Friday, January 25, 2013

MyTravelog: 10 AWESOME DAYS IN PERTH & WA (PART 4)

Assalamualaikum..
Semester baru dah bermula...maka bermulala rutin-rutin ke kelas seperti semester-semester lepas. Hopefully kiter lebih bersemangat dan lebih organized semester nie. *rasanya macam pernah dengar azam nie semester lepas..heheheh* Back to kisah percutian kiter yang baru masuk hari ke 3. Rasanya macam dah panjang berjela, baru hari ke-3 ke?? ~oouuuccchhhh~

DAY 3: CBD PERTH, MEGABES FACTORY & HARBOUR TOWN

Since jadual semalam yang sangat padat hari nie jadual kiter lebih leisure. Mulakan hari dengan breakfast nasi dengan sambal belimbing hitam Sana, panaskan shepard  pie dan chocolate milk. ~wajib minum susu di Australia sebab susu kat sini sangat lazat dan fresh~ Since sampai Perth kiter tak pernah putus bekalan fresh milk, habis jer beli lagi satu botol..*sedap giler..yummy..!!*. Hari nie kiter check out dari YMCA Jewell Hotel and akan check in kat homestay Haji Yon. Planning hari nie ialah melawat sambil bershopping ke Megabes Factory, ~kedai gifts & souvenirs yang kiter cerita di Fremantle dalam post yang lepas~ next nak mencari Charcoal Chicken yang sedap and penutup dengan shopping di Harbour Town.
Sekitar CBD Perth - capture dari dalam kereta.
Megabes Factory terletak di Exchange Road, Malaga. Lebih kurang 15km dari hotel kitaorg. Kiter dah siap2 call Mr Simom inform nak datang ~factory nie dibuka by appointment sahaja~ Sampai kat depan pintu factory Mr Simon dah siap tunggu dah pun. Factory nie tak la besar sangat tapi seriuosly memang penuh dengan barang. Since tempat nie dibuka by appointment memang kitaorg jerla yang ada..bole la shopping souvenirs untuk satu kampung. Harga memang lebih murah dari market price, pilihan byk giler and sangan aman. Lama kitaorg spend time kat sini. Siap bole buat list nak bg souvenirs kat sapa2 and Mr Simon dengan sabarnya menungu. *Mestila rezeki dia kan??* Total kitaorg spend dalam AUD500 kat sini..!! *faint* Mr Simon dengan baik hatinya offer untuk tumpang hasil shopping kitaorg kat kedai dia dulu. So tak perlu la kitaorg mengangkut brg2 tue ke luar Perth nnt. *baik hati betul Mr Simon nie*. ~Sape2 yang nak pg Perth sila la singgah ker kedai Megabes nie, memang highly recommended untuk berurusan dengan Mr Simon, sangat membantu sambil2 dengar cerita2 positif dari dia.~ Since dah beli semua souvenirs kat sini lepas ni dah tak perlu pikir pasal souvenirs org. Bolela kiter berbelanja sakan untuk diri sendiri *yeeeaaayyyy*

Keluar dari Megabes perut dah lapar giler. Mr Simon ada suggest kat kitaorang satu kedai Charcoal Chicken. So terus menuju ke KEBABBQUE Charcoal Chicken. Yang special kat sini adalah charcoal chicken iaitu ayam yang digrill. Antara menu kat sini ada kebab, pizza and pide. Kiter order dip combo with Turkish bread , Iskander dan 3 piece charcoal chicken. Kesemuanya sangat lazat...*yummy..* Total kiter habis kat sini tak sampai $60 untuk 4 dewasa sorang kanak2.Still worth dengan rasa ayam yg juicy, sayur yang segar dan Turkish bread yang sangat lembut.  ~highly recommended~ 

Terliur pulak tengok Iskander..masih terasa keenakkannya.
Since esok kitaorg akan memulakan trip ke luar Perth so kena carik halal meat untuk bekalan. So dari Kebabbque terus ke Cannington untuk ke kedai Carousel Halal Meat & Small goods ~terletak di Cecil Avenue, Cannington~ Macam-macam jenis daging ada jual kat sini. Kalo nak beli  rempah ratus, jajan-jajan dari Malaysia, can food Adabi dan kicap pun ada jual kat sini. Basically kiter rasa target market dia memang utk Malaysian and Indonesian. Tapi harga memang berganda la..huhu

Carousel Halal Meat and Small Goods, Cecil Avenue, Cannington
 Last destination hari ini adalah ke Harbour Town...*yeeaaayyyy...shopping time*. Terletak di Wellington Street, West Perth. Dibuka start pukul 9.00 am hinggak 5.30 pm everyday except for Friday dibuka sampai pukul 9.00pm. Harbour Town nie shopping centre yang berkonsepkan brand direct outlet. ~Ala-ala macam JPO kat JB tue~ Time kiter datang nie adalah shopping spree untuk Christmas..Memang gempak la sales. Yang paling gempak kiter beli 2 pasang jeans Levi's dengan harga $59 dollar..!!! means tak sampai RM150 untuk dua pasang Jeans Levi's..dua pasang ok..bukan sepasang. *kiter memang dah lama banned boutique Levi's kat Malaysia - harga melampau tak hengat* Kat sini jugak ada ISPA Kebab. Tapi since kenyang lagi kiter tak singgah pun. Ooohhh...lupa plak ice-cream kat sini sgy yummy. Kiter try ice cream kat Galare Ice Cream Cafe. 
 

Janji nak check in kat Homestay Haji Yon ataupun nama homestay nie Rumah Sri Serkah pukul 6.30. So keluar dari Harbor Town terus set GPS ke Marangaroo. Lebih kurang dalam 20 minit dari Harbour Town. Sampai depan rumah Haji Yon dah siap-siap tunggu sambil tengah basuh kereta dan berkain pelikat. Sejak sampai Perth nie dah lama tak tgk orang berkain pelikat..heheh.. Homestay nie sangat selesa ada 3 buah bilik ~tapi kiter sewa 2 buah bilik jer~ satu bathromm, 1 toilet, ruang tamu dan dapur yang best. Ada siaran TV3 lagi.. Bak kata Haji Yon "hilangla sket rindu pada Malaysia" Harga pun not bad lebih murah dari YMCA Hotel semalam. Haji Yon jugak bole sediakan dinner by request tapi kiter tak request sbb malam nie nak mkn ayam masak merah (ayam yg beli kat Carousel tadi). Kiter mmg teringin sangat nak stay kat rumah time datang Australia nie, saja nak rasa suasana rumah kat negeri orang putih nie. Akhirnya tercapai jugak. 

Backyard. Something different dengan rumah kat Malaysia

Dapur. Teringin la nak ada dapur mcm nie.

Ruang tamu
Terasa bagai suasana di rumah kat Malaysia sebab mkn malam lauk ayam masak merah sambil menonton Buletin Utama. heehhehehe...malam nie kena tidur awal sebab esok perjalanan jauh 427km untuk sampai ke Albany, area paling selatan di Western Australia. 
 
Entry kali nie pendek jer kan? Plan nak buat 1 entry untuk 2 hari sekaligus tapi kepala ku udah kepeningan...so, kiter jumpa lagi la next time. Tak sabar nak upload gambar2 view yang indah di Albany dan pekan-pekan kecilnya.

Sampai jumpa lagi..xoxo.

Monday, January 21, 2013

MyTravelog: 10 AWESOME DAYS IN PERTH & WA (PART 3)

Assalamualaikum,

Yup masih bersemangat untuk update. And hopefully akan terus bersemangat hingga ke hujung cerita. Semester baru dah nak start, so kena kejar masa sebab mengikut track history records yang lepas, start jer semester kiter dah tak sempat nak update blog. huhuhu. Jom kiter continue kisah hari-hari kiter di bumi kangaroo yang damai nie. 

DAY 2: PERTH-CANNING VALE -YANCHEP -PINNACLES DESSERT

Good morning Perth..!!!! Pagi pertama di bumi Perth. It's a Sunday morning. Sleep like a baby sebab kepenatan yang amat sangat. Cuaca masih lagi nyaman, Pagi musim panas yang masih bersaki baki dingin musin bunga. Hopefully 10 hari kat sini cuaca maintain mcm nie. Keluar dari hotel pukul 8.30 pagi, terkejut tgk keadaan jalan depan hotel yang lengang. Check this pictures...
Pagi Ahad di Perth - Boleh baring di tengah jalan..
Agaknya sebab pagi Ahad, semua orang tidur lagi.heheheh... Planning hari nie akan ke Sunday market dan akan terus ke sebelah utara Perth iaitu Yanchep, Lancelin, Pinnacles dan Carventas.
1st destination pagi nie adalah Canning Vale Sunday Market. ~terletak di Bannister Road, Canning Vale~ As it name, pasar nie cuma dibuka setiap Ahad sepanjang tahun dari pukul 7.00 am. Ada lebih kurang 300 stalls yang jual pelbagai produk dari buah-buahan, sayur2, baju and ada jugak car boot sale. Ada barang baru and ada second hand, this is the place where we can try our bargain skill. Cuma, tak mcm yang kiter bayangkan. Tak banyak pun car boot sale, lebih banyak jualan ala2 pasar tani kat Malaysia. Kiter nak tgk suasana car boot sale mcm dalam citer2 org putih tue...heheheh....tapi ada la, cuma tak byk. Penat jugak la menapak, Nasib baik sejuk. Ada satu stall yang jual socks. Setambun socks, agaknya dari kilang stokin kot. And semuanya dengan harga 1 dollar per pack..!!! ada yang 2 pairs of sock per pack, ada yang 4 pairs of sock per pack. Murah kan??? 
Macam-macam benda bole jumpa kat sini.
Setakat yang kiter nampak ada satu jer stall yang jual halal food kat sini, Turkis Food Van nie. Penjual dia dari Middle East kot. ~SHOULD TRY~... sangat enak dan portion yang besar. Beli satu share 2 org. 

Antara Car Boot Sale yang ada. Kalo kiter apply concept nie kat Malaysia, Ok tak?
Dengan perut yang kekenyangan berisi Kebab, kiter meneruskan trip hari nie ke Yanchep National Park. Sepanjang perjalanan kiter dihidangkan dengan pemandangan bush yang cantik. Teruja betul tgk bush kat Australia nie. Unik sebab tak pernah jumpa. Haaa...sama macam bush dalam national geography ataupun crocodile hunter.
OTW ke Yanchep National Park.
Jalan nie kiter lalu sebab sesat time nak ke Yanchep National Park. Nice view kan?? Mcm dalam movie.

Inila bush yang unik tue. Stop tepi jalan sebab nak ambik jugak gambar.

Its summer...Sunny dan pokok pun berbunga..

Yanchep National Park merupakan antara national park yang ada di WA. Terletak lebih kurang 40 km ke utara Perth CBD. Tapi since kitaorg dari Canning Vale, so ambik masa dalam 1 jam lebih jugak untuk sampai Yanchep. The park is noted for its caves, native bush yang rare dan unik dan KOALA BEAR...!!! Mula-mula macam reluctant jugak nak masuk sbb takut tak sempat nak kejar masa, tapi alang-alang dah sampai masuk jerla. ~entrance fees untuk semua National Park is AUD11~

 

Semakin menuju utara, cuaca dah start panas. Baru terasa kepanasan musim panas di Australia. Panas tajam menikam kulit rasanya. Tempat nie sangat lengang, boleh round2 dengan kereta ikut signage yang disediakan. Mula2 nak pergi cave tapi kena panjat bukit sket. So, hasrat dibatalkan...hhhehe...dahla panas, berpeluh plak nnt..So just snap2 pictures. Lalu area  KOALA BEAR nampak org ramai2 tgh kerumun. Yesss...mesti ada KOALA BEAR.

Cute sangat..tapi dia tengah tidur.
Dah nak meninggalkan tempat nie ternampak plak satu park yang mengadap tasik. Kiter tak sure apa nama tasik tue. Park kat sini sangat bersih. Hijau, ada burung-burung liar and ada kemudahan bbq yang dah siap tersedia. Tinggal bawak food and arang jer. Kiter perasan kat Perth nie kebanyakkan park memang ada sediakan tempat bbq. ~means dapur bbq, so bawak arang and food jer~ Since dah lunch time, so kitaorg decide nak lepak2 dulu kat sini sambil makan and solat. Woowww....sangat nyaman..*seriously*

Lunch shepard pie sambil menghirup udara segar dan mengadap tasik. Fuuuhhhh...speechless.
 

Sebenarnya kami ambik masa yang agak lama kat Yanchep. Baru sedar yang ada byk lagi destinasi nak cover. So rushing ke next destination Lancelin Sand Dunes. Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam. ~roughly dalam 40km-50km~ Kiter ber"adrenalin" dengan aktiviti sand boarding. Tapi sebelum ke Sand Dunes singgah dulu kat mana-mana kedai ataupun pump station kat bandar kecil Lancelin untuk sewa sand boards. ~Kiter sewa di pump station Gull, tepi jalan sebelum masuk ke lorong kecik untuk ke Sand Dunes. Nanti staff kat situ bole bagi map kat mana sand dunes tue sebenarnya. Padang pasir tue tak nmpk dari jalan~ 
Jalan lurus dari Yanchep ke Lancelin

View sepanjang perjalanan. ~AWESOME~
Lancelin sand dune merupakan kawasan berpasir atau padang pasir terbesar di Western Australia. Sangat kagum macam mana bole wujud padang pasir di tengah-tengah kehijauan hutan-hutan renek. *Subhanallah..maha suci Allah*
Inila rupa Lancelin Sand Dunes - Padang pasir yang seluas mata memandang.

Gaya mesti ada..:)
Agak jauh jugak la nak kena menapak untuk ke bukit pasir yang tinggi khusus untuk ber sand boarding. Kereta tak di galakkan masuk agak berisiko untuk stuck dalam pasir yang lembut tue. Kami sampai awan dah start berubah colour kehitaman. Alamakk... untuk tidak membuang masa kitaorg ber sand boarding jer kat bukit pasir yang tak berapa nak bukit..huhu...jadikla asalkan sempat mencuba. Memamng syok... itu bukit tak berapa tinggi, kalo bukit lagi tinggi laaagi la syok. Kitaorg tak lama kat sini sebab awan dah berarak hitam dan angin kuat sampai berterbangan pasir..macam nak ribut pasir jer...huhuu...~itu cuma perasaan sahaja sebab banyak terpenagruh dengan film..wink~


Angin kuat sekali dengan pasir berterbangan dan awan hitam.- Scary ok.

Amazed *Maha Suci Allah*
Sedikit kecewa sebab agak rushing di Lancelin dan berkemungkinan kitaorg tak sempat nak tgk view Farm wind di Carventas, Tapi kami akan sampai pada masa yang tepat di destinasi seterusnya iaitu semasa sun set. Yeaaa....sun set di Pinnacles Desert, Nambung National Park memang hebat. ~highly recommended untuk datang Pinnacles Desert time sunset~ 

Pinnacles Desert terletak dalam kawasan Nambung National Park, 81 km dari Pekan Lancelin. Maknanya kiter makin ke utara Western Australia. Untuk ke Nambung National Park kiter menggunakan jalan yang dipanggil Indian Ocean Drive. ~Route yang awesome untuk menroka utara Western Australia sebab akan menyusuri Indian Ocean.~Ada satu part dalam perjalanan tue kiter akan berada betul2 di tepi Indian Ocean di sebelah kiri dan bukit-bukit pasir di sebelah kanan. *Sangat amazing*. Ooohhh...lupa plak kat sini la 1st time kiter nampak kangaroo melintas jalan di bumi Perth. Comel giler. Since then kiter akan selalu alert kalo ada signboard Kangaroo. 
Tak sempat nak pergi wind farm di Carventas. Tapi jumpa jugak wind farm otw ke Pinnacles.

Bukit-bukit pasir - pemandangan sepanjang perjalanan ke Pinnacles.
Sampai di Pinnacles Desert time dah hampir sunset. Gate Nambung National Park pun dah tutup. Tapi still bole masuk. Yess...we are just in time. 
Ouucchhh...sangat teruja muka kiter kan??? ish..ish..
Sebelum masuk ke Pinnacles Desert nie lagi sekali kiter terjumpa beberapa ekor kangaroo melintans jalan..ada yang mengintai-ngintai kereta kitaorg..tapi mmg tak sempat la nak snap gambar..rugi kan??? huhuhu. Pinnacles Desert antara tarikan utama di Western Australia. Kebanyakkan gambar promosi WA mesti ada tunjuk view Pinnacles Desert. Apa yang special di sini adalah adanya batu-batu tegak di padang pasir macam dalam gambar nie.


Pinnacles terhasil dari pembentukan limestone yang wujud berjuta tahun dahulu. Yang kiter faham batu-batu kapur tue datangnya daripada seashells di zaman awal kehidupan marin. Disebabkan oleh factor persekitaran seashells tue terpecah menjadi pasir yang kemuadiannya ditiup angin dan membentuk batu-batu yang tinggi nie. Tak tau la betul ker tak pemahaman kiter nie. Baca banyak2 kali penerangan kat tepi desert nie tapi last2 blur tak faham. Sangat scientific..yang pasti semua nie adalah tanda kebesarn-Nya..*Subhanallah*

Pinnacles Desert yang amazing.
Kiter meninggalkan Nambung National Park dalam suasana yang hampir gelap. Plan untuk ke Carventas terpaksa di batalkan. Kalo pergi pun comfirm tak nmpk wind farm. Cukupla tadi dah terjumpa wind farm. Perjalanan pulang ker Perth mengambil masa dalam 2 jam setengah. Agak jauh untuk night drive yang di kiri kanannya lautan Hindi, padang pasir dan hutan renek. Setengah jam selepas keluar dari Pinnacles desert tadi 2nd driver dah surrender. [1st driver dari tadi dah surrender, kepenatan dan sakit kepala dek cuaca panas]

So, kiter terpaksa mengambil alih stereng. Hhhhmmm...satu pengalaman memandu yang kiter takkan lupa sampai bila-bila. Knowing yang kiri-kanan adalah hutan yang sangat asing yang dihuni dengan bermacam hidupan, padang pasir luas, lautan hindi betul-betul di lereng jalan, plus jalan yang sangat gelap dan jarang sangat terjumpa kereta lain membuatkan kiter tawakal jer drive. Yang paling best disebabkan kepenatan semua ahli rombongan tertidur dengan nyenyaknya meninggalkan kiter memandu sorang2 dalam suasana yang gelap amat. *yesss...i'm proud with myself, betapa besarnya girl power yang kiter adakan??* semangat jer yang membuatkan kiter sampai dengan selamat, kalo ikut kan rasa takut..memang TAKUT...scary siot..heheheh...

Selamat sampai di YMCA Hotel Perth pukul 9.30. Alhamdullilah...Maka berakhirla hari ke-2 kiter di Perth.Malam tue kiter tidur dengan rasa sangat bangga dengan semangat diri sendiri...hahahahah...*yess..i can do it..!!! wink*. Esok kiter nak leisure2 di BDC Perth and Shooopiing...

Nantikan sambungannya. Sampai jumpa lagi.  ~xoxo~

Thursday, January 10, 2013

MyTravelog:10 AWESOME DAYS IN PERTH & WA (Part 2)

Assalamualaikum...
Hari nie seharian attend Training Outcome Based Education. Huhuhu...Balik tadi cepat2 dinner and solat sbb dari pagi tadi duk pikir pasal nak update blog. ~semangat kan kiter??~ Ok, jom continue..eh, still day 1 kan? rasa mcm dah pjg tulis semalam...

DAY 1: PERTH & FREMANTLE

Disebabkan oleh belum sampai masanya untuk check in hotel, kitaorg dcide untuk terus ke Fremantle. Perjalanan dari CBD ke Fremantle lebih kurang 30 minit. Jalan kat Perth nie sangat aman. No traffic Jam at all dan pemandunya sangat berhemah. Mula-mula kitaorg rasa sbb hari nie weekend so maybe kereta tak banyak, tapi selepas dua tiga hari kat sini pun still mcm tue jer keadaan jalannya.
Lanskap sekitar Fremantle
Fremantle merupakan port city ataupun bandar pelabuhan yang terkenal dengan bangunan classic dan bersejarah yang dibina sejak abad ke-19. Fremantle telah diiktiraf sebagai the best preserved 19th Century seaport in the world!!!. Hebat kn? Bangunan kat sini memang cantik-cantik, penuh seni, sangat klassik dan terasa macam berada dalam cerita fairy tales bila berjalan kat kota Fremantle nie. 


Welcome to E-Shed Market

Plan kitaorg adalah untuk jalan-jalan / survey2 di E-Shed Market sampai lunch time. Lunch time hari nie kiter nak makan fish n chip yang glamer kat Fremantle nie. So, sampai jer di Fremantle terus tuju E-Shed Market. E-Shed market nie ala-ala mcm Central Market kat KL, ada lebih kurang 80 buah kedai dan kebanyakkannya jual souvenir. E-Shed cuma dibuka pada hari Sabtu dan Ahad. Yang bestnya kedai kat sini tak jual benda yang sama di setiap kedai. Tak mcm pusat kraftangan kat Malaysia. Kalo satu kedai jual Batik semua kedai jual batik...*huhuhu...b.o.r.i.n.g* Ada satu kedai tue jual fridge magnet sahaja... Mak aiii...satu kedai penuh dengan fridge magnet. Ada satu kedai yang kiter nak rekeman kat sini..kiter dapat tau pun dari bloggers jugak.. nama kedai tue Megabes Souvenirs. Ownernya Singaporean Chinese. Sangat peramah dan teruja tgk org Malaysia dtg. Anak buah dia handsome...hahahah 
Harga di kedai nie murah dibandingkan kedai lain. Owner nya, Mr Simon pun tak berkira sangat, banyak diskaun kitaorg dapat. Mr Simon invite kitaorg pergi lawat kilang dia kalo nak shopping dengan lebih santai. Bole pilih lama-lama, dia cakap. Hhhmmm...makin lama pilih makin byk la sale dia kan..hehehe...Mr Simon jugak bagi contact no homestay Melayu and  contact no transport kalo diperlukan just in case. Pendek kata memang ssangat selesa berbelanja di Megabes. ~HIGHLY RECOMMENDED~

Kiter cuma beli t/shirt 'I LOVE PERTH' je. Dah janji dengan Mr Simon, next week kitaorg datang lagi utk betul2 shopping souviners untuk kaum kerabat satu kampung.Perut pun dah lapar, nak plak dengan cuaca sejuk angin laut di Fremantle. Next destination is Fremantle Fish Boat Harbour.  


Fremantle Fish Boat Harbour *INDAH AMAT*
Fremantle Fish Boat Harbour terkenal dengan saefood restaurant. Ada lebih kurang 9 pilihan seafood restaurant tapi yang selalu disebut-sebut dalam blog ialah Kailis Fish Market Cafe dan Cicerellos. Semua restoran mengadap laut dan terdapat banyak bot-bot berlabuh. Pemandangan yang sangat amazing. This time kitaorg decide nak try Cicerellos dulu. Menu of course la Fish and Chips yang disebut-sebut dalam blog selama nie. Satu portion fish and chips kat sini memang sangat berlambak. ~rasanya kalo perut Melayu yang kecik nie tak perlu la nak order satu portion sorang, bole share-share je~



Angin Musim Bunga yang nyaman *sejuk ke tulang sebenarnya*, view yang amazing, fish and chips yang panas, suasana laut yang kebiruan dan mat salleh lalu lalang kat jetty pejalan kaki yang dibina sepanjang depan restaurant menjadikan suasana nya sangat awesome. 

Terasa sayang nak tinggalkan bandar Fremantle. Tak sempat lagi nak snap picture bangunan klasik yang ada tapi Bandar Fremantle ditinggalkan dengan plan yang kami akan kembali lagi minggu depan dan akan berada di sini selama satu hari penuh. Yeaa...bole jalan puas-puas...


Kembali ke CBD dan terus menuju ke Mirrabooka Square. Salah satu shopping mall kat CBD untuk start beli stok groceries. Rasanya kat Mirrabooka nie dah dikumpulkan semua mart yang ada di Perth. Ada BIG W, K Mart, Coles dan Woolworths. Kiter suka beli groceries kat Coles. Maybe sebab brg2 yang kiter nak beli lebih murah. For those yang ada intention nak memasak sendiri sepanjang berada di Perth and WA jgn lupa singgah The Meat Giant Shop [kedai kecik ni terletak di depan Woolworths]. Antara kedai yang menjual daging halal di Perth.
Rasa dah macam-macam tempat kiter terjah. Padahal belum satu malam pun kiter di Perth. Patutla penat semacam jer..dari turun dari flight semalam, belum sempat nak break pun kecuali tidur dua tiga lelap di airport. *giler kan??* Kitaorg dah booking Rainbowlodge untuk stay dari 1st nite sampai 3rd nite. Tapi biler kiter pergi untuk check in, receptionist inform yang kids is not allowed as a guest. ~so for those with kids before booking any budget hotel make sure comfirm dengan hotel samada diaorg benarkan kids stay situ or not sebab ada sesetengah budget hotel yang tak benarkan~. Hmmm....nasib baik deposit dipulangkan semula. Maka terpaksalah carik hotel yang lain. Nasib baik ada contact no homestay melayu yang Mr Simon from Megabes bagi. So try contact but unfortunately rumah dia dah penuh, 3rd nite nnt baru bole masuk. Okla dari takde kan...

Nasib baik jugak kiter still bawak list hotel di Perth ~ok reminder jugak, even dah booking hotel dari Malaysia, jgn tinggalkan segala nota di Malaysia esp list of hotel. Just in case jd mcm kitaorg nie.~ Try walk in ke YMCA Jewel House. Nasib baik ada kosong. Going to stay here for 2 nights. This is budget hotel so dont expect more. Keadaan bilik sangat selesa untuk family room ada 4 single bed, TV, runag dapur siap dgn kettle, refrigirator n microwave.  Cuma no attached bathroom and toilet. So nak mandi kena keluar dr bilik. Tapi kiter OK jer. Takderla masalah besar pun. lgpun kebenyakkan accomodation for backpackers  mmg mcm tue.

Malam tue dinner dgn nasi dan hot dog goreng yang fresh dibeli kat Mirabooka tadi. Ooohhh...tak lupa penambah perisa 10 hari di Perth - Sambal Belimbing Hitam buatan tangan Sana...~thanks sana~

Berakhirla hari pertama di bumi Perth. Cerita dah panjang berjela tapi baru hari pertama..nak cukupkan 10 hari, setiap hari la kiter kena stay back kat ofis or stay up mlm2...Semoga kiter terus rajin.mcm hari nie...heheh

Sampai jumpa lagi..xoxo.





Tuesday, January 8, 2013

MyTravelog:10 AWESOME DAYS IN PERTH & WA (Part 1)

Assalamualaikum semua...
Setelah beberapa kali tertangguh akhirnya berjaya juga menyelitkan masa untuk update kisah kembara kiter selama 10 hari di Western Australia (WA). Basically cover Perth, Albany, Margaret River, Augusta dan Busselton. Setakat nie, inila percutian kiter yang paling lama...10 hari..lama kan???
Rasanya sebelum kiter start ada baiknya kalo kiter citer sikit pasal bumi Perth dan WA.Sbb ada yang tanya kiter "besar sgt ker Perth tue sampai kena pergi 10 hari?"

Kiter cerita secara ringkas. Nanti kalo cerita panjang2 mcm belajar geography plak..hehhe...Australia can be divided into 6 states - New South Wales (NSW), Queensland (QLD), South Australia (SA), Tasmania (TAS), Victoria (VIC) and Western Australia (WA) and two major mainland territories - Australia Capital Territory (ACT) and Northern Territory (NT) . In addition, there are six island territories, known as external territories, and Australia Antarctic Territory. Gabungan semua states dan mainland territories of Austalia menjadikan Australia sebagai negara ke-6 terbesar didunia. 

States and territories of Australia


Untuk trip kali nie kiter cuma cover Western Australia specifically Perth dan South West Corner. Sikit pasal Western Australia. Western Australia adalah state terbesar di Australia. Dikelilingi Indian Ocean di Utara dan barat, the Great Australian Bight dan Indian Ocean di Selatan. Kalo tengokkan tempat yang kiter pergi macam dah banyak tapi sebenarnya macam suku jer Western Australia yang kiter cover kalo nak dibandingkan dengan Western Australia yang luas tue. 

Map of Western Australia. 

Kiter cuma cover dari Pinnacles dan ke bawah shj iaitu Perth + South West Corner of WA. Betapa besarnya WA



South West Corner of Western Australia

Kiter cerita supaya korang dapat gambaran area mana yang kiter sempat terjah dalam masa 10 hari. Sebab masa buat research sebelum trip nie, kiter pun confuse mana arah nak dituju..huhuhu...So now, baru bole mulakan kisah kembara kiter...

DAY 1 - KUL-PERTH

Penerbangan MH127, Kul to Per depart at 8.00pm. Seperti tagline Malaysia Airlines, More than just an airline code, MH is Malaysian Hospitality. Layanan yang diberikan memang berbaloi dengan harga tiket yang dibayar. Seat selesa [orang kaki comel mcm kiter, seat air asia pun selesa] *wink* thumb up utk food - malam tue menu mashed potato dengan ayam..yummy, yang penting kiter dapat bergelak ketawa tengok film Untuk Tiga Hari ~dah tgk 2 kali pun still kelakar~.


Touched down at Perth International Airport pukul 1.50 pagi. Get ready utk diperiksa segala luggage sbb kitaorg bawak bekalan food yg agak byk. *satu beg ok* kiter ada baca yang pemeriksaan Kastam di Australia mmg sgt ketat. Tapi dengan syukur Alhamdullilah nya Pakcik Kastam tue cuma tanya jer apa yg kitaorg bawak. -Segala-galamya kitaorg declare- dan terus lepaskn semua luggage tanpa kena bukak satu pun. Hhhhmmm...sangat syukur. Agaknya sbb diaorg pun dah penat kot pagi2 buta nak check luggage. Opppss, no picture please dalam balai Kastam. Kiter kena tegur dgn Pakcik Kastam sbb ambik gambar signboard "Welcome to Perth" Kena delete depan dia time tue jugak..ceettt.


1st bus utk ke Central Business District (CBD) pukul 8.00 pagi. So sementara menunggu harusla melelapkan mata. Gonna need a lot of energy for tomorrow. Tidur kat airport mmg rutin kiter setiap kali pg travel. Barula backpackers kan...heheh. Pukul 4.30 dah nmpk dua tiga org masuk prayer room [Prayer room di ground floor airport, hujung sebelah kanan]. Rupaya Subuh masuk pukul 3.42 di Perth..Ya Ampun...awalnya..pukul 5.30 dah cerah sebab dah habis waktu subuh. Airport pun dah start bz. 19darjah celcius..sejuk tapi sangat nyaman. Sempat mandi2 dan tukar baju [Shower kat level 1, hujung sekali dekat eskalator sebelah kiri, atas surau]

Since kitaorg terlepas 1st bus ke CBD, so naik 2nd bus terus ke ofis Bayswater Car Rental (Perth City). Bus/shuttle dari airpoort ker CBD dipanggil CONNECT, warna orange. [Bole beli terus return ticket but make sure simpan ticket utk balik nanti] Tiker nya sgtla kecik...huhu... Nak tau lg lanjut bole lawat website nie perth airport connect.

1st destination selepas dapat kereta mestila mengisi perut yang lapar. *No nasik lemak nor nasik kerabu*..huhu..harusla makan pie..kat negeri orang putih kan...~hahahah~ makanya gps disetkan ke Danish Patisserie, Dyer Road, Bassendean. Kat sini ada jual macam-macam jenis pie, bun, tart and frozen pie. Shepard pie kat sini sangat-sangat heaven..Ynag penting ada halal certificate. bole la jugak beli yang frozen untuk buat bekal di hari kemudian...~wajib beli bekal kat sini sbb lpas nie dah susah nak dapat daging halal~
Shepard Pie and Mini tart.

Alamak, ofis dah kosong la...semua dah balik. tak perasan dah pukul 6.00 rupanya. So, rasanya kena continue esokla pulak. ~potong mood kan??!!!hahahaha...sowrey korang~ I penakut kalo berkaitan dengan stay back sorang2 kat ofis nie. Nanti kiter sambung perjalanan kiter ke Fremantle, bandar pelabuhan yang sangat classic.
Sampai Jumpa Lagi...xoxo.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...