Monday, January 21, 2013

MyTravelog: 10 AWESOME DAYS IN PERTH & WA (PART 3)

Assalamualaikum,

Yup masih bersemangat untuk update. And hopefully akan terus bersemangat hingga ke hujung cerita. Semester baru dah nak start, so kena kejar masa sebab mengikut track history records yang lepas, start jer semester kiter dah tak sempat nak update blog. huhuhu. Jom kiter continue kisah hari-hari kiter di bumi kangaroo yang damai nie. 

DAY 2: PERTH-CANNING VALE -YANCHEP -PINNACLES DESSERT

Good morning Perth..!!!! Pagi pertama di bumi Perth. It's a Sunday morning. Sleep like a baby sebab kepenatan yang amat sangat. Cuaca masih lagi nyaman, Pagi musim panas yang masih bersaki baki dingin musin bunga. Hopefully 10 hari kat sini cuaca maintain mcm nie. Keluar dari hotel pukul 8.30 pagi, terkejut tgk keadaan jalan depan hotel yang lengang. Check this pictures...
Pagi Ahad di Perth - Boleh baring di tengah jalan..
Agaknya sebab pagi Ahad, semua orang tidur lagi.heheheh... Planning hari nie akan ke Sunday market dan akan terus ke sebelah utara Perth iaitu Yanchep, Lancelin, Pinnacles dan Carventas.
1st destination pagi nie adalah Canning Vale Sunday Market. ~terletak di Bannister Road, Canning Vale~ As it name, pasar nie cuma dibuka setiap Ahad sepanjang tahun dari pukul 7.00 am. Ada lebih kurang 300 stalls yang jual pelbagai produk dari buah-buahan, sayur2, baju and ada jugak car boot sale. Ada barang baru and ada second hand, this is the place where we can try our bargain skill. Cuma, tak mcm yang kiter bayangkan. Tak banyak pun car boot sale, lebih banyak jualan ala2 pasar tani kat Malaysia. Kiter nak tgk suasana car boot sale mcm dalam citer2 org putih tue...heheheh....tapi ada la, cuma tak byk. Penat jugak la menapak, Nasib baik sejuk. Ada satu stall yang jual socks. Setambun socks, agaknya dari kilang stokin kot. And semuanya dengan harga 1 dollar per pack..!!! ada yang 2 pairs of sock per pack, ada yang 4 pairs of sock per pack. Murah kan??? 
Macam-macam benda bole jumpa kat sini.
Setakat yang kiter nampak ada satu jer stall yang jual halal food kat sini, Turkis Food Van nie. Penjual dia dari Middle East kot. ~SHOULD TRY~... sangat enak dan portion yang besar. Beli satu share 2 org. 

Antara Car Boot Sale yang ada. Kalo kiter apply concept nie kat Malaysia, Ok tak?
Dengan perut yang kekenyangan berisi Kebab, kiter meneruskan trip hari nie ke Yanchep National Park. Sepanjang perjalanan kiter dihidangkan dengan pemandangan bush yang cantik. Teruja betul tgk bush kat Australia nie. Unik sebab tak pernah jumpa. Haaa...sama macam bush dalam national geography ataupun crocodile hunter.
OTW ke Yanchep National Park.
Jalan nie kiter lalu sebab sesat time nak ke Yanchep National Park. Nice view kan?? Mcm dalam movie.

Inila bush yang unik tue. Stop tepi jalan sebab nak ambik jugak gambar.

Its summer...Sunny dan pokok pun berbunga..

Yanchep National Park merupakan antara national park yang ada di WA. Terletak lebih kurang 40 km ke utara Perth CBD. Tapi since kitaorg dari Canning Vale, so ambik masa dalam 1 jam lebih jugak untuk sampai Yanchep. The park is noted for its caves, native bush yang rare dan unik dan KOALA BEAR...!!! Mula-mula macam reluctant jugak nak masuk sbb takut tak sempat nak kejar masa, tapi alang-alang dah sampai masuk jerla. ~entrance fees untuk semua National Park is AUD11~

 

Semakin menuju utara, cuaca dah start panas. Baru terasa kepanasan musim panas di Australia. Panas tajam menikam kulit rasanya. Tempat nie sangat lengang, boleh round2 dengan kereta ikut signage yang disediakan. Mula2 nak pergi cave tapi kena panjat bukit sket. So, hasrat dibatalkan...hhhehe...dahla panas, berpeluh plak nnt..So just snap2 pictures. Lalu area  KOALA BEAR nampak org ramai2 tgh kerumun. Yesss...mesti ada KOALA BEAR.

Cute sangat..tapi dia tengah tidur.
Dah nak meninggalkan tempat nie ternampak plak satu park yang mengadap tasik. Kiter tak sure apa nama tasik tue. Park kat sini sangat bersih. Hijau, ada burung-burung liar and ada kemudahan bbq yang dah siap tersedia. Tinggal bawak food and arang jer. Kiter perasan kat Perth nie kebanyakkan park memang ada sediakan tempat bbq. ~means dapur bbq, so bawak arang and food jer~ Since dah lunch time, so kitaorg decide nak lepak2 dulu kat sini sambil makan and solat. Woowww....sangat nyaman..*seriously*

Lunch shepard pie sambil menghirup udara segar dan mengadap tasik. Fuuuhhhh...speechless.
 

Sebenarnya kami ambik masa yang agak lama kat Yanchep. Baru sedar yang ada byk lagi destinasi nak cover. So rushing ke next destination Lancelin Sand Dunes. Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam. ~roughly dalam 40km-50km~ Kiter ber"adrenalin" dengan aktiviti sand boarding. Tapi sebelum ke Sand Dunes singgah dulu kat mana-mana kedai ataupun pump station kat bandar kecil Lancelin untuk sewa sand boards. ~Kiter sewa di pump station Gull, tepi jalan sebelum masuk ke lorong kecik untuk ke Sand Dunes. Nanti staff kat situ bole bagi map kat mana sand dunes tue sebenarnya. Padang pasir tue tak nmpk dari jalan~ 
Jalan lurus dari Yanchep ke Lancelin

View sepanjang perjalanan. ~AWESOME~
Lancelin sand dune merupakan kawasan berpasir atau padang pasir terbesar di Western Australia. Sangat kagum macam mana bole wujud padang pasir di tengah-tengah kehijauan hutan-hutan renek. *Subhanallah..maha suci Allah*
Inila rupa Lancelin Sand Dunes - Padang pasir yang seluas mata memandang.

Gaya mesti ada..:)
Agak jauh jugak la nak kena menapak untuk ke bukit pasir yang tinggi khusus untuk ber sand boarding. Kereta tak di galakkan masuk agak berisiko untuk stuck dalam pasir yang lembut tue. Kami sampai awan dah start berubah colour kehitaman. Alamakk... untuk tidak membuang masa kitaorg ber sand boarding jer kat bukit pasir yang tak berapa nak bukit..huhu...jadikla asalkan sempat mencuba. Memamng syok... itu bukit tak berapa tinggi, kalo bukit lagi tinggi laaagi la syok. Kitaorg tak lama kat sini sebab awan dah berarak hitam dan angin kuat sampai berterbangan pasir..macam nak ribut pasir jer...huhuu...~itu cuma perasaan sahaja sebab banyak terpenagruh dengan film..wink~


Angin kuat sekali dengan pasir berterbangan dan awan hitam.- Scary ok.

Amazed *Maha Suci Allah*
Sedikit kecewa sebab agak rushing di Lancelin dan berkemungkinan kitaorg tak sempat nak tgk view Farm wind di Carventas, Tapi kami akan sampai pada masa yang tepat di destinasi seterusnya iaitu semasa sun set. Yeaaa....sun set di Pinnacles Desert, Nambung National Park memang hebat. ~highly recommended untuk datang Pinnacles Desert time sunset~ 

Pinnacles Desert terletak dalam kawasan Nambung National Park, 81 km dari Pekan Lancelin. Maknanya kiter makin ke utara Western Australia. Untuk ke Nambung National Park kiter menggunakan jalan yang dipanggil Indian Ocean Drive. ~Route yang awesome untuk menroka utara Western Australia sebab akan menyusuri Indian Ocean.~Ada satu part dalam perjalanan tue kiter akan berada betul2 di tepi Indian Ocean di sebelah kiri dan bukit-bukit pasir di sebelah kanan. *Sangat amazing*. Ooohhh...lupa plak kat sini la 1st time kiter nampak kangaroo melintas jalan di bumi Perth. Comel giler. Since then kiter akan selalu alert kalo ada signboard Kangaroo. 
Tak sempat nak pergi wind farm di Carventas. Tapi jumpa jugak wind farm otw ke Pinnacles.

Bukit-bukit pasir - pemandangan sepanjang perjalanan ke Pinnacles.
Sampai di Pinnacles Desert time dah hampir sunset. Gate Nambung National Park pun dah tutup. Tapi still bole masuk. Yess...we are just in time. 
Ouucchhh...sangat teruja muka kiter kan??? ish..ish..
Sebelum masuk ke Pinnacles Desert nie lagi sekali kiter terjumpa beberapa ekor kangaroo melintans jalan..ada yang mengintai-ngintai kereta kitaorg..tapi mmg tak sempat la nak snap gambar..rugi kan??? huhuhu. Pinnacles Desert antara tarikan utama di Western Australia. Kebanyakkan gambar promosi WA mesti ada tunjuk view Pinnacles Desert. Apa yang special di sini adalah adanya batu-batu tegak di padang pasir macam dalam gambar nie.


Pinnacles terhasil dari pembentukan limestone yang wujud berjuta tahun dahulu. Yang kiter faham batu-batu kapur tue datangnya daripada seashells di zaman awal kehidupan marin. Disebabkan oleh factor persekitaran seashells tue terpecah menjadi pasir yang kemuadiannya ditiup angin dan membentuk batu-batu yang tinggi nie. Tak tau la betul ker tak pemahaman kiter nie. Baca banyak2 kali penerangan kat tepi desert nie tapi last2 blur tak faham. Sangat scientific..yang pasti semua nie adalah tanda kebesarn-Nya..*Subhanallah*

Pinnacles Desert yang amazing.
Kiter meninggalkan Nambung National Park dalam suasana yang hampir gelap. Plan untuk ke Carventas terpaksa di batalkan. Kalo pergi pun comfirm tak nmpk wind farm. Cukupla tadi dah terjumpa wind farm. Perjalanan pulang ker Perth mengambil masa dalam 2 jam setengah. Agak jauh untuk night drive yang di kiri kanannya lautan Hindi, padang pasir dan hutan renek. Setengah jam selepas keluar dari Pinnacles desert tadi 2nd driver dah surrender. [1st driver dari tadi dah surrender, kepenatan dan sakit kepala dek cuaca panas]

So, kiter terpaksa mengambil alih stereng. Hhhhmmm...satu pengalaman memandu yang kiter takkan lupa sampai bila-bila. Knowing yang kiri-kanan adalah hutan yang sangat asing yang dihuni dengan bermacam hidupan, padang pasir luas, lautan hindi betul-betul di lereng jalan, plus jalan yang sangat gelap dan jarang sangat terjumpa kereta lain membuatkan kiter tawakal jer drive. Yang paling best disebabkan kepenatan semua ahli rombongan tertidur dengan nyenyaknya meninggalkan kiter memandu sorang2 dalam suasana yang gelap amat. *yesss...i'm proud with myself, betapa besarnya girl power yang kiter adakan??* semangat jer yang membuatkan kiter sampai dengan selamat, kalo ikut kan rasa takut..memang TAKUT...scary siot..heheheh...

Selamat sampai di YMCA Hotel Perth pukul 9.30. Alhamdullilah...Maka berakhirla hari ke-2 kiter di Perth.Malam tue kiter tidur dengan rasa sangat bangga dengan semangat diri sendiri...hahahahah...*yess..i can do it..!!! wink*. Esok kiter nak leisure2 di BDC Perth and Shooopiing...

Nantikan sambungannya. Sampai jumpa lagi.  ~xoxo~

Thursday, January 10, 2013

MyTravelog:10 AWESOME DAYS IN PERTH & WA (Part 2)

Assalamualaikum...
Hari nie seharian attend Training Outcome Based Education. Huhuhu...Balik tadi cepat2 dinner and solat sbb dari pagi tadi duk pikir pasal nak update blog. ~semangat kan kiter??~ Ok, jom continue..eh, still day 1 kan? rasa mcm dah pjg tulis semalam...

DAY 1: PERTH & FREMANTLE

Disebabkan oleh belum sampai masanya untuk check in hotel, kitaorg dcide untuk terus ke Fremantle. Perjalanan dari CBD ke Fremantle lebih kurang 30 minit. Jalan kat Perth nie sangat aman. No traffic Jam at all dan pemandunya sangat berhemah. Mula-mula kitaorg rasa sbb hari nie weekend so maybe kereta tak banyak, tapi selepas dua tiga hari kat sini pun still mcm tue jer keadaan jalannya.
Lanskap sekitar Fremantle
Fremantle merupakan port city ataupun bandar pelabuhan yang terkenal dengan bangunan classic dan bersejarah yang dibina sejak abad ke-19. Fremantle telah diiktiraf sebagai the best preserved 19th Century seaport in the world!!!. Hebat kn? Bangunan kat sini memang cantik-cantik, penuh seni, sangat klassik dan terasa macam berada dalam cerita fairy tales bila berjalan kat kota Fremantle nie. 


Welcome to E-Shed Market

Plan kitaorg adalah untuk jalan-jalan / survey2 di E-Shed Market sampai lunch time. Lunch time hari nie kiter nak makan fish n chip yang glamer kat Fremantle nie. So, sampai jer di Fremantle terus tuju E-Shed Market. E-Shed market nie ala-ala mcm Central Market kat KL, ada lebih kurang 80 buah kedai dan kebanyakkannya jual souvenir. E-Shed cuma dibuka pada hari Sabtu dan Ahad. Yang bestnya kedai kat sini tak jual benda yang sama di setiap kedai. Tak mcm pusat kraftangan kat Malaysia. Kalo satu kedai jual Batik semua kedai jual batik...*huhuhu...b.o.r.i.n.g* Ada satu kedai tue jual fridge magnet sahaja... Mak aiii...satu kedai penuh dengan fridge magnet. Ada satu kedai yang kiter nak rekeman kat sini..kiter dapat tau pun dari bloggers jugak.. nama kedai tue Megabes Souvenirs. Ownernya Singaporean Chinese. Sangat peramah dan teruja tgk org Malaysia dtg. Anak buah dia handsome...hahahah 
Harga di kedai nie murah dibandingkan kedai lain. Owner nya, Mr Simon pun tak berkira sangat, banyak diskaun kitaorg dapat. Mr Simon invite kitaorg pergi lawat kilang dia kalo nak shopping dengan lebih santai. Bole pilih lama-lama, dia cakap. Hhhmmm...makin lama pilih makin byk la sale dia kan..hehehe...Mr Simon jugak bagi contact no homestay Melayu and  contact no transport kalo diperlukan just in case. Pendek kata memang ssangat selesa berbelanja di Megabes. ~HIGHLY RECOMMENDED~

Kiter cuma beli t/shirt 'I LOVE PERTH' je. Dah janji dengan Mr Simon, next week kitaorg datang lagi utk betul2 shopping souviners untuk kaum kerabat satu kampung.Perut pun dah lapar, nak plak dengan cuaca sejuk angin laut di Fremantle. Next destination is Fremantle Fish Boat Harbour.  


Fremantle Fish Boat Harbour *INDAH AMAT*
Fremantle Fish Boat Harbour terkenal dengan saefood restaurant. Ada lebih kurang 9 pilihan seafood restaurant tapi yang selalu disebut-sebut dalam blog ialah Kailis Fish Market Cafe dan Cicerellos. Semua restoran mengadap laut dan terdapat banyak bot-bot berlabuh. Pemandangan yang sangat amazing. This time kitaorg decide nak try Cicerellos dulu. Menu of course la Fish and Chips yang disebut-sebut dalam blog selama nie. Satu portion fish and chips kat sini memang sangat berlambak. ~rasanya kalo perut Melayu yang kecik nie tak perlu la nak order satu portion sorang, bole share-share je~



Angin Musim Bunga yang nyaman *sejuk ke tulang sebenarnya*, view yang amazing, fish and chips yang panas, suasana laut yang kebiruan dan mat salleh lalu lalang kat jetty pejalan kaki yang dibina sepanjang depan restaurant menjadikan suasana nya sangat awesome. 

Terasa sayang nak tinggalkan bandar Fremantle. Tak sempat lagi nak snap picture bangunan klasik yang ada tapi Bandar Fremantle ditinggalkan dengan plan yang kami akan kembali lagi minggu depan dan akan berada di sini selama satu hari penuh. Yeaa...bole jalan puas-puas...


Kembali ke CBD dan terus menuju ke Mirrabooka Square. Salah satu shopping mall kat CBD untuk start beli stok groceries. Rasanya kat Mirrabooka nie dah dikumpulkan semua mart yang ada di Perth. Ada BIG W, K Mart, Coles dan Woolworths. Kiter suka beli groceries kat Coles. Maybe sebab brg2 yang kiter nak beli lebih murah. For those yang ada intention nak memasak sendiri sepanjang berada di Perth and WA jgn lupa singgah The Meat Giant Shop [kedai kecik ni terletak di depan Woolworths]. Antara kedai yang menjual daging halal di Perth.
Rasa dah macam-macam tempat kiter terjah. Padahal belum satu malam pun kiter di Perth. Patutla penat semacam jer..dari turun dari flight semalam, belum sempat nak break pun kecuali tidur dua tiga lelap di airport. *giler kan??* Kitaorg dah booking Rainbowlodge untuk stay dari 1st nite sampai 3rd nite. Tapi biler kiter pergi untuk check in, receptionist inform yang kids is not allowed as a guest. ~so for those with kids before booking any budget hotel make sure comfirm dengan hotel samada diaorg benarkan kids stay situ or not sebab ada sesetengah budget hotel yang tak benarkan~. Hmmm....nasib baik deposit dipulangkan semula. Maka terpaksalah carik hotel yang lain. Nasib baik ada contact no homestay melayu yang Mr Simon from Megabes bagi. So try contact but unfortunately rumah dia dah penuh, 3rd nite nnt baru bole masuk. Okla dari takde kan...

Nasib baik jugak kiter still bawak list hotel di Perth ~ok reminder jugak, even dah booking hotel dari Malaysia, jgn tinggalkan segala nota di Malaysia esp list of hotel. Just in case jd mcm kitaorg nie.~ Try walk in ke YMCA Jewel House. Nasib baik ada kosong. Going to stay here for 2 nights. This is budget hotel so dont expect more. Keadaan bilik sangat selesa untuk family room ada 4 single bed, TV, runag dapur siap dgn kettle, refrigirator n microwave.  Cuma no attached bathroom and toilet. So nak mandi kena keluar dr bilik. Tapi kiter OK jer. Takderla masalah besar pun. lgpun kebenyakkan accomodation for backpackers  mmg mcm tue.

Malam tue dinner dgn nasi dan hot dog goreng yang fresh dibeli kat Mirabooka tadi. Ooohhh...tak lupa penambah perisa 10 hari di Perth - Sambal Belimbing Hitam buatan tangan Sana...~thanks sana~

Berakhirla hari pertama di bumi Perth. Cerita dah panjang berjela tapi baru hari pertama..nak cukupkan 10 hari, setiap hari la kiter kena stay back kat ofis or stay up mlm2...Semoga kiter terus rajin.mcm hari nie...heheh

Sampai jumpa lagi..xoxo.





Tuesday, January 8, 2013

MyTravelog:10 AWESOME DAYS IN PERTH & WA (Part 1)

Assalamualaikum semua...
Setelah beberapa kali tertangguh akhirnya berjaya juga menyelitkan masa untuk update kisah kembara kiter selama 10 hari di Western Australia (WA). Basically cover Perth, Albany, Margaret River, Augusta dan Busselton. Setakat nie, inila percutian kiter yang paling lama...10 hari..lama kan???
Rasanya sebelum kiter start ada baiknya kalo kiter citer sikit pasal bumi Perth dan WA.Sbb ada yang tanya kiter "besar sgt ker Perth tue sampai kena pergi 10 hari?"

Kiter cerita secara ringkas. Nanti kalo cerita panjang2 mcm belajar geography plak..hehhe...Australia can be divided into 6 states - New South Wales (NSW), Queensland (QLD), South Australia (SA), Tasmania (TAS), Victoria (VIC) and Western Australia (WA) and two major mainland territories - Australia Capital Territory (ACT) and Northern Territory (NT) . In addition, there are six island territories, known as external territories, and Australia Antarctic Territory. Gabungan semua states dan mainland territories of Austalia menjadikan Australia sebagai negara ke-6 terbesar didunia. 

States and territories of Australia


Untuk trip kali nie kiter cuma cover Western Australia specifically Perth dan South West Corner. Sikit pasal Western Australia. Western Australia adalah state terbesar di Australia. Dikelilingi Indian Ocean di Utara dan barat, the Great Australian Bight dan Indian Ocean di Selatan. Kalo tengokkan tempat yang kiter pergi macam dah banyak tapi sebenarnya macam suku jer Western Australia yang kiter cover kalo nak dibandingkan dengan Western Australia yang luas tue. 

Map of Western Australia. 

Kiter cuma cover dari Pinnacles dan ke bawah shj iaitu Perth + South West Corner of WA. Betapa besarnya WA



South West Corner of Western Australia

Kiter cerita supaya korang dapat gambaran area mana yang kiter sempat terjah dalam masa 10 hari. Sebab masa buat research sebelum trip nie, kiter pun confuse mana arah nak dituju..huhuhu...So now, baru bole mulakan kisah kembara kiter...

DAY 1 - KUL-PERTH

Penerbangan MH127, Kul to Per depart at 8.00pm. Seperti tagline Malaysia Airlines, More than just an airline code, MH is Malaysian Hospitality. Layanan yang diberikan memang berbaloi dengan harga tiket yang dibayar. Seat selesa [orang kaki comel mcm kiter, seat air asia pun selesa] *wink* thumb up utk food - malam tue menu mashed potato dengan ayam..yummy, yang penting kiter dapat bergelak ketawa tengok film Untuk Tiga Hari ~dah tgk 2 kali pun still kelakar~.


Touched down at Perth International Airport pukul 1.50 pagi. Get ready utk diperiksa segala luggage sbb kitaorg bawak bekalan food yg agak byk. *satu beg ok* kiter ada baca yang pemeriksaan Kastam di Australia mmg sgt ketat. Tapi dengan syukur Alhamdullilah nya Pakcik Kastam tue cuma tanya jer apa yg kitaorg bawak. -Segala-galamya kitaorg declare- dan terus lepaskn semua luggage tanpa kena bukak satu pun. Hhhhmmm...sangat syukur. Agaknya sbb diaorg pun dah penat kot pagi2 buta nak check luggage. Opppss, no picture please dalam balai Kastam. Kiter kena tegur dgn Pakcik Kastam sbb ambik gambar signboard "Welcome to Perth" Kena delete depan dia time tue jugak..ceettt.


1st bus utk ke Central Business District (CBD) pukul 8.00 pagi. So sementara menunggu harusla melelapkan mata. Gonna need a lot of energy for tomorrow. Tidur kat airport mmg rutin kiter setiap kali pg travel. Barula backpackers kan...heheh. Pukul 4.30 dah nmpk dua tiga org masuk prayer room [Prayer room di ground floor airport, hujung sebelah kanan]. Rupaya Subuh masuk pukul 3.42 di Perth..Ya Ampun...awalnya..pukul 5.30 dah cerah sebab dah habis waktu subuh. Airport pun dah start bz. 19darjah celcius..sejuk tapi sangat nyaman. Sempat mandi2 dan tukar baju [Shower kat level 1, hujung sekali dekat eskalator sebelah kiri, atas surau]

Since kitaorg terlepas 1st bus ke CBD, so naik 2nd bus terus ke ofis Bayswater Car Rental (Perth City). Bus/shuttle dari airpoort ker CBD dipanggil CONNECT, warna orange. [Bole beli terus return ticket but make sure simpan ticket utk balik nanti] Tiker nya sgtla kecik...huhu... Nak tau lg lanjut bole lawat website nie perth airport connect.

1st destination selepas dapat kereta mestila mengisi perut yang lapar. *No nasik lemak nor nasik kerabu*..huhu..harusla makan pie..kat negeri orang putih kan...~hahahah~ makanya gps disetkan ke Danish Patisserie, Dyer Road, Bassendean. Kat sini ada jual macam-macam jenis pie, bun, tart and frozen pie. Shepard pie kat sini sangat-sangat heaven..Ynag penting ada halal certificate. bole la jugak beli yang frozen untuk buat bekal di hari kemudian...~wajib beli bekal kat sini sbb lpas nie dah susah nak dapat daging halal~
Shepard Pie and Mini tart.

Alamak, ofis dah kosong la...semua dah balik. tak perasan dah pukul 6.00 rupanya. So, rasanya kena continue esokla pulak. ~potong mood kan??!!!hahahaha...sowrey korang~ I penakut kalo berkaitan dengan stay back sorang2 kat ofis nie. Nanti kiter sambung perjalanan kiter ke Fremantle, bandar pelabuhan yang sangat classic.
Sampai Jumpa Lagi...xoxo.


Wednesday, January 2, 2013

GOOD BYE 2012, WELCOME 2013

Salam, 
Last day of 2012. Ofis kosong sekosong kosongnya...pagi tadi sampai ofis pukul 9 tapi ofis masih lagi gelap...well..nampak gayanya kiter la yang akan menjadi penunggu kat ofis nie sampai petang. Hujan plak mencurah-curah kat luar...winter di Kuantan...sejuukkk...:)
Entry yang terakhir untuk tahun 2012 nie, jom kiter recap destinasi yang kiter dah terjah sepanjang tahun... 

1. Bangkok dan Hatyai.
My 1st trip for 2012. Early January. Pengalaman naik train selama 15 jam, Turun  naik flight dr Bangkok ke Hatyai dan berjalan sampai rasa nak tercabut kaki di tengah kota Bangkok di malam hari. Melawat Grand Palace yang memukau, boat cruise di Sungai Chao Phraya dengan tiket berharga RM0.50, makan Tom Yam yg sgt enak...*yummyy..* dan pegi massage almost every day. Tak lupa jugak shopping baju tak hengat di Hatyai *wink*, makan pulut durian, nasik n ayam goreng n try semua macam food kat Floating Market Khlong Hae... Awesome..!!





 2. PULAU LANG TENGAH, KUALA TERENGGANU
Setelah hampir setahun tak scuba diving, now I'm back into my underwater world. Kiter selalu sebut breathing underwater adalah experience yang sangat...sangat.. awesome..tak boleh cerita kena try sendiri. Diving yang paling lama 60 minutes underwater sedalam 40 feet, penat tak terhingga tapi worthy sangat-sangat. Terserempak baby shark time snorkeling berdua dengan Ayu -yup...orang lain semua jauh dari kitaorg- perasaan masa tue excited..dah sampai darat baru terpikir "kalola shark tue terkam kiter comfirm..." sila sambung sendiri ayat tue...Pulau Lang Tengah yang super duper cantik..hotel yang mengadap pool. 3 hari kat pulau rasanya badan kiter tak pernah kering...Balik diving terus terjun pool, penat kat pool masuk laut balik...petang join snorkelling trip..malam jer badan kering...hehehhe..ouucchh..not to mention Abg Don, Dive Master yang sporting n bersusah payah angkatkan tong gas kiter sbb kiter dah tak larat nak angkat sendiri time balik dari dive trip.


3. JAKARTA DAN BANDUNG
It's a shopping trip.. jejak jer kaki di Kota Jakarta pak supir terus bawak ke Tanah Abang. Mak cakap.."Hah??terus pg shopping ker??, tak rest dulu?" kononnya kepenatan turun dari flight tapi dia la yang paling excited shopping. Melihat kota Jakarta yang sentiasa macet, penduduk yang terlalu padat dan manusia yang berlumba-lumba mencari rezeki untuk meneruskan hidup. Setiap kali melawat Indonesia kiter akan pulang dengan rasa yang sangat bersyukur menjadi warga Malaysia. Teringat bau sulfur yang sangat kuat di Kawah Putih, pemandangan Kawah Putih yang dalam mcm cerita fairy tales..sangat Subhanallah. Sambung shopping di Kota Bandung. Dari Pasar Baru sampai ke Rumah Mode, tak lupa beli jeans Levis kat Toko Tiga.. hhhmmm....mak ckp trip nie untuk survey2 jer..next time bole dtg shopping lagi..*nganga*



4. TEKAM PLANTATION RESORT
Trip dengan keluarga besar kiter. Sepatutnya konvoi 4 buah kereta, dah booking 3 bilik tapi disebabkan drama sangat...last2 jadi dua keluarga jer... Tapi still enjoy. Tekam Plantation Resort yang aman damai, macam kat kampung, rumah pun design rumah felda. Swimming pool yang heaven sbb takder org nak kacau, breakfast pun heaven sbb ada byk food *sgt sedap* tapi tak ramai org.. cafe mengadap pokok2 hijau...wahh...oksigen yang segar..Tak sangka dapat plak pakej melawat Gua Kota Gelanggi, siap dengan tour guide lagi. Rezeki..ooo..lupa plak, gaduh2 manja dengan staff cafe..tue yg dapat pakej ke Kota Gelanggi kot...hahahaah

5. SUNGAI LEMBING, KUANTAN
Lagi sekali kiter ke Sungai Lembing. Stay tempat yang sama Tiara Atsari Homestay. Cuma kali nie aktiviti yang berbeza. Naik Toyota Hilux keliling Sungai Lembing. Adventure yet sangat-sangat fun. Melawat bangunan-bangunan lama penuh nostalgia di Sungai Lembing, naik kereta kuda, makan durian sampai muntah, main bola sepak kat tengah padang, live performance khas dari owner Tiara Atsari dan punya waktu luang yang sangat banyak untuk berjalan-jalan menerokai bandar Sungai Lembing. Something yang dah lama kiter nak buat.Alhamdulliah tercapai...



6. PERTH-ALBANY-MARGARET RIVER, WESTERN AUSTRALIA
The biggest trip of this year. Preparation seawal June lagi..10 hari berada di sebuah negara maju banyak membuka mata kiter. Trip nie bukan sekadar melawat-lawat tempat menarik tapi jugak memberi kiter pelajaran tentang byk perkara. 1st time kiter drive di luar negara...*yup...should proud with myself* memandu dalam keadaan malam gelap dari Pinnacles sampai ke BDC. semua penumpang tertidur kepenatan..knowing yang kiri kanan adalah hutan dan penuh dengan binatang yang kiter tak kenal pun..Jugak experience drive dari Valley of the Giant sampai ke Pamberton melalui South Coast Highway. Sepanjang jalan hutan tebal yang terkenal dengan the giant karri trees setinggi 40 metres, jalan kecik beralun2 mcm ular kena palu...tapi berjaya dengan jayanya...melihat segala macam keindahan alam yang sangat Subhanallah.. dari cuaca sejuk 19 darjah celcius kepada terik panas 32 celcius..menjerit2 excited melihat kangaroo melintas jalan, jugak melopong tengok keajaiban pinnacles dessert, natural bridge dan keterujaan menaiki tram di busselton jetty yang sepanjang 2km.Basically kiter dah round hampir separuh western Australia. Indah amat..:)




Dah dua orang tanya kiter, next year pergi mana???hhmmm...pastilah angannya panjang berjela...tapi buat masa nie belum ada tiket lagi dalam tangan...so, no ticket no talk..hahah...dah beli tiket flight baru bole cerita. Kiter harap impian kiter yang satu tue tercapai this year. Semoga Allah murah kan rezeki dan beri kesihatan yang baik.

Azam tahun nie??? hhhmmm...kiter jarang ber azam tahun baru. Sebab kiter bole ber azam bila2 jer. Tak semestinay tahun baru nk ber azam kn? Apapun, kiter nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2013 untuk semua. Semoga tahun 2013 lebih baik dari 2012. Berjaya mencapai yang hebat-habat dan diberkati Allah S.W.T. Amiin. 
Jumpa lagi. 

psstt...kiter sedang usahakn untuk update travelogue ke Perth. Sabar yer...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...