Saturday, February 16, 2013

MyTravelog: 10 AWESOME DAYS IN PERTH & WA (PART 5)

Assalamualaikum...
Setiap kali kiter sign in untuk update blog nie kiter mesti akan tgk statistic pengunjung yang dtg melawat. Tak ramai pun tapi setiap hari pasti ada yang berkunjung. Kadang2 kiter terpikir kenapa la kiter berhabis masa meng update blog padahal yang dtg lawat bukan berduyun-duyun pun.. tapi setiap kali kiter view by search keywords kiter tahu pelawat yang datang lawat memang sedang search for info. Hopefully diaorg bole la dapat jawapan kat blog nie. And hopefully jugak apa yang kiter tuliskan bole la jadik panduan. Sekarang kiter tahu kiter update blog bercerita panjang lebar tentang kembara kiter ke merata tempat bukan untuk siapa-siapa tapi untuk diri kita sendiri supaya kita akan sentiasa ingat pengalaman kat tempat orang sambil-sambil memberi info kepada yang sedang mencari info. :) Jom kiter nak sambung kisah hari ke 4 kiter di bumi Australia Barat. 

DAY 4: PERTH - ALBANY

Pagi nie kiter breakfast nasik ayam dengan balance ayam masak merah semalam. Hampir pukul 9 pagi baru check out dari Rumah Haji Yon. Kononnya nak gerak kul 8 pagi..*angan-angan semata* Destinasi hari nie akan melalui pekan-pekan kecil sebelum sampai dan bermalam di Albany, 427km dari Perth. Kalo ikut Albany Highway perjalanan cuma memakan masa 4 jam tapi since kitaorg bercadang untuk singgah di pekan-pekan kecil sambil snap2 gambar kitaorg choose untuk tidak menggunakan albany highway.
Journey utk hari ke-4
 Kalo ikut peta kat atas nie kami sedang menghala ke selatan Western Australia makanya suhu semakin panas. Huhuhu...*sblm pergi kiter nak sgt rasa summer, hari nie kiter akan rasa summer yang sebenarnya* On the way terjumpa satu nursery and ada signboard Fruit veggies shop. Apalagi, wajib la berhenti. Bole merasa buah fresh dari ladang Australia beb...selalunya dari kebun Malaysia takpun Thailand kan???

Terbaik dari ladang Australia...

Pergghhh....strawberry sedap giler...besar, merah, sangat juicy dan manis...comfirm kalah strawberry Cameron Highlands. *ala-ala lupa diri kan??* nak plak kalo ada fresh cream memang terbaik...kawan kiter beli anggur..pun sangat lazat..~SANGAT-SANGAT~

Pemandu di Perth sangat berhemah..semua mengikut had laju yang ditetapkan..*seriously, they follow all the speed limit...yup..seriously..*~deng...pengsan~ kalo speed limit 80km/hour, kita mmg bole nmpk all the cars drive dengan speed 80km/hour, kalo kiter bawak 100km/hour kita jer la satu-satunya kereta yang laju di jalanraya tue..~sangat hebat, kan? ~ how can they train their driver to be that good and behave??? hhhmmmm....something to learn. ~And please don't you ever-ever over the speed limit, sebab saman akan sampai ke rumah kita di Malaysia ini, and yup...this is seriuosly said. Sebab kiter baru jer terima saman dari pihak berkuasa Perth..!!!! ~ OMG deng...pengsan lagi sekali...~

Perjalanan diteruskan untuk menuju ke Pekan Toodyay. Disajikan dengan pemandangan yang sangat super awesome.. !!! Melihat padang rumput yang kekuningan, luas terbentang, nampak sayup-sayup lembu, biri-biri dan kuda tengah meragut rumput. *speechless* Perjalanan memakan masa hampir 1jam setengah, 85km dari bandar Perth. Kiter rasa semakin menuju selatan cuaca semakin panas sebab padang rumput kat sini semua dah bertukar warna kuning.



Pekan Toodyay atau Shire of Toodyay terletak di pinggir Avon River yang cantik dan yang menariknya bangunan kat sini masih mengekalkan ciri-ciri era dahulu kala yang sangat authentic.

Toodyay Public Library, terasa kemeriahan Christmas


Seterusnya meneruskan perjalanan ke Shire of York, 63km dari pekan Toodyay tadi. York merupakan 1st inland settlement di Western Australia iaitu pada tahun 1831. Terletak di tebing Sungai Avon dan dikelilingi ladang-ladang di sekitar lembah Avon sekali lagi membawa kiter ke era zaman dolu-dolu. Bangunan classic yang unik dan berwarna-warni. Sangat classy, ala-ala berada dalam movie Cowboy. 




Disetiap pekan kecil nie jangan lupa singgah dia tourist information. Kalo jumpa tanda "i" haaa...itula terletaknya tourist information counter..staff kat sini sangat membantu dan untuk kiter yang paling penting bolehla beli fridge magnet kat setiap perhentian. yeeaayyy....Perjalanan di teruskan menuju ke Katanning. Tapi kiter nak share beberapa view yang indah sepanjang jalan...*INDAH SUNGGUH CIPTAAN TUHAN*
Padang rumput seluas mata memandang
Macam dalam iklan coco crunch kan?

Perasan tak pokok nie bentuk LOVE?

Kincir angin
OTW ke katanning terjumpa lagi satu pekan kecil Brookton. seriously kitaorg tak nampak orang kat pekan nie. Agaknya semua berada di ladang-ladang kot. 
Tanda dah sampai Brookton, WA.

Kat sini dipamerkan kenderaan/jentera lama yang digunakan di ladang-ladang.
Lebih kurang 2 jam perjalanan dari Brookton, sampaila kami ke Katanning. oh ya lupa nak cerita, kami stop untuk lunch otw dari Brookton nak ke Katanning. Lucnh dengan bekalan yang di bawa and bukak jer kat tepi jalan. Kat highway ada disediakan kerusi meja setiap beberapa kilometer. Kira mcm R&R la..tapi cuma ada kerusi dan meja je. Okla..sambil melihat2 pemandangan, hirup udara highway sambil makan nasik...best tau...hehehhe
Snap sambil drive sebab geram sangat tengok kambing biri-biri tengah ragut rumput.
Katanning merupakan penempatan orang melayu / Islam yang datang ke Katanning sejak tahun 1974 dari Christmas Island. Sehingga tahun 1980an populasi Islam semakin berkembang sehinggala Masjid Katanning dibina. Maknanya orang Melayu yang ada di Katanning nie bukan la orang yang baru datang dari Malaysia tapi dah lama menetap di sini. Hhhhmmm...mesti ada cerita menarik di sebalik kedatangn orang Melayu di Katanning nie kn??? Kena buat research nie. 

Kami sampai ke Katanning Mosque saat2 oarng dah siap solat asar. Nampak orang terakhir meninggal kan masjid tapi tak sempat nak tegur. Memang ada niat nak beramah mesra dengan orang Melayu kat sini..tapi takde rezeki la nampak gayanya. Saat kami sampai Masjid Katanning dah pun kosong. Ambik kesempatan nie untuk solat jamak asar n zohor dan bergambar2. Kebanyakkan notice kat masjid nie ditulis dalam Bahasa Malaysia!!. Maknanya diaorg nie masih lagi menggunakan Bahasa Malaysia..


Pekan Katanning lebih sibuk berbanding pekan-pekan kecil yang kitaorang dah singgah sepanjang hari nie. Sebenarnya pekan nie kecik jer. Sangat kecik sehingga di pekan nie cuma ada satu roundabout dan tiada satu pun traffic light..!!!..hehhehe...Bahagia hidup kat sini...pagi2 mesti tak perlu nak rushing kejar traffic light untuk ke ofis...

Time kami meninggalkan Katanning, langit dah start bertukar gelap. Suhu di Katanning pun lebih sejuk berbanding pekan2 kecil tadi. Perjalanan di teruskan menuju ke Albany. Kitaorg dah book tempat bermalam di Albany. Katanning-Albany lebih kurang 171km, 2 jam perjalanan. Fuhhh...jauh lagi nie. Harap boleh sampai sebelum gelap. Malam nie kitaorang akan bermalam nie Albany Holiday Park

Time sampai Albany, receptionist dah balik pun. ~kebanyakkan ofis kat WA beroperasi sehingga pukul 5.00 petang~ Ofis untuk check in dah berkunci tapi ada phone kat luar ofis. So try call and kitaorg diminta untuk ambik sampul surat yang ada tulis nama Kak Sara dalam mail box putih di luar ofis. Semua instruction, kunci bilik and map untuk ke bilik ada dalam sampul surat  ~Agaknya sebab kitaorg dah bayar so tak perlu la nak fill up apa2 form..sangat convenient kn?~
Inila peti surat untuk late arrivals mcm kitaorg ambik kunci bilik.
Suhu di Albany time kitaorg sampai sangat sejuk. So ambik kunci terus carik bilik, nak masuk bilik supaya boleh panaskan badan. *Malam nie kitaorg tidur dalam cabin you all..* Istimewanya Albany Holiday park ialah bilik2 kat sini adalah cabin. Ada jugak tempat parking Caravan. Interior cabin sangat awesome. Sangat selesa untuk kami berempat. And lebih privacy sebab terbahagi kepada 2 area, Kiter and Kak sara tido bahagian bawah, Family KaK Nora tido di bahagian atas. All the amenities kat cabin sangat convenient, ada microwave, kettle, electric stove, freezer, pinggan mangkuk, set meja makan n tv. ~bawalah sabun taharah untuk samak pinggan manggkuk sebelum pakai..~  Jom, tengok keadaan dalam cabin. 

Inila cabin kitaorang.
Interior Albany Holiday Park yang super awesome..!!!
Rasanya suhu di Albany malam tue lebih kurang 17 darjah celcius. Sejuk hingga ke tulang. Dinner malam nie nasik dengan sambal belimbing hitam sana..~ini jer menu yang ada..heheh~  Perjalanan yang panjang memerlukan rehat yang cukup. Biasala sejak berada di WA nie semua orang tidur awal sebab pukul 9 tue macam dah malam sangat jer rasanya. Total perjalanan kami hari ini adalah sejauh 565 km..!!! lebih kurang perjalanan Kuantan-Penang tuuu...

Esok kitaorg akan meneroka Albany and yang penting nak ke Natural Bridge and Gap yang selalu di baca di blog2 trip ke Perth. Sampai jumpa lagi semua...bersabarla ye menuggu update kiter seterusnya.

Daaaa....xoxo.
 

Friday, January 25, 2013

MyTravelog: 10 AWESOME DAYS IN PERTH & WA (PART 4)

Assalamualaikum..
Semester baru dah bermula...maka bermulala rutin-rutin ke kelas seperti semester-semester lepas. Hopefully kiter lebih bersemangat dan lebih organized semester nie. *rasanya macam pernah dengar azam nie semester lepas..heheheh* Back to kisah percutian kiter yang baru masuk hari ke 3. Rasanya macam dah panjang berjela, baru hari ke-3 ke?? ~oouuuccchhhh~

DAY 3: CBD PERTH, MEGABES FACTORY & HARBOUR TOWN

Since jadual semalam yang sangat padat hari nie jadual kiter lebih leisure. Mulakan hari dengan breakfast nasi dengan sambal belimbing hitam Sana, panaskan shepard  pie dan chocolate milk. ~wajib minum susu di Australia sebab susu kat sini sangat lazat dan fresh~ Since sampai Perth kiter tak pernah putus bekalan fresh milk, habis jer beli lagi satu botol..*sedap giler..yummy..!!*. Hari nie kiter check out dari YMCA Jewell Hotel and akan check in kat homestay Haji Yon. Planning hari nie ialah melawat sambil bershopping ke Megabes Factory, ~kedai gifts & souvenirs yang kiter cerita di Fremantle dalam post yang lepas~ next nak mencari Charcoal Chicken yang sedap and penutup dengan shopping di Harbour Town.
Sekitar CBD Perth - capture dari dalam kereta.
Megabes Factory terletak di Exchange Road, Malaga. Lebih kurang 15km dari hotel kitaorg. Kiter dah siap2 call Mr Simom inform nak datang ~factory nie dibuka by appointment sahaja~ Sampai kat depan pintu factory Mr Simon dah siap tunggu dah pun. Factory nie tak la besar sangat tapi seriuosly memang penuh dengan barang. Since tempat nie dibuka by appointment memang kitaorg jerla yang ada..bole la shopping souvenirs untuk satu kampung. Harga memang lebih murah dari market price, pilihan byk giler and sangan aman. Lama kitaorg spend time kat sini. Siap bole buat list nak bg souvenirs kat sapa2 and Mr Simon dengan sabarnya menungu. *Mestila rezeki dia kan??* Total kitaorg spend dalam AUD500 kat sini..!! *faint* Mr Simon dengan baik hatinya offer untuk tumpang hasil shopping kitaorg kat kedai dia dulu. So tak perlu la kitaorg mengangkut brg2 tue ke luar Perth nnt. *baik hati betul Mr Simon nie*. ~Sape2 yang nak pg Perth sila la singgah ker kedai Megabes nie, memang highly recommended untuk berurusan dengan Mr Simon, sangat membantu sambil2 dengar cerita2 positif dari dia.~ Since dah beli semua souvenirs kat sini lepas ni dah tak perlu pikir pasal souvenirs org. Bolela kiter berbelanja sakan untuk diri sendiri *yeeeaaayyyy*

Keluar dari Megabes perut dah lapar giler. Mr Simon ada suggest kat kitaorang satu kedai Charcoal Chicken. So terus menuju ke KEBABBQUE Charcoal Chicken. Yang special kat sini adalah charcoal chicken iaitu ayam yang digrill. Antara menu kat sini ada kebab, pizza and pide. Kiter order dip combo with Turkish bread , Iskander dan 3 piece charcoal chicken. Kesemuanya sangat lazat...*yummy..* Total kiter habis kat sini tak sampai $60 untuk 4 dewasa sorang kanak2.Still worth dengan rasa ayam yg juicy, sayur yang segar dan Turkish bread yang sangat lembut.  ~highly recommended~ 

Terliur pulak tengok Iskander..masih terasa keenakkannya.
Since esok kitaorg akan memulakan trip ke luar Perth so kena carik halal meat untuk bekalan. So dari Kebabbque terus ke Cannington untuk ke kedai Carousel Halal Meat & Small goods ~terletak di Cecil Avenue, Cannington~ Macam-macam jenis daging ada jual kat sini. Kalo nak beli  rempah ratus, jajan-jajan dari Malaysia, can food Adabi dan kicap pun ada jual kat sini. Basically kiter rasa target market dia memang utk Malaysian and Indonesian. Tapi harga memang berganda la..huhu

Carousel Halal Meat and Small Goods, Cecil Avenue, Cannington
 Last destination hari ini adalah ke Harbour Town...*yeeaaayyyy...shopping time*. Terletak di Wellington Street, West Perth. Dibuka start pukul 9.00 am hinggak 5.30 pm everyday except for Friday dibuka sampai pukul 9.00pm. Harbour Town nie shopping centre yang berkonsepkan brand direct outlet. ~Ala-ala macam JPO kat JB tue~ Time kiter datang nie adalah shopping spree untuk Christmas..Memang gempak la sales. Yang paling gempak kiter beli 2 pasang jeans Levi's dengan harga $59 dollar..!!! means tak sampai RM150 untuk dua pasang Jeans Levi's..dua pasang ok..bukan sepasang. *kiter memang dah lama banned boutique Levi's kat Malaysia - harga melampau tak hengat* Kat sini jugak ada ISPA Kebab. Tapi since kenyang lagi kiter tak singgah pun. Ooohhh...lupa plak ice-cream kat sini sgy yummy. Kiter try ice cream kat Galare Ice Cream Cafe. 
 

Janji nak check in kat Homestay Haji Yon ataupun nama homestay nie Rumah Sri Serkah pukul 6.30. So keluar dari Harbor Town terus set GPS ke Marangaroo. Lebih kurang dalam 20 minit dari Harbour Town. Sampai depan rumah Haji Yon dah siap-siap tunggu sambil tengah basuh kereta dan berkain pelikat. Sejak sampai Perth nie dah lama tak tgk orang berkain pelikat..heheh.. Homestay nie sangat selesa ada 3 buah bilik ~tapi kiter sewa 2 buah bilik jer~ satu bathromm, 1 toilet, ruang tamu dan dapur yang best. Ada siaran TV3 lagi.. Bak kata Haji Yon "hilangla sket rindu pada Malaysia" Harga pun not bad lebih murah dari YMCA Hotel semalam. Haji Yon jugak bole sediakan dinner by request tapi kiter tak request sbb malam nie nak mkn ayam masak merah (ayam yg beli kat Carousel tadi). Kiter mmg teringin sangat nak stay kat rumah time datang Australia nie, saja nak rasa suasana rumah kat negeri orang putih nie. Akhirnya tercapai jugak. 

Backyard. Something different dengan rumah kat Malaysia

Dapur. Teringin la nak ada dapur mcm nie.

Ruang tamu
Terasa bagai suasana di rumah kat Malaysia sebab mkn malam lauk ayam masak merah sambil menonton Buletin Utama. heehhehehe...malam nie kena tidur awal sebab esok perjalanan jauh 427km untuk sampai ke Albany, area paling selatan di Western Australia. 
 
Entry kali nie pendek jer kan? Plan nak buat 1 entry untuk 2 hari sekaligus tapi kepala ku udah kepeningan...so, kiter jumpa lagi la next time. Tak sabar nak upload gambar2 view yang indah di Albany dan pekan-pekan kecilnya.

Sampai jumpa lagi..xoxo.

Monday, January 21, 2013

MyTravelog: 10 AWESOME DAYS IN PERTH & WA (PART 3)

Assalamualaikum,

Yup masih bersemangat untuk update. And hopefully akan terus bersemangat hingga ke hujung cerita. Semester baru dah nak start, so kena kejar masa sebab mengikut track history records yang lepas, start jer semester kiter dah tak sempat nak update blog. huhuhu. Jom kiter continue kisah hari-hari kiter di bumi kangaroo yang damai nie. 

DAY 2: PERTH-CANNING VALE -YANCHEP -PINNACLES DESSERT

Good morning Perth..!!!! Pagi pertama di bumi Perth. It's a Sunday morning. Sleep like a baby sebab kepenatan yang amat sangat. Cuaca masih lagi nyaman, Pagi musim panas yang masih bersaki baki dingin musin bunga. Hopefully 10 hari kat sini cuaca maintain mcm nie. Keluar dari hotel pukul 8.30 pagi, terkejut tgk keadaan jalan depan hotel yang lengang. Check this pictures...
Pagi Ahad di Perth - Boleh baring di tengah jalan..
Agaknya sebab pagi Ahad, semua orang tidur lagi.heheheh... Planning hari nie akan ke Sunday market dan akan terus ke sebelah utara Perth iaitu Yanchep, Lancelin, Pinnacles dan Carventas.
1st destination pagi nie adalah Canning Vale Sunday Market. ~terletak di Bannister Road, Canning Vale~ As it name, pasar nie cuma dibuka setiap Ahad sepanjang tahun dari pukul 7.00 am. Ada lebih kurang 300 stalls yang jual pelbagai produk dari buah-buahan, sayur2, baju and ada jugak car boot sale. Ada barang baru and ada second hand, this is the place where we can try our bargain skill. Cuma, tak mcm yang kiter bayangkan. Tak banyak pun car boot sale, lebih banyak jualan ala2 pasar tani kat Malaysia. Kiter nak tgk suasana car boot sale mcm dalam citer2 org putih tue...heheheh....tapi ada la, cuma tak byk. Penat jugak la menapak, Nasib baik sejuk. Ada satu stall yang jual socks. Setambun socks, agaknya dari kilang stokin kot. And semuanya dengan harga 1 dollar per pack..!!! ada yang 2 pairs of sock per pack, ada yang 4 pairs of sock per pack. Murah kan??? 
Macam-macam benda bole jumpa kat sini.
Setakat yang kiter nampak ada satu jer stall yang jual halal food kat sini, Turkis Food Van nie. Penjual dia dari Middle East kot. ~SHOULD TRY~... sangat enak dan portion yang besar. Beli satu share 2 org. 

Antara Car Boot Sale yang ada. Kalo kiter apply concept nie kat Malaysia, Ok tak?
Dengan perut yang kekenyangan berisi Kebab, kiter meneruskan trip hari nie ke Yanchep National Park. Sepanjang perjalanan kiter dihidangkan dengan pemandangan bush yang cantik. Teruja betul tgk bush kat Australia nie. Unik sebab tak pernah jumpa. Haaa...sama macam bush dalam national geography ataupun crocodile hunter.
OTW ke Yanchep National Park.
Jalan nie kiter lalu sebab sesat time nak ke Yanchep National Park. Nice view kan?? Mcm dalam movie.

Inila bush yang unik tue. Stop tepi jalan sebab nak ambik jugak gambar.

Its summer...Sunny dan pokok pun berbunga..

Yanchep National Park merupakan antara national park yang ada di WA. Terletak lebih kurang 40 km ke utara Perth CBD. Tapi since kitaorg dari Canning Vale, so ambik masa dalam 1 jam lebih jugak untuk sampai Yanchep. The park is noted for its caves, native bush yang rare dan unik dan KOALA BEAR...!!! Mula-mula macam reluctant jugak nak masuk sbb takut tak sempat nak kejar masa, tapi alang-alang dah sampai masuk jerla. ~entrance fees untuk semua National Park is AUD11~

 

Semakin menuju utara, cuaca dah start panas. Baru terasa kepanasan musim panas di Australia. Panas tajam menikam kulit rasanya. Tempat nie sangat lengang, boleh round2 dengan kereta ikut signage yang disediakan. Mula2 nak pergi cave tapi kena panjat bukit sket. So, hasrat dibatalkan...hhhehe...dahla panas, berpeluh plak nnt..So just snap2 pictures. Lalu area  KOALA BEAR nampak org ramai2 tgh kerumun. Yesss...mesti ada KOALA BEAR.

Cute sangat..tapi dia tengah tidur.
Dah nak meninggalkan tempat nie ternampak plak satu park yang mengadap tasik. Kiter tak sure apa nama tasik tue. Park kat sini sangat bersih. Hijau, ada burung-burung liar and ada kemudahan bbq yang dah siap tersedia. Tinggal bawak food and arang jer. Kiter perasan kat Perth nie kebanyakkan park memang ada sediakan tempat bbq. ~means dapur bbq, so bawak arang and food jer~ Since dah lunch time, so kitaorg decide nak lepak2 dulu kat sini sambil makan and solat. Woowww....sangat nyaman..*seriously*

Lunch shepard pie sambil menghirup udara segar dan mengadap tasik. Fuuuhhhh...speechless.
 

Sebenarnya kami ambik masa yang agak lama kat Yanchep. Baru sedar yang ada byk lagi destinasi nak cover. So rushing ke next destination Lancelin Sand Dunes. Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam. ~roughly dalam 40km-50km~ Kiter ber"adrenalin" dengan aktiviti sand boarding. Tapi sebelum ke Sand Dunes singgah dulu kat mana-mana kedai ataupun pump station kat bandar kecil Lancelin untuk sewa sand boards. ~Kiter sewa di pump station Gull, tepi jalan sebelum masuk ke lorong kecik untuk ke Sand Dunes. Nanti staff kat situ bole bagi map kat mana sand dunes tue sebenarnya. Padang pasir tue tak nmpk dari jalan~ 
Jalan lurus dari Yanchep ke Lancelin

View sepanjang perjalanan. ~AWESOME~
Lancelin sand dune merupakan kawasan berpasir atau padang pasir terbesar di Western Australia. Sangat kagum macam mana bole wujud padang pasir di tengah-tengah kehijauan hutan-hutan renek. *Subhanallah..maha suci Allah*
Inila rupa Lancelin Sand Dunes - Padang pasir yang seluas mata memandang.

Gaya mesti ada..:)
Agak jauh jugak la nak kena menapak untuk ke bukit pasir yang tinggi khusus untuk ber sand boarding. Kereta tak di galakkan masuk agak berisiko untuk stuck dalam pasir yang lembut tue. Kami sampai awan dah start berubah colour kehitaman. Alamakk... untuk tidak membuang masa kitaorg ber sand boarding jer kat bukit pasir yang tak berapa nak bukit..huhu...jadikla asalkan sempat mencuba. Memamng syok... itu bukit tak berapa tinggi, kalo bukit lagi tinggi laaagi la syok. Kitaorg tak lama kat sini sebab awan dah berarak hitam dan angin kuat sampai berterbangan pasir..macam nak ribut pasir jer...huhuu...~itu cuma perasaan sahaja sebab banyak terpenagruh dengan film..wink~


Angin kuat sekali dengan pasir berterbangan dan awan hitam.- Scary ok.

Amazed *Maha Suci Allah*
Sedikit kecewa sebab agak rushing di Lancelin dan berkemungkinan kitaorg tak sempat nak tgk view Farm wind di Carventas, Tapi kami akan sampai pada masa yang tepat di destinasi seterusnya iaitu semasa sun set. Yeaaa....sun set di Pinnacles Desert, Nambung National Park memang hebat. ~highly recommended untuk datang Pinnacles Desert time sunset~ 

Pinnacles Desert terletak dalam kawasan Nambung National Park, 81 km dari Pekan Lancelin. Maknanya kiter makin ke utara Western Australia. Untuk ke Nambung National Park kiter menggunakan jalan yang dipanggil Indian Ocean Drive. ~Route yang awesome untuk menroka utara Western Australia sebab akan menyusuri Indian Ocean.~Ada satu part dalam perjalanan tue kiter akan berada betul2 di tepi Indian Ocean di sebelah kiri dan bukit-bukit pasir di sebelah kanan. *Sangat amazing*. Ooohhh...lupa plak kat sini la 1st time kiter nampak kangaroo melintas jalan di bumi Perth. Comel giler. Since then kiter akan selalu alert kalo ada signboard Kangaroo. 
Tak sempat nak pergi wind farm di Carventas. Tapi jumpa jugak wind farm otw ke Pinnacles.

Bukit-bukit pasir - pemandangan sepanjang perjalanan ke Pinnacles.
Sampai di Pinnacles Desert time dah hampir sunset. Gate Nambung National Park pun dah tutup. Tapi still bole masuk. Yess...we are just in time. 
Ouucchhh...sangat teruja muka kiter kan??? ish..ish..
Sebelum masuk ke Pinnacles Desert nie lagi sekali kiter terjumpa beberapa ekor kangaroo melintans jalan..ada yang mengintai-ngintai kereta kitaorg..tapi mmg tak sempat la nak snap gambar..rugi kan??? huhuhu. Pinnacles Desert antara tarikan utama di Western Australia. Kebanyakkan gambar promosi WA mesti ada tunjuk view Pinnacles Desert. Apa yang special di sini adalah adanya batu-batu tegak di padang pasir macam dalam gambar nie.


Pinnacles terhasil dari pembentukan limestone yang wujud berjuta tahun dahulu. Yang kiter faham batu-batu kapur tue datangnya daripada seashells di zaman awal kehidupan marin. Disebabkan oleh factor persekitaran seashells tue terpecah menjadi pasir yang kemuadiannya ditiup angin dan membentuk batu-batu yang tinggi nie. Tak tau la betul ker tak pemahaman kiter nie. Baca banyak2 kali penerangan kat tepi desert nie tapi last2 blur tak faham. Sangat scientific..yang pasti semua nie adalah tanda kebesarn-Nya..*Subhanallah*

Pinnacles Desert yang amazing.
Kiter meninggalkan Nambung National Park dalam suasana yang hampir gelap. Plan untuk ke Carventas terpaksa di batalkan. Kalo pergi pun comfirm tak nmpk wind farm. Cukupla tadi dah terjumpa wind farm. Perjalanan pulang ker Perth mengambil masa dalam 2 jam setengah. Agak jauh untuk night drive yang di kiri kanannya lautan Hindi, padang pasir dan hutan renek. Setengah jam selepas keluar dari Pinnacles desert tadi 2nd driver dah surrender. [1st driver dari tadi dah surrender, kepenatan dan sakit kepala dek cuaca panas]

So, kiter terpaksa mengambil alih stereng. Hhhhmmm...satu pengalaman memandu yang kiter takkan lupa sampai bila-bila. Knowing yang kiri-kanan adalah hutan yang sangat asing yang dihuni dengan bermacam hidupan, padang pasir luas, lautan hindi betul-betul di lereng jalan, plus jalan yang sangat gelap dan jarang sangat terjumpa kereta lain membuatkan kiter tawakal jer drive. Yang paling best disebabkan kepenatan semua ahli rombongan tertidur dengan nyenyaknya meninggalkan kiter memandu sorang2 dalam suasana yang gelap amat. *yesss...i'm proud with myself, betapa besarnya girl power yang kiter adakan??* semangat jer yang membuatkan kiter sampai dengan selamat, kalo ikut kan rasa takut..memang TAKUT...scary siot..heheheh...

Selamat sampai di YMCA Hotel Perth pukul 9.30. Alhamdullilah...Maka berakhirla hari ke-2 kiter di Perth.Malam tue kiter tidur dengan rasa sangat bangga dengan semangat diri sendiri...hahahahah...*yess..i can do it..!!! wink*. Esok kiter nak leisure2 di BDC Perth and Shooopiing...

Nantikan sambungannya. Sampai jumpa lagi.  ~xoxo~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...