiter nie, comfirm dia panik giler...but knowing me...kiter mmg suka perjalanan thrill mcm nie...rasa nak naik dua tiga kali..hahahah..

Nampak pucuk-pucuk pokok jer dari jalan...

Rupanya puncak Bukit Larut nie kecik jer...kiter bayangkan mcm Fraser Hill. Kat atas tue ada lebih kurang 5 resort ataupun lebih tepat resthouse utk disewa. Kebanyakkannya bercirikan rumah Inggeris. Mcm horror..heheh..Yang pasti...landskap kat sini mmg sangat cantik. Mcm kat oversea pun ada...Dari atas  nie pun bole nampak keseluruhan bandar Taiping. Superb...
Pemandangan Bandar Taiping dari puncak Bukit Larut


Akhirnya...berjaya sampai ke Bukit Larut...
Nie favorite gambar..Cantik kan?

Kiter diberi masa lebiih kurang 30 minit kat puncak. Then kena naik land rover balik untuk turun semula. Perjalanan turun lebih seriau sebenarnya...kecut perut lagi sekali...hehehe...

Next destination is Taiping Lake Garden..nie antara attraction wajib kat Taiping. Pemandangan nya sgt superb. Sesuai untuk aktiviti snap2 picture. Kalo nak picnic lagi cun...tapi since time kitaorg pegi nie dah pun tengah hari panas terik..takde maknanya nak berpicnic...

Taiping Lake Garden ataupun Taman Tasik Taiping yang mula dibuka pada tahun 1880 merupakan kawasan rekreaki bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia.Terletak dekat jer dengan Bukit Larut tadi and otw nak ke Zoo Taiping. Oppss...satu information tertinggal, Taman Tasik Taiping nie pernah jadi lokasi shooting filem Sepi. Part Eja duduk atas kerusi merenung tasik tue...haaa...ingat tak?


Eh, baru perasan..gambar tasiknya takder pun kiter snap..gambar pokok jer byk...heheh...sbb excited tgk pokok2 besar tue..cantik kn??

Lunch kat kedai makan berhampiran Penjara Taiping. Lupa la plak nak take note apa nama kedai tue...Tapi kedai tue mmg best la hidangannya...lauk2 kampung dengan tempoyak. Hidangan wajib kat Perak kan?? Destinasi wajib seterusnya adalah Zoo Taiping & Night Safari. Yeaaa...*wink...wink*  kiter mmg suka pg zoo and melihat binatang. Kiter bole jadi lebih excited dari budak2 kalo masuk zoo. hahahah...

Zoo Taiping adalah zoo tertua di Malaysia, mula dibuka pada tahun 1961. Entrance fee adalah sebanyak RM12. since kitaorg dah kekenyangan plus kepenatan so kitaorg just ambik jer train untuk pusing2 satu zoo. Train nie akan berhenti2 kat sangkar2 haiwan so bole la snap2 picture.
Singa yang tertidur kekenyangan. *sama kenyang mcm kitaorg kot*



and the best pictures goes to......
Rasanya nie ular paling besar kiter pernah pegang setakat nie.
 Rasanya Zoo Taiping nie tak la besar sgt tapi sgt terjaga dan bersih. Binatang2 pun semua sihat2 dan aktif. The last destination of the day is Kuala Sepetang. Kuala sepetang nie glamer dgn mee udang. Mula2 tue sesat jugak nak mencari Kuala Sepetang. Sampai ke hujung jalan tak jugak jumpa restoran yg mcm dalam Majalah 3 tue. Dua tiga kalo tanya direction dgn org kampung akhirnya jumpa la jugak.

Memang kalo cari exactly restoran yang macam dalam Majalah 3 tue sampai subuh esok la tak jumpa. Sebab restoran tue dah besar n cantik tak mcm dalam Majalah 3 tue tunjuk restoran kecik jer. Agaknya perniagaan dah maju kot..Kitaorg pilih utk makan kat Restoran Mee Udang Mak Jah. ada banyak pilihan tapi menurut sumber dr kwn BFF yg nie yg paling glamer.
Mee Udang dan Mee Goreng Udang..
Mak aiii....udang dia lagi byk dari mee kot. Udang yang fresh, manis lagi rasanya...mmg yummyyy... ish.. terasa mcm nak lagi la... jauh plak nak carik nie...
Selain dari keenakan mee udang, fakta yang kita perlu tahu pasal Kuala Sepetang nie ialah disini terdapat tapak laluan keretapi pertama di semenanjung Malaysia. Tapi sayangnya sekarang yang tinggal hanyala booth kaunter tiket dan signboard. Rugi kan???sepatutnya benda mcm nie kena la pelihara untuk tatapan kita2 semua nie...hhhhmmm...what a waste...Dengan kenyangnya kiter makan mee udang di Kuala Sepetang, maka berakhirla trip kiter ke Taiping. Esok nak pegi shopping ke Ipoh and malam naik bas balik ke Kuantan. 

Hhhmmm...satu daerah yang kecik mcm Taiping dan Kuala Kangsar menyimpan bermacam2 khazanah dan tempat menarik untuk dilawati. Sebagai warga negara Malaysia yang menghargai khazanah2 seni dan sejarah "cewah*..-yup..seriously, i really meant it- kiter sangat berharap semua khazanah nie dapat dipelihara dengan baik. And kiter nak ajak korang2 semua untuk melawat tempat2 nie..supaya biler adanya industri pelancongan yang pesat, income boleh dijana, biler income ada lebih byk aktiviti pemeliharaan dapat di lakukan...betul tak???So, jomla cuti-cuti Malaysia....
Sekian untuk kali inie, sampai jumpa lagi untuk travelog seterusnya....daaaaa....
xoxo

Wednesday, November 28, 2012

MY TRAVELOG: KUALA KANGSAR, TAIPING AND IPOH WITH BFF

Assalamualaikum...
weeewiittt...selepas berazam ptg tadi semangat kiter stay up malam nie untuk update blog. Hopefully berterusan la..~pray for it~ amiinnn. Trip ke Perak nie dah agak lama dah pun...sangat lama maybe. bff kiter pun dah get married. Means sangat lama ok *wootts ~ pengsan~* . But its ok, tetap nak share jugak sebab ada byk gambar2 yg kiter rasa cun. Kalo simpan sorang2 rugi la kan...

So, here the journey begin....

DAY 1: KUANTAN - KUALA KANGSAR
Kiter naik bas express dari Kuantan terus ke Ipoh. Sebab bff akan ambik kiter di Ipoh n terus bawak ke Kuala Kangsar. Naik bas pukul 10 malam sorang2. Wow...sangat backpackers rasanya...perjalanan dari Kuantan ke Ipoh ambik masa dalam 5 jam setengah campur dengan bas berhenti rehat kat mana ntah...tak ambik pot sgt sbb time2 mcm tue tido lagi best dr makan. And disebabkan tido lebih nikmat dari makan la makanya kiter tak update pun bff biler dah masuk area Ipoh. Buka2 mata time driver bus bukak lampu n dah nmpk signboard Terminal Bas Ipoh....Oh my gossshhhhh....terpaksalan menunggu hampir sejam utk Bff sampai dari Teluk Intan. Malam tue merasala melihat gelagat2 org2 kat terminal bas pukul 3 pagi...and i'm alone...

Sampai Kuala Kangsar masih lagi subuh.. nasib baik singgah drive thru McD sbb perut dah start berkeroncong. Plan untuk hari ini adalah melawat sekitar bandar Kuala Kangsar. Tapi bermula tengah hari sedikit sbb bff mengantuk tak lena tidur tunggu kiter semalaman..aikkk...kiter rasa kiter lena jer dalam bas...hahaha.

Destinasi pertama untuk hari pertama nie mestilah makan...lunch di food court Kuala Kangsar.Sempat la melawat sorang lagi coursemate masa study dulu. Kitaorg panggil dia 'Biskut'..knaper???hhhmmmm...kiter pun tak sure mcm mana nama biskut tue bole melekat kat dia...Biskut dah jd usahawan berjaya skrg...bukak kedai insurance n ubat2 traditional serta sedikit produk2 berasaskan kekabu dan tenunan tekat yang terkenal di Perak. Sempat jugak jalan2 kedai2 souvenir sekitar food court.

Next destination ialah Masjid Ubudiah yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar berhampiran dengan Istana Bukit Chandan. Masjid nie antara masjid tercantik di Malaysia tau. Mengikut apa yang kiter baca, masjid nie dibina kerana nazar Sultan Perak pada masa itu. Sultan Idris bernazar untuk membina masjid berhampiran Istana baginda jika baginda sembuh dari penyakit yang dihadapinya. Masjid ini telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1917.Basically Masjid nie warna putih..putih bersih dengan architecture yg sgt cantik memukau dan kubah berwarna kuning.
Masjid Ubudiah Kuala Kangsar


Gambar nie macam dalam poskad kan??
Destinasi seterusnya ialah Muzium di Raja Perak. Tapi malangnya muzium nie ditutup semesntara untuk renovation...adeh...frust betul sbb nie antara attractions yg kiter nak sgt pg. So baca2 jer info yg ada kat luar pagar sambil posing2 ala2 american next top model..hahahah...

Muzium  nie dulu dikenali dengan nama Istana Kenangan atau Istana Lembah didirikan pada tahun 1926.Muzium nie dibina atas perintah D.Y.M.M sebagai tempat bersemayam sementara, disebabkan ketika itu Istana Iskandariah masih lagi di dalam pembinaan menggantikan Istana Negara.Bentuk bangunan ini melambangkan sebilah pedang yang tersimpan di dalam sarungnya. (Bole imagine tak??) and yang paling menarik muzium nie di bina tanpa menggunakan walau satu paku besi pun...hebat kn???


Muzium di Raja Perak

Me with BFF *wink*
Perjalanan diteruskan ke Istana Rasmi negeri Perak, tempat bersemayam Sultan Perak sejak tahun 1933. Istana nie dikenali sebagai Istana Iskandariah. Terletak di Bukit Chandan. Istana nie dibina di atas bukit yang nama nya Bukit Changkat Negara. Kiter buat satu keliling bukit nie utk snap gambar. hehehehe... Tapi tak dapat pun gambar yang betul2 main entrance sbb Istana tue atas bukit.
Nie jer gambar yg dapat...Istana Iskandariah
Kuala Kangsar kan terkenal dengan labu sayong. Tak sah la pg Kuala Kangsar kalo tak beli labu sayung...kiter paksa juga bff cari kg yang buat labu sayung nie. Sambil jalan2 masuk kg nie, kiter parasan yg setiap kampung ada satu produk tradisional. Dipanggil sebagai Satu Kampung Satu Industri (SDSI)...rasanya kat negeri kiter tak de lagi nie...ish...ish...ish...ker kiter yang tak tau???~hhhmmm...~

Ada produk tekatan, tembikar and anyaman. Yang kiter ingat Kampung Padang Changkat - industri tekatan sbb kiter jumpa arrow utk pg bengkel tekatan tapi masuk half way dah tak jumpa dah arrow tue then patah balik sbb jalan dah start lopak2. Last2 sampai la ke Sayong - tempat yang terkenal dengan industri Labu Sayung. Agaknya sebab tue la nama dia Labu Sayung. 

Tak sangka dapat tengok org buat labu mcm dlm tv tue. Tapi pengusaha kedai labu sayung yg kiter pg nie tak berapa friendly. Kalo tak  teringin jugak nk cuba buat...hehhe. Tapi at least kiter dah dpt la tgk org buat labu depan mata sendiri..~yeeaaayyyy~ Harga labu kat sini mmg murah2...jauh jugakla beza dengan harga kat pameran kraftangan yg kiter pernah pg.


Kenape masam sgt akak nie???
Wah...byk jugak tempat menarik yg kiter pg 1st day nie...hehe..esok plannya nak ke Maxwell Hill and Taiping.
Tapi update nie kena berhenti sampai sini dulu. Tengah dalam dilema nie ptg nie nak pg Zumba or jalan2 10,000 langkah sehari kat taman kejiranan..~selalunya dilema jer lebih..last2 dua2 tempat tak pegi end up balik rumah membiakkan lemak~ cett....

Sampai jumpa lagi...xoxo.

Monday, November 26, 2012

Azam sekali lagi...

Assakamualaikum..

Dah hampir 5 bulan kiter tak update blog. Sebab asyik update blog homestay jer...ohhh..kiter tak cerita lagi pasal homestay kiter yang dah pun mula beroperasi awal March. Bole lawat blog http://ewasihhomestay.blogspot.com/ untuk dapatkan info lanjut. Insyallah kiter try update in a near future pasal homestay kiter nie. 

Membaca blog kawan2 yang aktif ber blog buat kita tertanya2 kenapa la kita tak bole jd seperti mereka-mereka itu...heheh..dari satu azam ker satu azam..- azam tahun baru 2012 nk consisten berblog, azam thn baru Islam 1434 hijrah nk sambung cerita2 percutian..dua2 tue hanya azam tinggal azam...kena berazam lagi ker untuk yang ke sekian kali???
Tapi hari nie ada dua benda yang membuatkan kita rasa kita perlu ber blog kembali:
  1. Menonton Dian dalam Istanbul Aku Datang...heheheh...- yup kita mmg mudah terpengaruh dengan filem. Apatah lagi kalo filem tue sgt sweet seperti Istanbul Aku Datang. annnddd yup cerita tue sangat-sangat best..super duper awesome..bukan sbb ada Beto Kusyairi yg kiter mmg gilerkn tue (itu salah satu elemen yg menyebabkn cerita tue best la) tapi sebab jln cerita yg logik, lakonan semua pelakon yg best n sbb filem tue ada semua elemen sedih, kelakar, romance, touching, nakal2 n cute. Dian update blog dia everyday even pendek tp cute...short, sweet n simple. 
  2. Recently, kiter booking Tiara Atsari Homestay kat Sungai Lembing untuk percutian family besar kiter..kiter pernah post pasal kisah percutian kiter ke Sungai Lembing n kiter mention pasal Tiara Atsari Homestay nie..*sila klik kat sini*. Owner Atsari tue cakap:"Eh, Nie eita yang tulis dalam blog pasal Atsari kan??" waaahhh..glamer i kejap ok.Dia sambung lagi "Akak suka baca cerita awak tue. This time akak bagi harga diskaun baik punya kat awak. Nanti awak tulis la lagi cerita pasal homestay nie" Hmmmm....tak sangka kan tulisan kita ada jugak yang appreciate..even thought maybe bersifat agak bias tapi kiter tak kisah..hehhehe
Untuk itu kita akan berusaha untuk tidak akan membiarkan blog nie bersawang terlalu lama. Untuk kesekian kalinya kiter harap nie bukan la azam yang tinggal azam...
sampai jumpa lagi..-perhaps, dalam masa yang terdekat nie-

Thursday, June 21, 2012

Thanks my Dear Samsung Galaxy

Salam n Good Morning, 
Tengok iklan nuffnang kat blog yg tgh promote hp Samsung Galaxy S111 teringat kat jasa baik Hp Samsung kiter.Sedikit sambungan travelog kiter ke Bangkok yang baru jer berjaya dihabiskan..

1st day trip - di Hatyai , dalam tuk tuk otw nak  ke Train station, Camera Sony kiter buat hal. Tak bole nak snap gambar. Cuba2 byk kali pun tak bole..mintak reformat..sedih giler masa tue. Kak Sara awal2 lagi dah inform this time sepenuhnya guna camera kiter...Alamakkkkk..Mana nak cari camera kat Hatyai nie??

So last choice, kiter guna la camera handphone jer. Sampai Bangkok nnt manala tau jumpa Nikon 1 yg murah. Jumpa tue mmg la jumpa Nikon 1, tapi tak beli pun. Sampai last day kat Bangkok n balik Hat Yai semula kiter still menggunakan camera handphone jer...

So, Utk pengetahuan anda-anda yang membaca blog kiter nie...semua gambar2 dalam travelog kiter di Hatyai and Bangkok hanyala menggunakan camera handphone Samsung Galaxy S jer...
Tapi hasilnya..kiter puas hati..yeeaayyyy

Thursday, June 14, 2012

My TravelBlog: Hatyai & Bangkok (Final Part)

Salam kepada semua yang membaca blog kiter....
Hopefully hari nie bole habiskan jugak travelblog ker Bangkok and Hatyai nie. So kiter sambung dari Day 4 time kiter sampai Hatyai International Airport.

Day 4: Continue di Hat Yai, Makan-makan dan Shopping

Bandar Hat Yai.
Di Hat Yai kitaorg stay di Asian Hotel. So lpas jer landing terus ambik taxi ke Asian Hotel. Booking taxi tp yang datang Van. Angkut ramai2..tapi okla..takder la sesak sgt. Kat hotel, K Su dah sampai and check in kan dulu. Kak Su sepatutnya follow kitaorg pg Bangkok tp sbb ada masalah lain dia cuma join kitaorg ker Hat Yai jer. Lepas refresh kat hotel, perut pun dah berkeroncong...so plan utk mlm minggu di Hatyai ialah MAKAN and SHOPPING...

Malam weekend ada night market kat sini. Sepanjang jalan ada jualan. Dari gerai makanan sampaila ke baju and souvenir. Fridge magnet murah2, lg murah dari Bangkok. Sebelum start shopping, kiter isi dulu perut sekenyang-kenyangnya.... Bangkok n Hat Yai nie mmg food paradise la..tgk nie..

Kueh Teow yang lebar..nmpk tak lebar dia lain mcm

Udang Galah Goreng + Ayam Goreng
Udang Galah..nyum..nyum..
Pulut Mangga n Pulut Durian
Makan...makan...makan...(Alamak, dah la tgh puasa nie, mcm terliur plak tgk gambar udang tue..). Experience yang paling best ialah bila terjumpa gajah kat tepi jalan...kiter ingatkan gajah kat tepi jalan tue cuma ada dlm filem thailand jer...rupanya mmg betul2 wujud la. Tgh2 shopping tue ada sekor anak gajah lallu. Tuan dia bawak sambil2 mintak derma.
Nmpk tak gajah kat depan tue...yg baju kuning tue tuan dia
Gajah comel kat depan 7-eleven.
Eiii..comelnya...rasa nak bawak balik rumah...org lain relax jer..iyala dah biasa kot..entah2 org lain tue pun ada gajah kat umah masing2...hahahah...kiter jer yang teruja pg pegang belalai dia.

DAY 5: TESCO & KHLONG HAE FLOATING MARKET
Basically hari nie takder apa-apa plan just petang jer nak pg Floating market sbb floating market bukak petang sampai malam. So pg dimulakan dengan breakfast. Tengah2 breakfast ada org bawak jualan kacang. Dia ckp nama kacang nie kacang chiang mai..sedap..lemak2 gitu rasanya. Yang uniknya cara dia berniaga..Macam org dolu2. Rasanya kat Kuantan tak pernah jumpa nie.
Bakul untuk letak Kacang Chiag Mai
Since takder apa2 plan, Kak Sara cadangkan kitaorg pergi Tesco Lotus Hat Yai. Saje jer nak tgk apa beza Tesco kat Msia dengan Tesco kat Hat Yai. Kiter tak kesah sgt nak pg manapun...yang penting kiter nak pg naik tuk-tuk...heheh
Smlm ada nmpk tuk-tuk warna pink, tapi hari nie dah tak jumpa plak...
View yang bole dicapture dari dalam Tuk-Tuk
Akhirnya sampai ker Tesco
Kenaper kiter nak naik tuk-tuk?? sbb kat Msia takder Tuk-tuk..and it is a way utk kiter experience lifestyle org Thailand. Seronok tau...berangin jer..bole tgk budak balik sekolah, orang jemur kain, mck melintas jalan. Simple things kan? hhhmmm...

Tesco sini tak byk beza pun dgn kat KL. In fact rasanya susunan pun sama. Tapi yang nie kiter tak pernah jumpa kot kat KL. Tak tau la kalo ada tp kiter tak perasan.
Dish washing liquid 10 litres

Soy Sauce 2,000 ml.
Kan kebanyakkan brg kat Tesco pun made in Thailand, cuma utk masuk Msia labelnya akan di tambah dengan label dalam Bahasa Malaysia, so kat nie semua label mmg dalam Bahasa Siam la. Original punya. Harga rasanya lebih murah sbb tukaran matawang kiter. Konon takder apa nak beli...last2 kitaorg borong baju..baju kat sini lag cantik dr Tesco KL, and definitely lebih berkualiti..Lepas sorang2 gilir2 masuk fitting room. Tak sangka plak nk ber shopping sakan kat sini. Sakan la sbb melayang hampir RM200 jugak kat sini. Tapi puas hati..sbb dapat berhelai2 baju.

Pasar malam sebelum sampai ke Khlong Hae Floating Market

Untuk ke Floating market kitaorg dah deal awal2 dgn pck/abg tuk-tuk utk tunggu kitaorg kat Floating market. Sbb takut susah nak dpt tuk-tuk time balik nnt. Flaoting market di Hat Yai lebih kecik la kalo nak dibandingkan dengan Bangkok. dikenali sebagai Khlong Hae Floating Market. Sesuatu yang sangat unik sbb semua penjual berada dalam sampan2 kecik yang berlabuh kat tepi sungai. Semuanya menjual makanan. Makanan Halal di tanda dengan tanda Halal. Jgn terkejut sbb sampan yang menjual makanan halal and non-halal sebelah2 jer. Rasanya semua jenis makanan ada dari makanan berat mcm mee sup n nasik sampaila ke dessert n air.
Peniaga berniaga dalam sampan masing-masing
Teruja tengok view yang unik mcm nie
Ada satu kuih tue dimasak macam masak kuih 'cara berlauk'...bile nak beli dia susun dalam plastic beralaskn daun pisang...Ya amppuuuuunnnn....sedapnya...2 kali ulang kiter pg beli kuih tue.
Nie la kuih tue..Mck tue masak kat situ. Sedapnya..lemak masin..sampai skrg terasa2 nak mkn lagi
Sign2 kat belakang tue adalah logo halal and harga setiap makanan yang dijual. Haa...ada lagi satu yang bestnya kat sini air dijual dalam balang2 tanah liat mcm kat bawah nie. Ada mcm2 bentuk...Mickey mouse, hello kitty, doraemon, macam-macam la. Yang paling-paling best ialah balang tue bole bawak balik..walaupun balang nie akan memberatkan luggage kiter nnt...tak kira kiter usahakan jugak bawak balik Malaysia. Nak tunjuk kat mak kiter la...Mak kiter simpan dalam display cabinet dia tau...sukaaa....

  
Cara-cara untuk membeli makanan2 kat sini senang aja, mula2 jerit la kat peniaga nie apa yg kiter nak. Tapi since tak tau nama semua kuih tue kiter tunjuk jer la sambil tunjuk isyarat tgn nak 1 ker 2 ker..lpas tue nnt diaorg akan prepare n letak dalam bakul dengan galah pjg mcm kat bawah nie. Then hulur kat kiter. Kiter pun ambik sambil letak duit. Kalo ada baki nnt diaorg akan hulur baki ikut galah nie jugak...Unik kan?

Tengah beli kuih sedap for 2nd time sbb sedap sengat.
Kiter try semua kuih-muih yang halal yang ada kat sini. Ada satu jer yang tak best, macam agar2, atas dia ada letak buah2 potong. Nmpk sedap tp tipah tertipu rupanya...huhuhu. Mee sup kat sini pun best.
Kesimpulannya, mmg puas hati la melawat floating market nie. Sbb dia kecik so smpt nak round semua tmpt. Highly recommended.

DAY 6: LAST DAY
Hari nie pagi terakhir kiter kat Hat Yai and bumi Thailand nie. Since tak sempat nak makan nasik goreng patani, pagi2 nie breakfast kiter order nasik goreng patani. Okla..sama jer rasa mcm kat Msia nie. (sebab tomyam kat Bangkok rasanya lain, warna putih.)
Antara Restoran Halal yang fames dikalangan pelancong Msia

Lepas breakfast, sambung shopping sket sbb nak carik Wacoal. Lupa nak ckp, Wacoal kat sini murah. Agak ketara la perbezaan harga dengan Malaysia.Then ambik taxi terus ker airport. Berakhirla percutian kiter ker bumi Thailand nie. 6 hari 5 malam yang penuh dengan pengalaman baru, kenangan2 yang manis, dan pengajaran2 yang takkan kiter lupakan. BangKok & Hat Yai, memang tak menyesal la pilih tempat nie walaupun time beli tiket tue kiter rasa mcm kiter akan bosan sbb lama sgt.  Kalo ada peluang next time kiter nak pergi Chiang Mai pulak. Insyaallah. 

Sampai sini sahaja kisah percutian kiter untuk kali ini. Semoga kiter terus rajin mcm sekarang supaya kiter bole update kisah percutian kiter ker MEDAN & HONG KONG plak...eheheh

Sampai jumpa lagi.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...