Friday, July 19, 2013

MyTravelog: 10 AWESOME DAYS IN PERTH & WA (PART 8)

Assalamualaikum, Selamat pagi Sabtu.
Rindu kat kiter tak? Giler lama tak sempat nak update blog..giler pantas masa berlalu..segalanya sangat giler..heheheh

Ampun untuk yang menunggu update kiter pasal trip ke Aussie nie. Seriously, dalam list things to do kiter update blog sentiasa ada...tapi...bile online malam2 kiter merayau entah ke mana2 ntah...tgk blog orgla, baca FB la..lpas tue dah ngantuk.. Akhirnya, lpas subuh pagi Sabtu nie kiter menguatkan azam utk kembali berblog..go eiyta...!!!!

Alhamdullilah kiter selamat pulang dari bumi Mekah dan Madinah yang  penuh barakah, masih rindukan suasana nyaman subuh di Masjid Nabawi, bau harum di Raudhah, menghirup udara panas waktu subuh di Masjidil Haram saat mengerjakan tawaf, kiter masih rindukan suara Imam mengalunkan bacaan ayat setiap maghrib dan Isyak, rindu jugak pada saat berjalan tujuh pusingan dari Safa ke Marwah..rindu pada ais krim kat Mekah, rindu nak berjalan kaki ulang-alik masjid, rindu suasana gamat org menjual di luar masjid Nabawi, dan yang paling kiter rindu ialah nak ucap salam pada Rasulullah SAW setiap kali menghampiri makam Baginda. Kiter rindu segalanya tentang Makkah dan Madinah. Insyallah, ada kelapangan kiter akan share sket2 experience kat sana. 

Sebelum air mata meleleh melayan rasa rindu, jom kiter sambung kisah percutian kiter. Walaupun tak seindah perjalanan mengerjakan Umrah, trip ke Aussie tetap mendekatkan kiter kepada Maha Pencipta dengan segala keindahan dan ketakjuban ciptaanNya.

DAY 7: BUSSELTON, MANDURAH DAN HARBOUR TOWN  

Margaret River ditinggalkan dengan segala keindahannya. Pagi nie selepas breakfast ikan masak lemon dan nasik panas dan tak lupa sambal belimbing sana yang dah nak habis kitaorg meneruskan perjalanan ke Busselton City. Busselton antara bandar yang membangun di WA, ada byk kedai2, ramai orang dan nampak lebih maju berbanding pekan2 kecil yang kiter pernah lalu sebelum nie. Attractions yang paling glamer kat Busselton adalah Busselton Jetty . yeeaaaa......itula destinasi kiter hari nie.

Busselton Jetty is a world famous icon katanya...mungkin la..sbb kalo pergi WA mcm tak sah kalo tak pergi tmpt nie. Bila sampai, dah terbentang keindahan pemandangan kat depan mata. Sangat superb. Rasanya super duper superb.. 
Pemandangan dari tempat parking..awesome kan??

Sedikit info yang kiter kutip pasal Busselton Jetty; Busselton Jetty yang dulunya sebuah pelabuhan adalah jeti sepanjang 1.8km merentasi Geographe Bay. Dengan kepanjangang itu menjadikan Busselton Jetty sebagai jeti cerucuk kayu atau timber-piled jetty terpanjang di Hemisphere Selatan. *WOWWW* Jettty ini mula dibina pada tahun 1865 bermula dengan kepanjangan 161 meter. Dari masa ke semasa sepanjang  tempoh 90 tahun nie  further extension has been made menjadikan jeti ini sepanjang 1.8km seperti sekarang. Jetty ini dututup sepenuhnya sebagai pelabuhan pada tahun 1973.

Antara yang menarik yang kiter tengok ialah pekerja2 kat sini kebanyakkannya warga emas, dari yang jual tiket sampaila ke tukang bawak train. Rupanya tempat nie mmg dijaga oleh Busselton Jetty Environment and Conservation Association (BJECA) yang merupakan community disekitar Busselton and they do this just to make sure Busselton Jetty terus hidup dan terpelihara. Kagum tengok semangat Auntie2 and Uncle2 mat salleh nie. Ada 3 activities yang menarik kat sini.
1) Boleh melawat Interpretive Centre & Cultural Heritage Museum. Ada byk info2 ttg jetty nie esp. time jadi pelabuhan dulu. Kat sini ada jugak dijual souvenir.
2) Yang nie best, bole naik train merentasi jetty ini sepanjang 1.7km. Maknanya kiter akan duduk atas train yang akan bawak kiter 1.7km ke tengah laut iaitu hingga ke hujung jetty. *woooowwww....amazing* kiter mmg paling suka part nie. Naik train kat tengah2 laut beb...
3) Boleh turun ke dasar laut dengan underwater observatory. Tak perlu dive, turun tangga jer sehingga 8 metres ker dasar laut.

View kat hujung jetty memang superb...rasanya cerita byk pun tak guna..biarla gambar bercerita...

Sekitar Busselton Jetty...nie sebelum naik train. Tapi muka dah excited...
Train ride...destinasi yang dituju adalah dipenghujung jetty tue...jauh kan?


Yeaaaa....train dah sampai...tuuuttt...tuuutttt.....


View sekitar penghujung busselton jetty..1.8km ditengah laut Teluk Georgraphe, WA.

Agak lama masa menunggu biler dah sampai ke penghujung jetty. Sebab kitaorg datang satu train dgn group yang turun ke dasar laut, so kena tunggu dalam 30 minit jugak, Kat pelantar hujung jetty bole tgk view yang owesome dan bole beli souvenir lagi, ada toilet yang bersih dan udara yang sangat nyaman.

Nak balik dah...perjalanan balik terasa dekat plak...sayang nak meninggalkan view yang indah nie...
Hampir setengah hari kitaorg habiskan masa di Busselton Jetty. Lepas lunch kat tepi kereta sambil melihat view jetty yang indah, kitaorg bergerak meninggalkan bandar Busselton menuju ke Mandurah. Perjalanan dari Busselton ke Mandurah lebih kurang 140 km, 1 jam lebih jugakla. 

Destinasi yang dituju ialah Lake Clifton...rupanya tempat nie terletak sebelum bandar Mandurah. Nasib baikla kami menaruh sepenuh kepercayaan kepada GPS, sbb kalo tengok jalan nak masuk ke tempat nie mcm semacam jer...takder langsung orang, jalan pun kecik jer, dahla kiri kanan hutan. Pelik jugak tempat macam hebat tapi takde orang datang lawat.

Dah sampai tempat parking seriously kitaorg tak nampak kat mana tasiknya. Kiter bayangkan dah habis laluan hutan dan sampai tempat parking maka akan terbentangla tasik yang penuh misteri tue, rupanya tidak...*ooouuucchh* Dengan penuh keberanian..*seperti biasa..heheh*  kitaorg teruskan jugak penjelajahan dengan berjalan kaki ye mencari dimanakan tasiknya..~sebenarnya dalam hati cuak jugak..dahla takde org buatnya keluar binatang pelik-pelik kat tempt sunyi sepi tue..hhhmmm...korang habiskanla sendiri ayat nie~

Hasil penjelajahan maka akhirnya kami terjumpa signboard ini....*yeeeaaa....clap..clap...syabas sbb sgt berani*
Rupanya kena berjalan lebih kurang 600metres return utk sampai ke Lake Clifton.
Ok, mari kiter memulakan perjalanan merentasi belukar-belukar kering kekuningan. Rasa macam Crocodile Hunter plak..~Sambil menyanyi2 dan tersengih2 menyembunyikan rasa cuak...huhuhuhu..cuak weh, kitaorg berlima jer ada kat situ~
Dan akhirnya....lihatla dunia...keindahan ciptaan Yang Maha Esa, terbentang luas didepan mata..
Tak sangka..disebalik belukar kering kekuningan tersembunyi pemandangan indah nie...Subhanallah.

Lihatla ini...tasik luas terbentang.
Sebenarnya ada yang lebih nenarik dari tasik luas nie..kat sini ada tersembunyi satu lagi misteri ciptaan Yang maha Agung..dan sbb tue jugakla kiter berusaha jugak nak carik tasik misteri nie..korang tau apa?????
jeng..jeng..jeng....
Nampak tak batu-batu dalam air tue??? Inila Thrombolites.. nampak mcm batu tapi bukan batu..
Yang menarik mengenai Lake Clifton nie kerana adanya Thrombolites, sejenis microbialite. Ini istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan struktur yang dibentuk oleh komuniti mikrob. Dalam kata yang mudah Thrombolites nie terhasil dari gabungan mikro organisma yang bergabung, makin lama dia semakin membesar dan terhasillan bentuk seperti batu-batu nie dan merebak secara tidak sekata sepanjang masa. . Its a living rock..Mikro-organisma yang mewujudkan thrombolites di Lake Clifton ini datangnya dari keturunan terawal kehidupan di bumi. Mereka mendapat kalsium karbonat dari air tasik nie untuk membentuk struktur unik yang berusia kira-kira 2000 tahun..!!!! *hebat tak penerangan kiter??hehhe* ~thanks utk Kak Niza sbb berjaya memberi penerangan ringkas sampai kiter faham~

Time  kiter datang nie air tengah pasang so Thrombolites nie semuanya tenggelam. Kalo datang  time air surut mesti lagi cantik. Kiter pernah tgh gambar ada org berjalan atas Thrombolites nie, mcm best jer. Tapi kat sana ada tulis dilarang pijak. Takut rosak kot sbb Thrombolites nie sangat berharga, skrg benda nie hanya ada di WA dan beberapa tempat jer kat dunia nie. Peninggalan purba kala..!!!! 

Tasik yang menempatkan thrombolites nie sangat luas. Tapi thrombolites cuma ada di pinggir tasik je, di tempat yang airnya cetek. Lihatla ciptaan Yang Maha Agung nie..

Seperti laut yang tak berpenghujung..TASIK CLIFTON
Nampak Thrombolites kat dlm air tue?? kami kena redah hutan kat depan tuela utk sampai ke sini.
Lake Clifton ditinggalkan dengan magisnya Thrombolites ~ ciptaan agung yang Maha Esa. Perjalanan diteruskan utk sampai ke Perth sblm malam. Dari Lake Clifton kiter melalui bandar Mandurah lebih kurang 40 minit perjalanan. Bandar Mandurah nie mcm elit sket. Rumah pun cantik2 n besar2, ada sesetengah rumah tue tepi rumah dia ada jetty utk yatch lagi. ~hebat giler...~

Dari Mandurah terus ke Perth lebih kurang 1 jam perjalanan. Untuk 2 malam nie Kak Sara dah booking The High Road Hotel, Riverton. Ini adalah sub-area perth, lebih kurang 20 minit utk ke CBD. Reason kitaorg stay sini ialah hotel kat luar CBD lebih murah berbanding kat CBD. Jimat la sket...hehhehe...Hotel nie sebelah public bar. Time nak check-in kena pergi ambik kunci dalam bar. Nasib baik time tue ptg so bar belum bukak lagi. Insyaallah..masih terpelihara lagi iman kitaorg. Masuk bar ambik kunci sambil jeling2..oooo...mcm nie rupanya rupa dlm bar. sama la mcm dlm tv. Hotel nie ada 8 bilik jer. Nasib baik bilik tak mengadap bar. Bilik kitaorg mengadap padang hijau n McD..hheheh.

Masa mula2 booking hotel nie pikir lima enam kali jugak sbb bayangkan mesti mlm2 bising, bau busuk mcm kat Bangkok, tapi sebenarnya sangat berbeza. Suasana hotel nie sangat nyaman, langsung takde bunyi bising n sangat bersih. Bilik pun luas, since kitaorg ambik bilik berempat, ada bilik dalam bilik.
The High Road Hotel. Bilik kitaorg yang hujung sekali.

Sila abaikan model kecik yang sedang ber"peace" tue.. Keadaan dalam bilik hotel. Ruang sebelah tingkap kaca tue bilik kiter n Kak Sara.

Dah check-in apa lagi marila kiter merehatkan diri sebentar sebelum memulakan aktiviti shopping di Harbour Town. 1st day sampai Perth kiter dah pernah sampai Harbour Town and dah sempat sambar 1 jeans Levi's discount 50%, tapi that day sekejap sangat sbb Harbour Town tutup pukul 5.30 utk hari Isnin sampai Khamis.  Hari Jumaat mcm hari nie Harbour Town tutup malam...so ada byk masa...*yyyeeeaaayyyy*

So its a shopping time....~gambar tak sempat dirakam sbb terlampau sibuk shopping.~ time kitaorg pergi nie tgh Christmas sale..so mmg giler2 la sale. So, saper2 nk dtg sini dtgla time before Christmas, sale dia mmg mengilakan..make me and my wallet crazy..n not forgotten my credit card as well...~oouuuccchh~

Kelaparan selepas shopping. Pekena Ispa Kebabs..
Sebelum kembali ke hotel, En Luthfi yang bertugas sbg driver mlm nie teringin nak tgk nite life di Perth pada mlm minggu. Mlm minggu kat sini is equal to Jumaat mlm n sabtu mlm, inila masa utk org2 Perth berting-tong.. clubbing semua penuh time nie..


Time utk balik hotel n rest. Opppsss...sblm masuk bilik, singgah McD jap sbb ada org lapar slps mkn Kebab tadi..ish..ish...sungguh tidak sihat sbb lpas mkn terus tido...ZZZzzzzzzzz

Kena rehat secukupnya sbb esok nk bermesra dengan Kangaroo, Koala Bear n mcm2 binatang kat Caversham wildlife park

Nantikan update kiter seterusnya. Doakan kiter punya ruang waktu yang cukup utk habiskan kisah 10 hari yang awesome di Perth nie. Sampai jumpa lagi, XOXO.

Sunday, March 31, 2013

MyTravelog: 10 AWESOME DAYS IN PERTH & WA (PART 7)

Assalamualaikum dan Salam pagi Rabu,
Dua tiga hari nie penyakit terjaga diwaktu malam kembali lagi. Dulu time study memang kiter train diri sendiri untuk tidur awal dan bangun pukul 2 or 3 pagi untuk menyiapkan assignment. Tapi sekarang nie dah habis study, biological clock kiter still susah nak  ubah. So, apa lagi bolehla guna masa nie untuk sambung cerita kiter untuk hari yang ke-6 di Western Australia.

DAY 6 - MARGARET RIVER & AUGUSTA

Nyenyak betul tidur malam tadi. Pagi nie lebih leisure sebab tak perlu nak kemas-kemas barang untuk check out. Kiter akan stay kat Station House, Margaret River selama 2 malam. Bolela masak untuk breakfast dan keringkan kain baju yang dah masuk dalam washing machine malam tadi. Plan untuk hari ini adalah untuk ke Augusta - melawat Cape Leuwin Lighthouse, melawat chocolote factory di Margaret River dan kalo sempat teringin nak melawat ladang anggur, teringin jugak nak pergi tgk macam mana wine dihasilkan..hehehe

Kiter keluar agak lewat hari nie, maklumla dah 5 hari keluar pagi-pagi hari, so hari nie rasa macam nak leisure sket. Margaret River dulunya terkenal dengan industri kayu balak dan pertanian, tetapi sekarang lebih dikenali dengan industri pelancongan dan pembuatan wine. Ada banyak ladang-ladang anggur disekitar Margaret River nie.
Augusta Visitor Centre
Destinasi pertama pagi nie ialah ke Augusta, satu lagi pekan kecil berdekatan Margaret River. Sebenarnya Augusta dan Margaret River berada dalam kawasan kerajaan tempatan yang sama dipanggil Shire of Augusta-Margaret River. Jarak dari Margaret River ke Augusta adalah 43km, lebih kurang 30 minit perjalanan. 
Bandar Augusta
Tujuan ke Augusta adalah untuk melawat Cape Leuwin Lighthouse tapi singgah sebentar di Visitor centre, ~beli fridge magnet lagi~ Terpandang plak view yang menarik kat area belakang visitor centre. Apalagi, snap2 picture dulu.

Rumah nie super cantik kan? Bila boleh dapat rumah cantik mcm nie?
Mula-mula nampak rumah cantik tue, lpas tue nampak plak macam ada sungai kat hujung jalan belakang visitor centre, so sblm menuju Cape Leuwin, kitaorang menyimpang ke sini dulu.


Miss Flinders Jetty
Rupanya inilah Miss Flinders Jetty, kat sini ada trip untuk River crusie, kalo nasib baik bole tgk dolphin. Kitaorang tak pergi trip nie sebab menurut kata staff visitor centre time nie bukan musin yang sesuai, tak sure plak bulan berapa yang sesuai. Kawasan sini mmg sangat permai..

Classic kan jetty nie..
Perjalanan diteruskan menuju ke Cape Leuwin. Cape Leuwin Lighthouse terletak di tanjung Leuwin iaitu titik paling barat di tanah besar Australia. Senang cerita Cape Leuwin ni adalah tanah paling hujung di sebalah barat Australia. Rumah api ni mula dibuka pada tahun 1895 dan beroperasi secara automatik. Selain berfungsi sebagai bantuan navugasi untuk pelayar, rumah api ini jugak berfungsi sebagai station cuaca automatic.

Keindahan Rumah Api Cape Leuwin
Ada satu lagi keistemewaan tempat nie iaitu disini kita boleh nampak pertemuan antara Southern Ocean dan Indian Ocean. Pada musim tertentu bole nampak  satu garis lurus yang memisahkan dua laut nie dari atas rumah api.Betapa hebatnya ciptaan yang maha Esa kan? ~Subhanallah..~

Cantik sangat rumah api nie, rasa nak bawak balik Malaysia..
Selesai melawat sekitar Rumah api, kitaorng kembali ke Margaret River. Acara santai di Margaret River. Destinasi pertama harusla ke Chocolate Factory, The Margaret River Chocolate Company. Tak sabar nak melahap chocolate nie...hehhehe

Margaret River Chocolate Co. antara trademark di Margaret River selain Wine factory. Lebih kurang 20 minit dari pekan Margaret River. Sebelum sampai kilang nie, kiter lalu sebuah pekan namanya Cowaramup. Yang menariknya kat pekan nie ada byk patung-patung lembu.Sbb tue nama dia Cowaramup kot.

Eh, back to kilang chocolate tadi, kat sini kita bole tengok mcm mana chocolate dihasilkan, ada cafe yang best dan yang paling best bole try sample chocolate dia sampai kenyang. Mula-mula masuk dah ambik segenggam, tak  habis round satu pusingan patah balik ambik chocolate lagi, sambil belek-belek chocolate utk bawak balik Malaysia, ambik lagi segenggam. Pendek kata mulut sentiasa mengunyah...nikmat betul...
Muka senang hati sebab dpt mkn chocolate free
Tempting kan chocolate tue? nut based truffles - Macadamia Clusters, Almond Rochers and Cashew Clusters.
Setelah melihat-lihat menu di Chocolate Cafes, kiter decide nak lunch terus kat sini. Harga pun tak la mahal sangat, still affordable.
Menu lunch kiter hari ini...
View di luar Chocolate Factory.
Kita shopping chocolate pastelles dan mixed nut cluster. Perut kenyang dan kembung dengan chocolate, perjalanan diteruskan menuju ke Cheese Factory. Yang nie tak plan pun nak peergi tapi sebelum masuk kilang chocolate nie tadi ternampak signboard Cheese Factory. Singgah sebentar. Bau lembu menusuk-nusuk...sampai rasa macam terdengar-dengar bunyi boooohh...bboooohh..~bunyi lembu la~ Tak beli apa-apa pun kat sini sbb tak pasti kehalalan produk kat sini.

Yang pasti memang ada macam-macam jenis cheese kat sini. Ada nama yang kiter tak pernah dengar pun. Selain dari cheese ada jugak jual yogurt, butter dan produk tenusu yang lain.

Muka control..sebenarnya hidung tengah tahan bau busuk lembu.
OTW back to pekan Margaret River, kiter stop sekejap kat pekan Cowaramup untuk snap pictures. Sangat unik pekan nie sbb ada byk patung lembu. *dimerata-rata tempat* and patung dia sangat cute. Yang penting tak bau busuk..hehehhe. lihatla gambar nie...
Nampak mcm lembu betul tak?
Salah seorang ahli rombongan nak cari cybercafe. Nasib baik jumpa kat bandar Margaret River. Tue pun bayarannya sangat la mencekik darah..kiter rasa kat WA nie coverage WIFI sangat limited. Tak byk hotel yg sediakan free WIFI. ~Kiter tak kesah sgt, it's a holiday btw, who need internet during a holiday, kan?~ Sementara menuggu En Luthfi ke Cybercafe, kitaorg meneroka pekan Margaret River. Destinasi yang pertama harusla ke Visitor Centre, sambil mencari info kilang wine yang bole dilawati. Visitor centre Margaret River lebih besar dibandingkan dengan tempat lain, souvenir pun byk. Kat tepi2 visitor centre nie pun ada byk kdai souvenir. 

Welcome to Margaret River Visitor Centre
 
Margaret River Town

Margaret River Hotel
Setelah call beberapa wine factory, kiter and Kak Sara decide nak visit Voyager Estate. Don't take me wrong, kiter bukak nak pergi mabuk2, even kat setiap tour mmg akan diberi wine tasting, kiter and Kak Sara cuma nak lawat ladang anggur sahaja. Mmg ada hasrat nak tgk macam mana wine dihasilkan tapi tour package yang ada tak ngam dengan masa kitaorng. so, hasrat terpaksa dilupakan. 

Voyager Estate terletak dekat je dengan tempat tinggal kitaorang. Lebih kurang 10 minit perjalanan dari bandar Margaret River. Dibuka setiap hari dari jam 10am sehingga 5pm.Tours available on Tuesday, Thursday and Sunday 11am to 12.30pm. Voyager Estate mempunyai landskap yang sangat-sangat cantik. Ladang anggur yang seluas mata memandang, rumput menghijau dan bangunan estate yang awesome. *highly recommended utk snap pictures* So, kiter akhiri update kiter untuk hari ke 6 nie dengan pictures di Voyager Estate. 
Blkg kiter nie rose garden, belakang lagi tue adalah ladang anggur yg sangat luas

Pintu masuk bangunan Voyager Estate.

Awesome..Super awesome.

Pokok anggur yang baru nak berputik
Maka berakhirla hari ke-6 di WA. Esok ada planning yang lebih padat. Sampai jumpa lagi. xoxo.

Tuesday, February 26, 2013

MyTravelog: 10 AWESOME DAYS IN PERTH & WA (PART 6)

Assalamualaikum dan hai semua,
Setelah agak lama menunggu mood untuk update blog, akkhirnya malam ini dia muncul...yeeaayyy...selagi tak habis travelog nie, rasa mcm berhutang sesuatu pulak. So, jom kiter continue kisah percutian kiter selama 10 hari di bumi Kangaroo nan permai, Western Australia.

DAY 5: ALBANY - MARGARET RIVER

Pagi nie tersedar pukul 5.30 pagi, intai ikut tingkap tengok cuaca kat luar dah terang benderang, guest yang stay kat cabin sebelah dah siap2 panaskan enjin motor besar dia untuk teruskan perjalanan agaknya. Cuaca masih lagi sejuk ~alhamdullilah, tak larat kalo cuaca terik mcm kat Toodyay semalam~ Perrgghh..pagi sangat nie sambung tidur balik la..hehehe

Plan hari nie adalah untuk ke Gap and Natural Bridge, singgah Albany town dan teruskan perjalanan ke Margaret River, OTW akan melalui Denmark, Valley of the Giants dan Pamberton.
Perth-Albany-Margaret River
Perjalanan dimulakan lebih kurang pukul 8.30 pagi. Make sure makan kenyang2 sebab lepas nie tak tau kat mana nak berenti makan. Pagi nie baru sempat nak posing2 depan cabin, semalam sampai dah malam dengan kesejukannya semua berebut masuk rumah untuk panaskan badan.
Di Albany Holiday Park turut disediakan parking Caravan untuk disewa
Cantik dan permai kawasan Albany Holiday Park
Ada sesuatu yang comel di depan ofis receptionist Albany Holiday Park nie..mula-mula ingatkan patung, sebab tak bergerak2, rupanya betul-betul hidup...taraaaa.....lihatla betapa comelnya binatang ini....

Inila llama..!!!!! comelkan?? Binatang nie takde kat Malaysia kan?
1st destination kiter hari nie adalah Natural Bridge and Gap. Lebih kurang 20 minit dari Albany Holiday Park kalo tak sesat. heheh...sebab kitaorg kesesatan, puas jugak la nak sampai ke sini. Untuk sampai ke Natural Bridge and Gap, kita akan melalui Frenchman Bay Road, laluan tepi pantai menyusuri Southern Ocean dengan tiupan angin yang sangat kuat. Natural Bridge and Gap terletak berhampiran Torndirrup National Park.Dari Torndirrup National Park jalan terus sehinggala sampai ke hujung jalan, rasa macam dah sampai ke hujung dunia..hhehe ~sebab kalo jalan terus lagi, terus masuk laut..eerrkkk..ngeri..~ 

Sebelum sampai ke Torndirrup National Park, tengah sesat-sesat tue terjumpa signboard Wind Farm, so try la masuk. Agak jauh ke dalam, and sebab macam agak jauh kitaorg just post je kat kawasan yang nampak macam cantik nie...

OTW ke Natural Bridge, nampak macam hujung dunia kan, Depan tue adalah Southern Ocean. Kalo terus drive comfirm masuk laut...
View untuk sampai ke Natural Bridge sangat super awesome. Check this..
Sebelah kiri tue laut, hujung jalan sana tue rumah api dikelilingi rumpu-rumput hijau.
and this....*super awesome*

And here we are...Natural Bridge and Gap..Natural bridge tercipta dari kuasa ombak dari Southern Ocean yang mencipta formasi batuan berbentuk jambatan. That's why la digelar natural bridge. Kat sini bunyi ombak menghempas sangat kuat, ~rasanya bukan kuat tapi ganas~ ditambah dengan angin sejuk yang kencang. Disebabkan angin dan ombak yang kuat kadang2 ombak melonjak tinggi, Untuk sampai ke natural bridge kena berjalan kaki lebih kurang dalam 300 meter dari car park. 

Ada dua incredible natural features kat sini, The Gap dan Natural Bridge.
This is Natural Bridge. - Jambatan semulajadi -
Nampak tak muka cuak?? Takut wooo...
The Gap pula adalah jurang sedalam 24 meter ke permukaan laut. Kalo ombak kuat macam hari nie, semburan ombak bole terpercik naik sampai ke atas. Ada kisah pernah berlaku tragedi ada orang pernah jatuh kat sini tapi diselamatkan oleh seorang nelayan. Labih kurang mcm tue la kisahnya. Walaupun kiter diver dan sangat sukakan laut tapi bila tgk Lautan Selatan yang luas, ombak mengganas, batu-batu licin dan jurang sedalam 24 meter nie, terasa kecuakan la jugak. Comfirm air laut sejuk, kalo jatuh comfirm beku...huhuhu...errrkkkk...ngeri la bila pikir. 
And this is Gap.
Pemandangan kat sini bertambah awesome dengan view bukit-bukit granit dan batuan menghadap laut.

Natural bridge ditinggalkan dengan perasaan yang sangat takjub. ~maha suci Allah~ kiter terpikir tentang kekuasaan Allah, menjadikan ombak yang tak pernah penat menghentam batu-batuan tanpa berhenti sesaat pun.. without fail..hhhhmmmmm....

Bye-bye natural bridge, semoga berjumpa lagi.
Seterusnya, kiter kembali ke Albany town. Singgah Coles untuk beli groceries dan window shopping. Tak lupa beli Chocolote Milk yang sedap... Albany town agak besar berbanding pekan-pekan kecil yang kita lalu semalam. Ada banyak barisan kedai kat sini dan penduduk pun ramai. 

Tengah hari kami meneruskan perjalanan ke pekan Denmark, lebih kurang 40 minit dari Albany. Tak plan pun nak pergi sini tapi sebab semalam nampak sighboard Denmark sebelum sampai Albany so rasa sangat perlu ke sini sebab nak bergambar kat signboard Denmark...hahahahah....~hellloooo...we all pergi Australia sehingga sampai ke Denmark ok...~ so, inila hasilnya...
We are in Denmark...!!!!
Sebenarnya Denmark adalah satu lagi bandar kecik yang highly recommended untuk dilalui sambil snap2 gambar. Lagipun kalo nak pergi next destination kiter, Valley of the Giant memang lalu pekan nie. Pada kiter pekan Denmark sangat charming..*yup...words yang paling sesuai untuk menggambarkan keadaan tempat nie* cantik, permai, romantik = charming...*wink*.
Tebing sungai Denmark. Nyaman dan permai.

Romantik. Charming kan?
Bila singgah kat Denmark Visitor centre baru tau sebenarnya banyak aktiviti menarik kat sini. Especially yang berkaitan dengan pantai dan hutan. Perjalanan diteruskan menuju Valley of the Giants, 50 minit dari visitor centre melalui sounth coast highway. Kali nie dah tak nampak ladang-ladang tapi perjalanan kiter dikelilingi hutan tebal dan kadang-kadang sungai-sungai bersih. ~bukan sungai warna teh tarik~

Agak sedih sebab time sampai di Valley of the Giants hujan turun dengan lebatnya. Aktiviti yang wajib dicuba kat sini adalah melalui Tree Top Walk, jambatan ringan yang merentasi pokok-pokok gergasi kat sini. Hujan lebat, suhu sangat-sangat sejuk dan tak bawak baju tebal menyebabkan kiter terpaksa ketepikan hasrat. ~huhuhuhu, sedih~ So, singgah interactive centre dan Discovery centre jer. Sempat la beli fridge magnet cute handmade bentuk Echidna ~binatang comel ala2 landak tapi kecik~ yang dibuat dari bunga kering yang bole didapati di sekitar Valley of the Giant nie. ~ini menurut kata auntie/ granny kat cashier yang sempat kiter beramah mesra~
Bergambar dalam hujan
Valley of the Giants adalah antara tarikan dunia disebabkan kegergasian pokok-pokok yang ada kat sini. Memang besar, hutan tebal menghijau dan kiter rasa macam berada di tengah-tengah hutan rimba. Dahla dari Denmark tadi lalu hutan sepanjang jalan, dari simpang south coast highway nak masuk ke kawasan Valley of the Giants nie jauh ke dalam kiri kanan jalan makin bertambah besar saiz pokoknya. Tapi udara sangat nyaman. ~sangat-sangat~.
Besar tak pokok nie? Nie baru kat luar, kalo kat dalam lagi besar la kot.
Time nie hari dah petang, malam nie kiter akan bermalam di Margaret River which is lebih kurang 4 jam perjalanan. Makkk aiiii..jauh tue...Kluar dari tempat nie kiter ambik alih stereng, selain dari experience drive malam Pinnacles Dessert - Perth yang kiter cerita dulu, ini antara driving experience yang kiter tak bole lupa. Drive melalui hutan tebal dikiri kanan, jalan kecik, naik turun bukit dan kadang-kadang berliku-liku ditambah dengan hujan renyai, ada lagi nak bagi thrill, minyak kereta dan nak habis...*tragis kan??* Kadang-kadang kiter terbayang kalo la ada binatang buas tiba-tiba kluar...final destination la jawabnya...

Bandar paling hampir adalah Pemberton, 2 jam dari Valley of the giants. Nasib baik sempat sampai, Alhamdullilah.Kiter rasa Pemberton adalah pekan yang sangat unik sebab out of hutan tebal, tiba-tiba ada pekan kecik. Kat sini kiter rasa macam dalam citer Twilight, pekan kecik yang dikelilingi hutan tebal. Pemberton dikenali sebagai Town of towering timbers, pekan dengan kayu yang menjulang. Memang pun sebab kat sini ada hutan yang dipanggil Karri Forest. Yang menarik tentang Karri Forest adalah ianya merupakan  hutan tinggi terbuka Eucalyptus diversicolor (karri) iaitu salah satu kayu keras yang tertinggi di dunia..!!!.*wow*

Snap-snap sekitar pump station
Dari segi sejarah, Karri Forest menyokong industri kayu dan kayu api dari tahun 1880-an. Maka wujudlah penempatan kecil seperti Karridale, Deanmill dan termasukla Pemberton yang ditubuhkan di sekitar kilang kayu dan menjadi pekan sehingga hari ini walaupun kilang kayu dah pun ditutup. Menarik kan???

Pekan Pemberton.

Selesai isi minyak dan alas perut, perjalanan diteruskan ke Margaret River, lagi 2 jam perjalanan. Selesai merentasi Karri Forest, pemandagan bertukar kepada ladang-ladang lembu. Haaa....kat sini la kitaorang jumpa beberapa ekor..eh silap banyak ekor kangaroo liar sedang melintas jalan. Excited giler semua orang dalam kereta, Banyak ekor ok... Sampai kiter jadik takut nak kluar kereta untuk snap picture. 
Nampak tak tue ada 3 ekor kangaroo??
Akhirnya lebih kurang pukul 9 malam baru sampai Margaret River. Kat sini pukul 9 malam semua orang dah senyap dalam rumah. Rasanya ini antara perjalanan yang paling panjang setakat ini. Kak Sara dah booking kan Station House, self-contained studio untuk 2 malam. Kitaorang sampai time receptionist dah tutup, nasib baik ownernya stay kat belakang tue jer. Peramah dan sgt warm. Dia cakap dia dah lama tunggu kitaorang. Suhu lebih sejuk kat sini berbanding Pamberton.Nasib baik kat dalam rumah ada heater. 

Rumah nie cukup selesa untuk 4 orang. Ada semua basic needs, Katil untuk 4 orang which satu katil queen dalam bilik, ada microwave, pinggan magkuk, electric stove, tv, peti ais dan yang paling best ada heater and washing machine...!!!! ~yeay, bole mendobi~ kat luar plak disediakan bbq set. *complete*
Interior Station House.
Maka berakhirla trip kiter untuk hari ini. Keletihan yang amat. Selesai dinner dan mendobi, kiter terus melenakan diri. Nikmat betul dapat tido kat katil empuk, tilam tebal, cuaca kat luar yang sejuk dan heater sebelah katil. Betul-betul rasa macam kat negara orang putih...*heheheh* So, GOOD NITE YOU ALL

Esok kiter akan meneroka Margaret River...xoxo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...