Friday, January 27, 2012

MY TRAVELOG: SUNGAI LEMBING KUANTAN


Hai semua..
malam nie kiter nak sambung semula cerita kisah Percutian yang Simple ker Tempat yang Nostalgic Part 1..tempat yang dimaksudkan ialah SUNGAI LEMBING, KUANTAN PAHANG...untuk percutian kali nie my big family pilih untuk stay di Homestay. Tiara Atsari. Cantik, bersih, luas, ownernya sangat friendly dan kiter rasa tempat nie nostalgic. Rumah kayu 4 bilik kat tingkat atas, tingkat bawah owner dah renovate so ada byk bilik2 utk budget traveler or backpackers. 

Homestay Tiara Atsari
Siap dengan segala kemudahan mcm rumah sendiri plus ada satu mini pool atau lebih tepat Baby Pool..tp muat jer kiter n semua cousin2 duk berendam..berendam sajer yer..kalo nak berkuak lentang mmg tak muat..nama pun baby. 
Baby Pool di Homestay Tiara Atsari.
Perjalanan ker Sungai Lembing cuma mengambil masa dalam 45minit dari bandar kuantan. Kitaorg sampai Homestay dah lunch time. So bukak2 jer bekal yang dah siap awal2 dari rumah. Sebab nak rasa mcm tradisional (hehe) kitaorg bukak bekalan kat bawah rumah kayu yang cantik nie. Owner dengan baik hatinya dah sediakan meja2 dan kerusi2 untuk kitaorg memulakan acara makan2. Siap makan baru check in bilik masing2. Since kitaorg ada 5 family so terpaksalah 2 family share bilik..Umah kayu nie ada 2 living hall, living hall yang mengadap pintu masuk punyala luas, macam umah dolu2 dalam citer lama2 tue. Living hall yang kedua bole nampak pool kat bawah, siap ada verandah so bole la jenguk2 baby pool.Yang paling best ada Karoeke Set..!!! So sessi uji suara pun bermula.

DAY 1
Dalam terowong bijih timah
Destinasi yang pertama di Sungai Lembing ialah Muzium Sungai Lembing yang terletak nun di atas bukit. Nak naik kena jalan kaki sebab kereta semua kena parking kat bawah. Mcm yang kiter dah pernah info dalam post lepas, muzium nie menempatkan artifak lama sejarah Sungai Lembing sebagai pusat lombong bijih timah. Ada tanyang video jugak kat tingkat atas, so takes time la tgk video tue, kalo tak rugi jer datang Sungai Lembing. Architecture rumah nie sangat cantik, masih mengekalkan ciri2 lama rumah orang2 kaya zaman dulu. 

Balik dari muzium, hujan turun dengan lebatnya, denstinasi yang kedua Bengkel Sampul Surat Pusat Pemulihan Orang Cacat. Tempat nie merupakan tempat tinggal sekaligus tempat pemulihan orang2 kurang upaya. Diaorg stay sini sambil membuat sampul surat. Sampul surat yang ada chop Urusan Seri Paduka Baginda tue..haa..diaorg la yang lipat2 jd sampul surat..hebatkan..!!!! Time kitaorg sampai nie ada supervisor tempat nie yg baik hati nak bg penerangan tentang cara2 org2 kurang upaya nie memproses sampul surat..hhhmmm...diaorg memang orang yang HEBAT...!!!! terharu tengok diaorg nie bersungguh2 dengan kerja diaorg..
Cara2 melipat sampul surat..tekun bekerja

Aktiviti seterusnya...cuma di depan homestay kitaorg...merasa melalui jambatan gantung. Sungai Lembing nie mmg terkenal dengan Jambatan Gantung. rasanya ada lebih dari 2 jambatan gantung kat sini. Yang ada kat depan homestay nie menghubungkan bandar Sungai Lembing dengan kampung2 di seberang sungai. Rasanya suara kitaorg menjerit2 bole dengar satu bandar Sungai Lembing kot...bukan takut..tp biler jambatan tue bergoyang2 rasa kecut perut...dahla bawah tue sungai..tp air takat betis jer...hehehe
Yesss....berjaya akhirnya...!!!!
 Maka berakhirla hari pertama kami di Sungai Lembing..oppss lupa..homestay nie jugak menyediakan kemudahan BBQ..tp bahan kena bawak sendiri. So mlm tue, kitaorg yg mmg dah siap perap2 bhn2 nie mengakhiri hari pertama kami di Sungai Lembing dengan melahap ayam, sotong, udang, sosej, marshmallow n daging BBQ...yum..yum...

DAY 2
konon2nya kami sepupu2 yang muda belia nie nak panjat Bukit Panorama..bukit panorama nie terkenal di kalangan photographer sbb nak snap gambar sunrise. Org start panjat kul 4 5 pagi ok. Tapi memandangkan matahari tue teeer"RISE" awal sblm kami bangun tido lagi..maka terpaksalah plan tue dibatalkan. Dahlah plan cancel, kena plak tahan telingan dengan auntie2 yg mengutuk dengan plan yg tak jadik tue...cit..hampeh tul..huhu.

Setiap pagi Ahad ada Pasar Pagi kat Sungai Lembing. Ada la kuih-muih, food utk breakfast, t-shirt sungai lembing ada satu gerai jer yang jual, semua org kerumun gerai nie. Mostly chinese foodla yang banyak. Ada jugak baju2 taktau la bundle ker tak sbb tak sempat nak round2 area tue. Kiter suka suasana pasar pagi nie, dahla pg tue cuaca nyaman, sunny sunday..plus suasana pasar yg authentic and sgt rasa masyarakat Malaysia yg berbilang bangsa yang hidup aman dan damai.Sementara orang lain membeli belah, kiter n adik sempat la round2 bandar Sungai Lembing sambil snap2 gambar.
Satu-satunya stesen minyak di Sungai Lembing
Club House Sungai Lembing


Balik dari Pasar Pagi, makan2 lebih kurang...tepat kul 9.30 pagi, transport yang nak bawak kitaorg ke Air Terjun Pelangi...guest what type of transport????!!!! Its a lorry...yeaa...naik lorry...hahahah..biler lagi nak merasa naik lorry kn. transport nie owner homestay nk arrange. Dia ckp nie pengalaman yang tak bole dapat kat tempat lain. Nak naik transport lain pun bole mcm 4wheeldrive tp kenala sewa 3 4 sbb kitaorg ramai. So we decided to go for a lorry. mcm kiter ckp la nie pengalaman sekali seumur hidup. heheheh. Nenek pun naik lorry ok. Siap duk kat sebelah driver lg.


Perjalanan mmg mencabar. Dahla lorry tue takder atap. Open air gitu. bole nmpk setiap selekoh, curam, gaung kat tepi2 dengan jelasnya. Kat tengah2 lorry tue ada rentang tali sebagai tempat pegang.Bedebar tapi seronok. Rasanay lebih kurang sejam jugak la perjalanan ker waterfall. Tapi biler sampai n tengok waterfall hilang semua rasa berdebar. AWESOME...air jernih yang sangat sejuk, dengan air deras menghentam badan, scenary yg sgt cantik, semua elemen2 waterfall yang hebat bergabung membuatkan kiter lupa diri sekejap..oppsss...heheh


 Driver lorry bagi masa sampai tengah hari kat sini. Kitaorg dibekalkan dengan nasik lemak oleh owner homestay (of course we have to pay). Katanya nie nasik lemak wajib cuba. Resepi asli orang Sungai Lembing. Sedap.. nak plak makan kat tepi air sambil dengar bunyi air mencurah2..makan apa pun sedap rasanya kn??? Berdekatan dengan waterfall nie ada satu ladang rusa, tp time kitaorg pg nie ladang tue tutup, so tgk dari luar la. OTW balik, lorry dah tak lalu jalan td. 
Kali nie pusing ikut Kawasan Penampatan Orang Asli Sungai Lembing. Nie pun termasuk dalam itinerary journey ker waterfall jugak. Diaorg masih lagi duduk dalam rumah kayu atap nipah. Yang tue jer kot yang di kekalkan, yang lain nampak macam dah moden. Ada kereta..pakai baju cantik bergaya jer. N yang paling penting, kawasan keliling rumah diaorg bersih jer, rasanya kalah rumah kat kampung kiter. Dah jadik terbalik, diaorg plak yang pelik tengok kitaorg naik lorry. Agaknya diaorg ckp, "eh, nie ada suku kaum lain kot dtg lawat tempat aku" hahahah...oppss, lupa nak ceriter, kluar dari waterfall td kitaorg balik dengan baju2 basah tue jer naik lorry. By time kitaorg reach Bandar Sungai Lembing, baju pun kering. maklumla naik transport open air.

Since semua orang dah kebuluran keluar dari waterfall td, kitaorg mintak pck lorry tue bawak kitaorg singgah makan kat satu gerai famous kat tepi Sungai. Gerai nie famous dengan Mee Jawa Sungai Lembing. mmg kaw2 mee jawa nie. Saper tak pernah rasa, rasanya mcm ala2 mee bandung sket. Tp lain sket...ish susah la nak citer. kena rasa dulu baru tau. Sebelah gerai nie ada lagi satu Jambatan Gantung. So, kitaorg yang tak reti penat nie merasa lagi sekali menyeberang Jambatan Gantung. Jadik excited plak menyeberang jambatan nie, padahal orang Sungai Lembing dah tak heran dah..
Siap makan, balik homestay, kemas2 berendam jap dalam baby pool and check out...rasa mcm tak cukup masa. Sepatutnya kena extend lagi semalam barula puas. Tapi nak buat camner tue jer masa yang kami ada yang semua orang bole cuti.

Maka berakhirla percutian singkat kami ke bandar penuh nostalgic Sungai Lembing. Walaupun singkat tp padat dengan aktiviti yang best. Yang pastinya kami semua balik dengan kepenatan tak sabar nak sampai rumah n landing....


34 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. ohh suke ada entry baru,,, tp ingtkan trip ke situ n situ tu. anyway tak sangka lak rupenya menarik jg kt sg lembing ni. homestay pn ok..

    ReplyDelete
  3. im linking this post to my blog :) glad u had a pleasant stay at tiara atsari :)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. 24E418FD08BarrettA6576B8A00October 11, 2024 at 3:17 PM

    7E7036627C
    show

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...