Assalamualaikum dan Salam pagi Rabu,
Dua tiga hari nie penyakit terjaga diwaktu malam kembali lagi. Dulu time study memang kiter train diri sendiri untuk tidur awal dan bangun pukul 2 or 3 pagi untuk menyiapkan assignment. Tapi sekarang nie dah habis study, biological clock kiter still susah nak ubah. So, apa lagi bolehla guna masa nie untuk sambung cerita kiter untuk hari yang ke-6 di Western Australia.
DAY 6 - MARGARET RIVER & AUGUSTA
Nyenyak betul tidur malam tadi. Pagi nie lebih leisure sebab tak perlu nak kemas-kemas barang untuk check out. Kiter akan stay kat Station House, Margaret River selama 2 malam. Bolela masak untuk breakfast dan keringkan kain baju yang dah masuk dalam washing machine malam tadi. Plan untuk hari ini adalah untuk ke Augusta - melawat Cape Leuwin Lighthouse, melawat chocolote factory di Margaret River dan kalo sempat teringin nak melawat ladang anggur, teringin jugak nak pergi tgk macam mana wine dihasilkan..hehehe
Kiter keluar agak lewat hari nie, maklumla dah 5 hari keluar pagi-pagi hari, so hari nie rasa macam nak leisure sket. Margaret River dulunya terkenal dengan industri kayu balak dan pertanian, tetapi sekarang lebih dikenali dengan industri pelancongan dan pembuatan wine. Ada banyak ladang-ladang anggur disekitar Margaret River nie.
|
Augusta Visitor Centre |
Destinasi pertama pagi nie ialah ke Augusta, satu lagi pekan kecil berdekatan Margaret River. Sebenarnya Augusta dan Margaret River berada dalam kawasan kerajaan tempatan yang sama dipanggil Shire of Augusta-Margaret River. Jarak dari Margaret River ke Augusta adalah 43km, lebih kurang 30 minit perjalanan.
|
Bandar Augusta |
Tujuan ke Augusta adalah untuk melawat Cape Leuwin Lighthouse tapi singgah sebentar di Visitor centre,
~beli fridge magnet lagi~ Terpandang plak view yang menarik kat area belakang visitor centre. Apalagi, snap2 picture dulu.
|
Rumah nie super cantik kan? Bila boleh dapat rumah cantik mcm nie? |
Mula-mula nampak rumah cantik tue, lpas tue nampak plak macam ada sungai kat hujung jalan belakang visitor centre, so sblm menuju Cape Leuwin, kitaorang menyimpang ke sini dulu.
|
Miss Flinders Jetty |
Rupanya inilah Miss Flinders Jetty, kat sini ada trip untuk River crusie, kalo nasib baik bole tgk dolphin. Kitaorang tak pergi trip nie sebab menurut kata staff visitor centre time nie bukan musin yang sesuai, tak sure plak bulan berapa yang sesuai. Kawasan sini mmg sangat permai..
|
Classic kan jetty nie.. |
Perjalanan diteruskan menuju ke Cape Leuwin. Cape Leuwin Lighthouse terletak di tanjung Leuwin iaitu titik paling barat di tanah besar Australia. Senang cerita Cape Leuwin ni adalah tanah paling hujung di sebalah barat Australia. Rumah api ni mula dibuka pada tahun 1895 dan beroperasi secara automatik. Selain berfungsi sebagai bantuan navugasi untuk pelayar, rumah api ini jugak berfungsi sebagai station cuaca automatic.
|
Keindahan Rumah Api Cape Leuwin |
Ada satu lagi keistemewaan tempat nie iaitu disini kita boleh nampak pertemuan antara Southern Ocean dan Indian Ocean. Pada musim tertentu bole nampak satu garis lurus yang memisahkan dua laut nie dari atas rumah api.Betapa hebatnya ciptaan yang maha Esa kan? ~
Subhanallah..~
|
Cantik sangat rumah api nie, rasa nak bawak balik Malaysia.. |
Selesai melawat sekitar Rumah api, kitaorng kembali ke Margaret River. Acara santai di Margaret River. Destinasi pertama harusla ke Chocolate Factory,
The Margaret River Chocolate Company. Tak sabar nak melahap chocolate nie...hehhehe
Margaret River Chocolate Co. antara trademark di Margaret River selain Wine factory. Lebih kurang 20 minit dari pekan Margaret River. Sebelum sampai kilang nie, kiter lalu sebuah pekan namanya Cowaramup. Yang menariknya kat pekan nie ada byk patung-patung lembu.Sbb tue nama dia Cowaramup kot.
Eh, back to kilang chocolate tadi, kat sini kita bole tengok mcm mana chocolate dihasilkan, ada cafe yang best dan yang paling best bole try sample chocolate dia sampai kenyang. Mula-mula masuk dah ambik segenggam, tak habis round satu pusingan patah balik ambik chocolate lagi, sambil belek-belek chocolate utk bawak balik Malaysia, ambik lagi segenggam. Pendek kata mulut sentiasa mengunyah...nikmat betul...
|
Muka senang hati sebab dpt mkn chocolate free |
|
Tempting kan chocolate tue? nut based truffles - Macadamia Clusters, Almond Rochers and Cashew Clusters. |
Setelah melihat-lihat menu di Chocolate Cafes, kiter decide nak lunch terus kat sini. Harga pun tak la mahal sangat, still affordable.
|
Menu lunch kiter hari ini... |
|
View di luar Chocolate Factory. |
Kita shopping chocolate pastelles dan mixed nut cluster. Perut kenyang dan kembung dengan chocolate, perjalanan diteruskan menuju ke Cheese Factory. Yang nie tak plan pun nak peergi tapi sebelum masuk kilang chocolate nie tadi ternampak signboard Cheese Factory. Singgah sebentar. Bau lembu menusuk-nusuk...sampai rasa macam terdengar-dengar bunyi boooohh...bboooohh..
~bunyi lembu la~ Tak beli apa-apa pun kat sini sbb tak pasti kehalalan produk kat sini.
Yang pasti memang ada macam-macam jenis cheese kat sini. Ada nama yang kiter tak pernah dengar pun. Selain dari cheese ada jugak jual yogurt, butter dan produk tenusu yang lain.
|
Muka control..sebenarnya hidung tengah tahan bau busuk lembu. |
OTW back to pekan Margaret River, kiter stop sekejap kat pekan Cowaramup untuk snap pictures. Sangat unik pekan nie sbb ada byk patung lembu.
*dimerata-rata tempat* and patung dia sangat cute. Yang penting tak bau busuk..hehehhe. lihatla gambar nie...
|
Nampak mcm lembu betul tak? |
|
Salah seorang ahli rombongan nak cari cybercafe. Nasib baik jumpa kat bandar Margaret River. Tue pun bayarannya sangat la mencekik darah..kiter rasa kat WA nie coverage WIFI sangat limited. Tak byk hotel yg sediakan free WIFI. ~Kiter tak kesah sgt, it's a holiday btw, who need internet during a holiday, kan?~ Sementara menuggu En Luthfi ke Cybercafe, kitaorg meneroka pekan Margaret River. Destinasi yang pertama harusla ke Visitor Centre, sambil mencari info kilang wine yang bole dilawati. Visitor centre Margaret River lebih besar dibandingkan dengan tempat lain, souvenir pun byk. Kat tepi2 visitor centre nie pun ada byk kdai souvenir.
|
Welcome to Margaret River Visitor Centre |
|
Margaret River Town |
|
Margaret River Hotel |
Setelah call beberapa wine factory, kiter and Kak Sara decide nak visit Voyager Estate. Don't take me wrong, kiter bukak nak pergi mabuk2, even kat setiap tour mmg akan diberi wine tasting, kiter and Kak Sara cuma nak lawat ladang anggur sahaja. Mmg ada hasrat nak tgk macam mana wine dihasilkan tapi tour package yang ada tak ngam dengan masa kitaorng. so, hasrat terpaksa dilupakan.
Voyager Estate terletak dekat je dengan tempat tinggal kitaorang. Lebih kurang 10 minit perjalanan dari bandar Margaret River. Dibuka setiap hari dari jam 10am sehingga 5pm.Tours available on Tuesday, Thursday and Sunday 11am to 12.30pm. Voyager Estate mempunyai landskap yang sangat-sangat cantik. Ladang anggur yang seluas mata memandang, rumput menghijau dan bangunan estate yang awesome. *highly recommended utk snap pictures* So, kiter akhiri update kiter untuk hari ke 6 nie dengan pictures di Voyager Estate.
|
Blkg kiter nie rose garden, belakang lagi tue adalah ladang anggur yg sangat luas |
|
Pintu masuk bangunan Voyager Estate. |
|
Awesome..Super awesome. |
|
Pokok anggur yang baru nak berputik |
Maka berakhirla hari ke-6 di WA. Esok ada planning yang lebih padat. Sampai jumpa lagi. xoxo.